Semalam berakhirnya Persidangan DUN Sarawak yang telah bersidang sejak 21 November yang lepas.
Selalunya yang menjadi fokus utama ialah semasa majlis penggulungan DUN.
Kenapa agaknya ye?
Petang semalam sesambil print laporan yang perlu dihantar saya dengar jugaklah ucapan penggulungan DUN dari Premier Abang Jo ni. Dekat FB ada live, tapi saya dengar dari SarawakFM Online je. Kebetulan sebelum tu terdengar analisis Bajet Sarawak 2023 di radio semasa driving ke ofis so sampai ofis sambung lagi dengar di pc. Seronok jugak bila panel yang dijemput tu menganalisis bab-bab ekonomi guna bahasa-bahasa dan terma yang kita familiar.
Oh ya, sampai cerita penggulungan DUN, dalam pukul 4 macam tu rasanya Abang Joe mula berpantun. Ewahhhh ewah ... ni dah macam ada hint ni. Serangkap pantun, serangkap lagi... hiyeahh... inilah yang ditunggu-tunggu. Respeklah orang yang buat teks ucapan macam ni. Pandai ye mainkan perasaan audien. Berbunga-bunga gitu bila dihargai siap pantun-pantun lagi. Mulanya penjawat awam negeri dulu la, alhamdulillah dapat sebulan setengah gaji. Tertunggu-tunggu lagi Abang Joe sebut penjawat awam persekutuan atau federal. Alhamdulillah, dapat jugak. Alhamdulillah, alhamdulilah. Syukurlah daripada tak ada langsung. Kedekut sangat tu kalau tak bagi, dahlah PRN dulu GPS menang besar, PRU pun sama jugak. Hahaha!
Tapi kan bila part bonus macam ni mulalah pekerja swasta sindir-sindir, kecam-kecam penjawat awam ni. Mulalah ungkit cerita kaunter ada 10 tapi bukak 2 je, itu sikap individu, bukan semua pun macam tu. Sedih tau. Setiap kita kan ada rezeki masing-masing. Kalau yang kerja kerajaan dapat bonus, nanti bolehlah menyumbang untuk ekonomi usahawan-usahawan kecil dan sederhana kan? Kira fair and square lah. Janganlah kecam lagi.
Alhamdulillah. Rezeki masing-masing. Wah siap berpantun lagi
ReplyDeleteWah! Ini rezeki berganda ni.... !
ReplyDeleteHarap² Melaka 2 bulan gaji.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki tu Mim :)
ReplyDeleteKadang heran juga, ingat pekerja kerajaan ni kerja kaunter aje agaknya hahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteRezeki Allah turunkan dalam pelbagai bentuk mengikut yang terbaik daripadaNya sebaik-baik perancang...
Alhamdulillah rezeki hujung tahun :)
ReplyDeleterezeki tak disangka-sangka ni..tertunggu2 utk federal nak kena bentang bajet smula
ReplyDeletekesian sbb nila setitik rosak susu sebelanga ., tp hakikatnya camtu larr., huhuhu
ReplyDeleteAlhamdulillah kak mim rezeki..
ReplyDeleteSyukur selalu..
Kes sindir tu ni lah orang kata sorang buat taik habis semua bau busuk.. ;(
Semoga Allah swt menilai keikhlasan kita dalam mencari rezeki..
Saya kan sampai naik menyampah.. Bila ada je pengumuman bonus untuk penjawat awam, maka banyak lah sindiran dan cacian di media sosial yang terpaksa ditelan penjawat awam.. Entah apalah yang dengki sangat dengan bonus penjawat awam yang tak adalah banyak sampai boleh makan 7 keturunan.. Maaf lah kak mim.. Geram lama dah ini.. hehehe..
ReplyDelete