Terjumpa Ex Di Hartz Chicken Buffet

Tajuk saja mengundang kontroversi je kan?
Terjumpa ex-student la!!
Kah kah kah!

Cerita semalam. 

Semalam seharian kami di rumah, #theIMANs dan ayahnya menonton Black Adam, ibu pula melipat kain sehingga tertidur. Nikmat sangat dapat bersantai di rumah. Cuaca pun alhamdulillah tak hujan, cuma suam-suam kuku gitu. Tak panas, tak hujan. Selepas asar baru kami ke Mydin top up stok makanan. 

Semalam saya hanya masak nasi, sup daging korban yang mak bagi malam sebelumnya masih belum dijamah lagi. Plannya memanglah panaskan sup dan makan apa adanya saja dahulu tengah hari tu. Tapi #theIMANs taknak makan nasi pulak sebab ayahnya ada order Potato Story dari Food Panda untuk kunyah-kunyah masa menonton Black Adam. Fefeling macam tengok wayanglah pulak. Sebenarnya Encik Suami ajak tengok Avatar, tapi saya menolak sebab itu bukan genre filem saya, malaslah nak buang masa tengok. Hihi!

Bila seharian tak makan nasik, #theIMANs komplen perut lapar. Baru sampai Mydin dah plan nak makan macam-macam. Sebab tu lah timbul idea nak makan di Hartz Chicken Buffet. Justifikasi mereka sebab dah terlalu lapar tak larat nak tunggu orang masak. Kalau ke Hartz sampai je boleh terus ambik makanan dan makan. Ha iya lah, cadangan diterima.

Selepas maghrib kami setel dah di Mydin dan terus gerak ke Hartz Chicken Buffet di Satok. Saya pilih cawangan di Satok sebab di situ boleh park je depan kedai berbanding kalau di Sarawak Plaza kena cari parking di parking bertingkat. Lambat pulak budak-budak ni nak makan kan? Hehe! Rezeki kami bila sampai je di Hartz memang ada parking kosong di depan kedai. Sebelum masuk Hartz lagi saya perasan kenapa la orang kat dalam pandang-pandang kami ni? Pernah kan kita macam ada feeling-feeling orang dok perati kita kan? Haa begitulah. Kebetulan pulak kereta kami memang park betul-betul di depan pintu masuk kedai. Bila masuk, rupanya...

Ex-student saya dan famili dok makan di meja depan kedai. 

Saya masuk je terus dia tegur, "Hai Puan Mira" dengan senyum lebarnya. Astaga!! Chung rupanya. Lama sangat dah tak jumpa si Chung ni. Batch intake masa saya masih single dan muda dahulu. Intake 2008-2009 rasanya. Lama gila dah grad. Sekarang pun dah jadi usahawan berjaya. Encik Suami cakap memang ada nampak ketokohan seorang tauke di situ. Badan pun dah membesar bagaikan sang juara padahal dulu dia ni wakil atlet badminton institusi. Sebelum mereka balik, sempat saya ajak Chung dan famili bergambar. 


#theIMANs pulak memang betul-betul lapar tahap sampai je situ terus pergi terjah buffet ayam goreng dengan nasik putih. Bila dah setel pilih lauk barulah diorang pergi basuh tangan dan makan dengan senyap. Bila makan dalam suasana aman ni tandanya memang lapar level maksimum dah. Hahaha! Saya je rilek-rilek pilih lauk buffet.

Pinggan 1 Ibu

Pinggan 2 Ibu

Sebenarnya kat sini tak boleh ambik gambar makanan. Tu yang tak berani nak over sangat. Abang asyik warning ibunya, tak boleh ambik gambar. No photo taking. Baiklah, baiklah. Skema betul Abang ni.

Kegembiraan 3 hero kecil bila ke sini sebab aiskrim ni lah. Sebab kat sini kita press sendiri mesin aiskrim tu, sebab tu diorang suka. Tapi diorang makan aiskrim plain je tanpa topping. Padahal ada je pilihan topping untuk aiskrim ni, ada kacang, cookies dan kelapa. #theIMANs memang suka aiskrim vanilla je.

Sebelum balik, bergambar itu wajib. Macam tak biasa kan?

Buffet ayam goreng dan bendalah goreng yang lain seperti bawang, kentang, keledek, chips

Pelbagai menu lain

Pelbagai buah dan salad. 
3 gambar terakhir kredit to Page Facebook Hartz Chicken Buffet


17 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Replies
    1. Ya.. janji x memilih mkn je semua kategori mknn ada 😂

      Delete
  2. Hahahaa... memang tajuk tu mengundang kontroversi! Suka-suka aje kan Mira.

    ReplyDelete
  3. Nasib ex student, kalau ex yang itu, saya pun tk kuasa nak jumpa. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ex yang itu, buat2 x kenal sudah 🫣😂

      Delete
  4. Kak Mim ni kan. Tajuk tu buat degup jantung ni detup detap tau. Hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acah2 aja dh debar ek.. haha.. kalau betul buat2 x kenal je tu.. confirm 🤣🤣

      Delete
  5. Seriuslah, tak dibenarkan ambil gambar makanan??? Selalu masuk muzium jer tak dibenarkan ambil gambar.. hihi.

    Boleh tahan jugak ex Mim tu ya, hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah xtau jugak knp.. hehehe

      Husband plak tu tolong ambik gambar 🤣🤣

      Delete
  6. bagusnya chung👍👍👍

    tiba tiba teringin pulak sy nak raaa ais krim tu nak buh topping byk2😁

    ReplyDelete
  7. saya betul-betul tertarik membaca artikel ini kerana ada perkataan Ex walaupun Ex tu boleh jer merujuk kepada ex bos, ex colleague dan ex boifen hehehe...kamek ada beberapa kali masuk chicken hartz tok tapi takut ambik gambar ...lain lagi bagus guna secret camera atau hidden camera jak

    ReplyDelete
  8. Amboiii..tajuk diaaa, mengundang betul. Hahaha. Alaaaa, kenapa takde chicken buffet kat semenanjung ni.. nampak best chicken buffet camgitu.

    ReplyDelete
  9. Siyes la x leh amik gambar...bukan nak buat apa pun...kenangan je...kan....tajuk buat SA laju2 klik tau...mati2 ingat ex bopren

    ReplyDelete
  10. owh.. ada juga eh restoren tak benarkan ambil foto.. pelik juga.. manalah tau kita share gambar orang lain teruja dan mungkin bakal jadi pelanggan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form