Sebenarnya tujuan utama kami ke Sri Aman ialah hendak memenuhi jemputan walimatul urus sepupu mak. Pertama kali 'bukak majlis' orang kata, anak yang pertama kahwin dalam keluarga. Tempat majlis berlangusung di Lingga, 1 jam perjalanan dari Sri Aman. Nasib baiklah jalan memang dah okay sekarang. 10 tahun yang lalu, masa kami sampai time tu jalan masih belum bertar.
Sepatutnya saya ada booking homestay di kampung Lingga tu untuk memudahkan pergerakan, tapi entah kenapa bila saya nak buat payment owner kata homestaynya telah dibooking orang lain. So, tak apalah, saya cari homestay di Sri Aman. Cuma tak dapatlah nak beramah-mesra sampai malam di umah pak saudara untuk memeriahkan majlis berinai dan pertandingan karaoke. Ye lah kat kampung belah sini kalau sebelah malam memang suka buat pertandingan untuk penduduk kampung, memang meriah sangat sambutannya. Kali ni takde pulak majlis 'bergendang', sebab nak bergendang ni kena mohon permit polis bagai, tu yang agak leceh tu. Tapi sepupu mak buat pertandingan 'bertandak' sekali dengan pertandingan karaoke. Rugi jugak tak tengok tapi kami stay di Sri Aman, gelap jugak jalan kalau nak balik lambat ke Sri Aman.
Dari Sri Aman ke Lingga makan masa 1 jam perjalanan, driving leha-leha.
Pintu gerbang ke kampung tengah, juga dikenali Kampung Siantan. Masa ni sebelah petang sehari sebelum majlis bersanding, kami melawat rumah pengantin.
Pagi Sabtunya kami bergerak ke Lingga jam 8.30 pagi.
Sampai je memang orang dah ramai, yang dah balik pun ada.
Bersama si sulung dan si bongsu. Bergilir jaga tempat duduk bawah khemah, kalau tak memang tak dapat nak duduk. Nasib baik hari tak hujan.
Lauk kenduri di belah sini memang akan sediakan 2 jenis nasik, nasik putih dan nasik minyak. Kebanyakan orang di kampung kurang gemar nasik minyak. Tapi bagi kami di area Kuching, bukan majlis kahwin namanya kalau takde nasik minyak. So tetamu memang ada juga yang dari Kuching so memang style di belah kampung sini akan ada 2 jenis nasik, so kita boleh pilih nasik yang kita suka. Yang saya paling suka kalau kenduri kahwin di kampung-kampung ni, sayur umbut kelapa memang fresh! Manis je. Sebelah malam tu pun ada sambal umbut kelapa, aduh memang sedap tapi masa tu saya memang tahap lapar tak ingat dunia, memang takde mood nak ambil gambar. Memang mode blogger tak on langsung pun masa tu.
Kalau malamnya ada pertandingan karaoke, siangnya pulak karaoke free je, siapa nak menyumbang lagu, dipersilakan. Yang nyanyi bawak kanopi merah tu YB. Mulanya dia kata 1 lagu je, lepas tu meleret sampai 3 lagu. Hahaha. Apalagi orang kampung yang sporting pun mulalah berpoco-poco bila lagu yang dinyanyikan sesuai untuk berpoco-poco.
Ini pun tarikan kalau kenduri di kampung-kampung. Kat Kuching pun ada jugak tapi sewanya sangat mahal, so orang lebih prefer guna bunyi kompang digital. Tapi kalau hadrah live ni sangat best tambahan lagi bila tengok pemain hadrah yang bersemangat.
Pengantin yang dirai, polis dan cikgu.
Sempat jugaklah bergambar dengan pasangan pengantin.
Last but not least, mesti tak lupa, #imanfamilia mesti ada dalam frame jugak.
Meriahnya majlis! Berpoco-poco lagi tu.
ReplyDeleteSebelah mlm pun meriah sygnya kami x dpt join
DeleteMeriah sungguh majlis. Seronok.
ReplyDeleteItu yg best kenduri di umh area kpg.. mmg meriah dgn rewang lg.. kalau area bandar mmd katering je jwbnya xde suasana meriah merewang
DeleteComelnya, berpoco-poco beramai-ramai. Meriahnya kenduri. :)
ReplyDeleteSporting kan?
DeleteBesar tempat duduk pelamin
ReplyDeleteYa.. dlm rumah pn ada pelamin jugak utk majlis berinai 😅
DeleteHahaha..saya kalau bab menari memang angkat kaki awal-awal la..keras kejung..
ReplyDeleteTeringin nak rasa kenduri Sarawak..nak lihat budaya dan menunya
Betul betul.. suka kenduri kt tmpt org tgk adat budaya penduduk setempat.. dlm sarawak ni pun ada yg x sama adat di sesetengah bahagian
DeleteYarabbi... Umbut ya nang win. Area Sri aman Dan Selepas nang famous dgn bergendang. Di Spaoh pun juak. Seminggu2 tok nang pengilan Jak keja. Nang makan Kari ajak. 🤭
ReplyDeleteKmk mun pengilan di kpg nang umbut ajak diaim.. mun ada ikan masin pun nang nyaman eh nak nama gik baru
DeleteWalaupun tgk gambar je, terasa kemeriahannya Kakmim 👍
ReplyDeleteMeriah betul majlisnya. Berbaloi datang dari jauh. Hehe.
ReplyDeletesy rs nak tegelak pulak yg psl YB tu. dari 1 lagu ke 3 lagu. hahahahaha... syok sgt laa tu dpt lepas geram... org kg pun sporting je
ReplyDeletebtw barakallahulakuma utk kedua mempelai....
biasa kalau kenduri acik2 auto jadi sporting kan..hehe
ReplyDeletenampak lauk kenduri disana lebih kurang juga kenduri di semenanjung ni
Umbut kelapa tu time kenduri je selaunya dapat makan.. iKut tempat juga.. Memang best tu..
ReplyDelete