Throwback Thursday: Alan 4 Bulan

Dulu-dulu zaman Facebook baru nak up saya suka sangat upload gambar di Facebook, update status di Facebook. Sejak tu lah jadi malas update blog bila asyik dengan Facebook. Malah saya pernah terlupa yang saya ada akaun blogspot. Kesian blog ku ini pernah dilupakan dek angkara Facebook. 

Sekarang bila aktif balik di blog rasa macam tak best pulak Facebook. IG pun jarang-jarang jugak nak update. Sampai bila nak aktif sebagai blogger, saya pun tak tau. Just follow the flow je lah. Sementara masih semangat nak menaip dan berceloteh di blogsphere ni, kita layan je.

Facebook. Satu yang best Facebook ni kan bila FB ni throwback balik memori kita setahun, 2 tahun, 3 tahun malahan berbelas tahun yang lepas. Bulan ni saja FB throwback gambar-gambar Alan masa Alan baru 4 bulan which is gambar-gambar yang diupload pada Disember 2015. KLMJ sungguh!


Ibu dan Alan di zaman berbabywearing. Sekarang ni tinggal kenangan dah, no more babywearing. Nak ke shopping mall jalan lenggang-kangkung dah.

Alan semasa 4 bulan, Disember 2015. Alan tak bambam sangat masa baby. Alan ni lah yang ada history berpantang di hospital umum ketika masih berusia belasan hari kerana lung infection. Kedua-dua kami stay di Hospital Umum Sarawak lebih seminggu. Time tu kami berdua dikejarkan ke hospital dengan ambulan pulak tu. Masa tu confirm memang takde cerita kat blog. Tapi itulah kenangan Ibu masa berpantangkan Alan.


 

5 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. dulu memang rajin up post kat FB...nak minum air pun nak post. gedik betul. Skrg ni kalau di FB ammi lebih kepada mencari info, membaca je.

    ReplyDelete
  2. Sy pun dah lama tinggalkan FB. Sesak rasanya kat sana hihi...
    Comel Alan :)

    ReplyDelete
  3. zaman darah muda dulu semua benda nk post di FB..dah dewasa(tua) ni rasa nak tenang2 je..
    cutenya baby Alan skrg pun still comel

    ReplyDelete
  4. Betul tu kak mim.. Sekarang ibu pun dah jarang2 up perkembangan dekat fb dan ig.. Entah macam mana penghujung bulan 9/2022 aritu ibu buat come back diblog setelah beberapa tahun blog bersawang ntah2 dah ada penunggu.. Hahahaha! Sekarang tiba2 rasa bersemangat nak berblog blk.. Sampai bila ntah ibupun tak tahu.. Harap tak ada lah tenggelam dan tak timbul2 lagi dah.. ;)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form