Mee Kolok Haji Salleh @ Sepinang Sari Cafe

Semalam seharian bercanda dengan #imanfamilia, 7.30 pagi dah gerak dari rumah dan baliknya 9.30 malam uols. Haha! Feeling jalan-jalan kat KL pulak keluar pagi balik malam padahal jalan di Kuching saja pun.

Tau tak kenapa kami gerak awal dari rumah? Sebab agenda utamanya ialah breakfast mee kolok Hj Salleh. Kat sini kalau sampai dalam 8-9 am memang queque panjang giler lah. Kalau iman goyah memang melencong ke tempat lainlah jawabnya. Kat sebelah mee kolok Haji Salleh ni sebenarnya kedai mee kolok jugak, mee kolok Flyover Satok Cafe tapi memang jaranglah nak melencong ke sebelah kalau kedai Haji Salleh full house.

Si dia inilah pemasang strategi utama. Sebelum subuh lagi dia dah bangun dah kejutkan Ayah Ibu. Bangun awal sebab nak makan mee kolok Haji Salleh katanya. 

Kami sampai di kedai Haji Salleh dalam 7.40 pagi macam tu. Memang dah ada queue tapi belum panjang lagi. Di hadapan kami masa tu adalah dalam 4-5 orang customer yang tengah tunggu meja. Kat sini kalau taknak queue kenalah gerak dari rumah lepas subuh, confirm senang je dapat meja. Lagipun kedai ni gelap-gelap lagi lepas subuh memang dah bukak dah.

Sistem kat sini, staff akan ambik order awal masa kita masih lagi dalam queue untuk tunggu meja tu. Nanti bila ada customer dah selesai, meja dah dibersihkan, yang masih dalam queue terus dipanggil masuk duduk di meja yang baru kosong. 

Rasanya first time kami dapat meja di luar. Selalunya bila ramai kami akan dapat meja kat dalam. Tapi semalam kebetulan ada 2 meja di luar kedai yang available, kami pun dapat port di luar kedai. So mendapatlah view akak-akak ni busy menyediakan mee kolok.

Kedai Haji Salleh ni memang legend, kedainya biasa sangat, kedai lama, memang tak pernah renovate dari zaman 90-an lagi. Masa zaman saya masih bersekolah dulu memang macam ni lah set up kedai ni. Tapi mantan PM kita dulu, Abah pun makan kat sini. Macam ni sajalah, memang konsepnya bukan cafe hipster atau deco cantik-cantik untuk berselfie bagai. Kat sini memang orang ambik gambar mee kolok saja.

View biasa di medsos peminat mee kolok Haji Salleh/Sepinang Sari. Mee kolok di Sarawak ni ada 2 versi, putih dan hitam. Yang hitam tu sebenarnya kicap tapi itu dah versi Melayu. Kalau saya memang tak suka versi kicap ni. Kalau tengok kat kedai orang Cina memang mee kolok diorang warna putih. Kalau lidah tak masuk chinese food memang kurang suka kot rasa mee kolok Haji Salleh ni. Kat kedai ni memang versi yang putih. Supnya pun rasa lain, rasa herba yang bukan rasa Melayu sangat. Sambal cilinya memang taste orang Cina. Bila makan mee kolok versi kicap dan sambalnya pun sambal kicap memang kemurungan habislah saya dibuatnya. Sebab tu saya jarang sangat makan mee kolok di kedai-kedai lain. Sebab taknak kecewa.

Sesambil menunggu order sampai, sempatlah layan game. Nak makan kat sini memang kena sabar ye. Orang kat kedai ramai, yang tapau pun ramai tunggu, maka memang kena banyak bersabar. Kalau air dah sampai tu, ertinya mee kolok pun akan sampai jugak sekejap lagi. Dah tau sangat sistem kedai ni.


Apalagi bila order dah sampai semua kusyuk makan. Lepas habis makan, jangan harap nak lepak-lepak sembang-sembang santai sangat. Ramai lahi yang tengah tunggu meja. Staf takdelah halau pun tapi kita faham-faham sendirilah, kesian tengok orang sedang tunggu queue nak makan. Begitulah. Kena ada sikap toleransi hidup bermasyarakat ni. Jangan pentingkan diri sendiri.

Next.. kami ke Borneo Cultures Museum pulak. Playing tourist ler katakan. Hihihi.

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. sampai ke semenanjung cerita mee kolok haji salleh ni kakmim..mmg biasa sgt dengar member2 borak pasal hj salleh..sy je yg belum sampai ke sana lagi..
    ooo baru saya tahu mee kolok hitam tu dah di melayu kan ye yg itu banyak di sini,nak kena ke sarawak juga rasa yg original

    ReplyDelete
    Replies
    1. Viral masa pkp hari tu lah.. kan abah bg contoh mee kolok hj salleh dlm speech dia yg petang2 tu 😂😂 kalau versi kicap tu versi melayu, manis

      Delete
  2. lamak dah sik makan sitok. mun balit raya sikda nemu mee kolok haji salleh sbb kedei tutup cuti raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nang jak.. raya lamak sidaknya cuti.. ya lah tedah mana yg perantau yg x balit raya lamak x dpt nk nemu mee kolok tok

      Delete
  3. Alhamdulillah dah dapat akses blog kakmim..tapi memang lama juga loading dekat 60 saat( sebut seminit macam sekejap pulak🤣)

    Oh,baru tau mee kolok ada juga putih..Saya tau yang hitam ja selama ni.Masih banyak kena explore ..Nak kena zikir ni..untuk dapat ke Sarawak lagi..

    ReplyDelete
  4. Wah masing-masing menikmati sungguh nampaknya Mee kolok ni :) sy pernah makan Mee kicap, tp tak pastilah sama ke tidak dgn yg kakmim maksudkan...

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik Kak.. Masih x berpeluang cuba lagi yang versi kicap pernah makan.. ;) Happy New Year Kak Mim..

    ReplyDelete
  6. Aduh.. Teringin rasanya nak rasa.. hehehe//

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form