Cara Mudah Masukkan Watermark Menggunakan Aplikasi Phonto

Awal bulan Disember yang lalu, asbab angin rajin yang melanda diri ku ini telah terhasillah watermark baharu dengan bantuan Canva. Lagipun penghujung tahun dah tak banyak kerja so ada banyak masa nak melayan me time di depan pc. Nanti bulan 2 nanti, saya pun tak tau nasib saya macam mana bila semester baharu dah bermula. Harap-harap dapatlah saya meluangkan masa dengan hobi berblog ni.

Sebenarnya kan, kebanyakan entri yang terpublish di blog KakmimDotCom ni saya taip dan edit hanya menggunakan handphone. Kadang-kadang saya upload je gambar dulu, nanti kat ofis saya taip di pc. Bergantung jugaklah dengan masa, kalau banyak masa terluang di rumah, memang saya taip je guna handphone sambil baring-baring di atas katil. Entahlah saya pernah cuba guna tablet untuk hobi berblog ni tapi saya rasa lambat pulak berbanding guna handphone. Mungkin sebab tangan dah laju menaip di handphone kot.

Okaylah tanpa melengahkan masa untuk membaca intro yang mengarut-ngarut, saya cuba untuk buat tutorial untuk memasukkan watermark pada gambar, hanya menggunakan aplikasi di handphone sahaja! Ya! Dengan handphone pun semuanya boleh sekarang.

Pertama sekali apa yang anda perlu ialah design watermark untuk blog anda. Watermark yang saya gunakan sekarang saya hanya design menggunakan Canva sahaja. Bukan design from the scrash pun. Dekat Canva ada banyak template yang kita boleh pilih dan edit sendiri. Next time kalau free saya taip tutorial untuk buat watermark pulak ye. Insya Allah. Gambar tu dah ada tapi nak kena mengeditnya lah yang hmmm... malas sikit.

Bila dah ada design watermark tu, simpan di satu album khas di galeri handphone korang tau!  Korang juga kena pastikan watermark korang tu disimpan dalam format PNG. Format .png ni backgroundnya transparent so takdelah background putih pada watermark anda. Ini penting ya! Format .jpg pun boleh tapi bergantung jugak kepada design watermark tu.

Bila watermark dah ada, now bolehlah korang install aplikasi Phonto di Playstore atau Apps Store. Setakat ni Phonto ni masih free lagi bagi pengguna IOS, tapi biasalah kena hadap iklan tu selalu.



Install aplikasi Phonto ye, lepas ni barulah kita boleh edit di gambar kita.


Bila dah install, bukak apps Phonto dan antaramukanya macam atas ni. Klik pada icon camera di bawah tu (di tengah-tengah).


Bila kita klik icon camera tu, ia akan keluar beberapa pilihan macam ni. Pilih saja Photo Album, sebab kita nak ambik gambar yang kita dah snap dan simpan di galeri handphone kita.



Nanti dah klik 'Photo album' ia akan keluar macam ni. So korang pilih je lah di mana korang simpan gambar yang korang nak edit dengan watermark tu. Tips mudah saya, mana-mana gambar yang saya nak edit watermark,  saya move siap-siap di folder 'Parking' tu sebab malas nak scroll banyak kali di folder 'Recents'.



Kemudian bila dah pilih gambar, klik saja gambar tersebut. Ia akan terpapar macam kat atas ni. Sekarang kalau nak edit gambar tu, bolehlah pilih filter yang bersesuaian. Saya jaranglah nak edit filter ni sebab nak cepat. Next, jangan lupa klik DONE selepas edit filter atau tak edit filter.


Next step, kita nak masukkan watermark pula. Klik pada 3 garis di penjuru kiri apps Phonto tu dan ia akan terpapar macam atas ni. Pilih 'Add Image' untuk masukkan gambar watermark kita.




Peringatan sekali lagi, make sure ya gambar watermark korang dah save di 1 album khas di galeri, senang kita nak akses. Tak payahlah tercari-cari di 'Recent' yang confirm gambar-gambarnya memang banyak beribu-ribu lemon. Dah pilih watermark, kita boleh resize jugak sebenarnya. Nak kecik ke nak besar ke, klik saja pada gambar watermark tu, nanti ada option resize etc akan keluar. Maaf ek part ni saya lupa nak edit. Lepas siap resize, klik saja DONE.


Tadaaa... watermark dah ada, sekarang nak relocate kat tengah ke kat bawah kiri ke kanan ke boleh je adjust. Gerakkan saja watermark tu kat mana-mana lokasi pada gambar anda. Dah puas hati, klik icon 'Save' di penjuru bawah kanan tu pulak.



Yeay!! Dah save. Nanti gambar ni akan automatically masuk di galeri/folder 'Recent' di handphone anda.

Begitulah cara saya ya. Ada lagi cara mudah yang lain especially kalau kita guna handphone yang boleh setting terus watermark pada gambar yang kita snap direct dari handphone kita. Handphone saya takdelah secanggih tu so saya guna cara manual saja. 

Kesimpulannya, 'modal' yang diperlukan ialah:

1. Of course kenalah ada handphone, tak kisahlah Android ke IOS ke, on saja
2. Gambar yang ditangkap sendiri
3. Design watermark
4. Aplikasi Phonto
5. Kerajinan!

Ya, itu sahaja! 
Apa kata korang cuba sekarang. Sekiranya berjaya dan membantu, komen semula di sini ya.
Selamat mencuba!!!





























 

9 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Wah, guna app untuk letak watermark. Bagus juga tu, senang, guna henpon saja.
    Saya masih guna laptop untuk edit gambar. Suka skrin besar. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. sejenis yg suka update blog sambil baring ni mmg senang semua guna hp.. hehe.. pastu sy bkn sejenis yg suka tranfer gambar ke laptop tu la senang je semua guna hp... hihi

      Delete
  2. Yeaahhh.. Phonto merupakan aplikasi yang wajib bagi saya untuk membuat watermark gambar².

    ReplyDelete
  3. Tak biasa guna phone menaip entri. Kena pakai pc juga sebab masa tu la juga nak edit gambar bagai nak masuk dlm post so mmg akan pakai pc selalunya untuk type entri. Kalau nak simpan idea dlm phone tu kadang buat juga :P
    Ubipanas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni mmg ya kena pakai pc/laptop tp skrg dh terbiasa guna hp je 😅

      Delete
  4. Terima kasih Kak Mim atas perkongsian. Ilmu baru ini.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form