Nasi Lemak Seringgit Tapi Sedap

Pagi tadi selesai saja menaip entri ni member meja sebelah hulurkan nasi lemak comel ni
Tak sempat saya keluarkan tupperware bekal 
Dari minggu lepas lagi member saya ni asyik bercerita mengenai nasi lemak seringgit ni
At last dapat jugak dia membeli nasi lemak viral ni pagi ni dan sedekahkan kepada member² di ofis
Semoga dimurahkan rezeki sahabatku itu

Not bad lah packagingnya
Walaupun seringgit tapi ada alas daun pisang dan jugak plastik!
Rajinnya orang yang jual ni
Berdouble-double pulak alasnya


Walaupun seringgit tapi rasanya sedap!
Semua cukup rasa
Sambal ada pedas, nasik pun memang rasa nasik lemak
Sebab kekadang ada jugak orang jual nasi lemak yang langsung takde rasa lemak
Rasa makan nasi putih je
Lepas tu ada ikan bilis, kacang, telur rebus pun okay jugak saiznya, takdelah kiut sangat
Menurut seller yang viral ni, dia niat berniaga sambil bersedekah jugak
Kalau macam ni lah, memang pembeli akan sentiasa mendoakan beliau
Dengar cerita jualannya cepat sangat habis setiap hari
Begitulah kalau niat kita betul kan?



 

18 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Huntong kat Msia masih ada nasi lemak seringgit. Kalau kat Aussie ni RM1 cuma dpt timun tanpa nasi je la jawabnya. Haha. Sis follow blog sy tadi kan?. Thanks tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. thanks follow sy jugak.. kt aussie jgn ceta la sis 😅

      Delete
  2. kat area KL ngan Seremban x jumpa lagi la nasi lemak seringgit...kalau dapat ni mesti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dh x jumpa ni.. br jumpa lg tu yg jd viral

      Delete
  3. Pergh!! sukanya tengok nasi lemak macam nie..
    Kesukaan saya nie.. Ada sambal, bilis goreng, kacang goreng dan juga telur.. Lebih dari berbaloi bila rasanya pun sedap.. Semoga murah rezeki penjual ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Basic ns lemak kan? Ya.. semoga semakin murah rezeki penjual ni

      Delete
  4. Aih... Masih ada jual nasik lemak RM1 ka mem. Kat tmpt kmk org di Betong tok sikda nemu nok seringgit gik dah. Nak seringgit semua nait duak ringgit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah nya viral mem.. mcm bulak jak nak tp nyaman pasya ada berlauk juak koh

      Delete
  5. dekat area sy ni pun ada jual nasi lemak RM1. Tp sy selalu beli double. RM2. sbb x puas mkn sikit nau heehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni org bg tp sbnrnya sy pn x cukup ni 😂

      Delete
  6. Wah..masih dapat sebungkus nasi lemak dengan harga singgit👍
    Telur pun suku tu.
    Kat sini kebanyakan buat telur dadar nipis potong 16..🤣
    dak dak sekarang panggil telur sim kad..sebab sebesar ibu jari jak🤭

    ReplyDelete
  7. Kat pasar kat sini pun masih ada nasi lemak singgit

    ReplyDelete
  8. Macam nasi lemak dulu2 ye Kak Mim..
    Nasi lemak alas daun pisang mmg sedap kak..

    ReplyDelete
  9. kalau kat KL nasi lemak seringgit, telur potong saiz simkad je. hehe

    ReplyDelete
  10. Nampak pun sedap tu kakmim .. seronok kalau bermuamalah dgn org yg tak berkira, nak bersedekah pula niatnya. Moga bertambah maju bisnesnya 🤲

    ReplyDelete
  11. nasi lemak seringgit selalu jumpa nak cari nasi lemak yang sedap tu susah nak jumpa,yg ni nampak sedapnya tu siap ada ikan bilis kacang

    ReplyDelete
  12. dpt yg sedap walaupun rm1..mmg rmi la akan bli kn

    ReplyDelete
  13. suka sangat dengan peniaga macam ni...murah dan sedap. mesti ramai yg doakan rezeki dia melimpah ruah...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form