Asam Pedas Ikan Pari Kuali Legend

Kisah hari Sabtu yang lalu, hari yang jadual full dari pagi sampai ke petang. Pagi #theIMANs pergi mengaji di masjid, kemudian jam 12 tengah hari ada kelas Kumon pulak, bersambung dengan latihan silat pada jam 4 petang.

Saya macam malas nak keluar sebab semangat nak masak. Terasa lamaaaa sangat pulak tak main masak-masak. Plannya masak asam pedas ikan pari, ikan pari pun dah beli hari Jumaat tu kan?

Yeah!! Asam pedas cara Kakmim, dimasak dengan kuali legend.
Apa kuali legend ni? Alaaa.. kuali yang brand biasa-biasa je, bukan jenama popular di pasaran tu.
Hari tu MY ada terselit cerita pasal kuali legend.
Saya pun ada kuali legend, ada 3 pelbagai saiz.
Banyak sangat berjasa kuali ni, beli masa masuk rumah dulu.
Dari anak 1 sampailah anak 4 guna kuali ni.
Paling semangat masak guna ni sebab suka hati je nak beraksi ketang-ketung dengan senduk.
Kalau menumis guna kuali Shogun, kenalah bersopan-santun gitu. Ai, takut scrash ler tu. Haha!
Korang mesti ada jugak kuali legend kan? Kesayangan ni.
Goreng telur dadar paling sedap. Hahaha.


Baiklah, saya takkan tulis resepinya ya.
Saya assume semua dah tau bahan-bahan perencah nak buat asam pedas.
Tapi versi saya memang jarang guna kunyit hidup, bunga kantan dan daun kesum.
Masak terjun je kata orang tua.


Tadaaa... saya buat versi tumis ya. 
Ada jugak versi main rebus je takde tumis-tumis.


Asam keping dilupa jangan.


Sayurnya kacang panjang tumis udang kering.
Gambar baru lepas potong, tak goreng lagi ni.
Biasalah sengsorang kat dapur memang rajin sikit mengambil gambar.


Siap sudah lauk tengah hari di hari Sabtu. Gambar semua dah siap masuk draf lepas masak tapi tak jugak menaipnya bila dah on Netflix. 2 hari jugak terperam dalam draf. 

Begitulah ye, hujung minggu memang slow sikit page view di blog kan? Eh.. tiber

 

18 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. kmk mun makan asam pedas mesti ada telur masin pakai lawan, mun sik pun telur dadar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mst feeling mkn di kedei ya nak? 😂😂😂

      Delete
  2. Hi kak Mim. Lamak sik ngabas kitak. Selera lalu ada lauk masak kedak ya nak. Bertambah-tambah nasi mun kmk.

    Btw, aok dah beranak dah kmk. Haha. Alhamdulillah. Kinek bok nak pandei bahagi2 masa. TQ ngabas blog kmk walaupun sikda update lalu last year. Makaseh banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai hai mama eza!! Bz benar jak mama tok eh.. update gik blog ktk ya.. sehari 3x k 😂😂😂

      Delete
  3. Kuali ni tak legend lagi
    yang legend tu kuali besi warna hitam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ditelangkup br terserlah kehitamannya wak 😂😂😂

      Delete
  4. Seronok masam ketung ketung kuali dengan sudip. Rasanya pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa pro sikit pakai kuali mak2 mcm ni.. hihihi

      Delete
  5. morning kak mim....coffee lum buat lagi.. he he he..
    emm, dapnya asam pedas.. MA kalau asam pedas memang ikan pari la pilihannya...yumm

    ReplyDelete
  6. sy mmg lemah betul dgn ikan pari ni. mana ckp sekeping? mesti 3 keping baru ngam hahahaa

    ReplyDelete
  7. kuali legend ni masak apa pun jadi sedap tapi kalau ada tetamu sorok malu hehe

    ReplyDelete
  8. lamanya tak makan.. fav nina ni hehee

    ReplyDelete
  9. Kuali legend ni saya suka buat goreng nasi. Hangit-hangit tu sedap. Hehe

    ReplyDelete
  10. kamek orang kat rumah tok nang kuali tok jak lah biasa pakei...kadang2 jak pakei non stick mun nak molah sambal hahhahaha

    ReplyDelete
  11. favourite asam pedas. biasa masak guna piuk ja. I ada gak kuali pertama kali masuk rumah lepas nikah. sayaaang gila. kiranya berumur 15tahun lah gitu! penah berjaya mengilatkan balik montot kuali legam tu, (time pkp haitu) now, da legam balik semula, tak kuasa menyental dah. sado i nanti.

    ReplyDelete
  12. sejak aida pindah rumah baru ni, 2019, takde kuali legend.
    tinggalkan kat rumah lama. sebab dapur masak baru tak boleh pakai kuali legend.
    memang best giler pakai kuali legend ni.
    balik rumah mak, balik rumah kakak, yes, dpt masak guna kuali legend.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form