Google Adsense PIN Activated!

Awal pagi lagi si Abang macam tercari-cari sesuatu di bilik pantri belakang.

Ibu: Abang carik apa Bang?
Abang: Ibu ada tengokkah botol kamek yang dekat Cuckoo ya malam tadi?
Ibu: Haih, Ibu dah buang botol ya malam tadik, pakei apa botol ya?
Abang: Pakei PSV, cikgu suruh bawak sabun
Ibu: Bila pakei? Kitak engkah sia ajak Ibu pikir sik pakei agik
Abang: Ari tok bawak, kamek nak basuh botol ya
Ibu: Kenak kitak sik basuh terus? Engkah sia jak, Ibu buanglah.. hmm

Nak dijadikan cerita..
Terpaksalah Si Ayah ambik balik plastik yang dah dibuang ke dalam tong sampah malam tadi.
Ibu lah pulak yang menyelongkar plastik sampahnya.
Begitulah deskripsi tugas seorang Ibu
Jadi penyelongkar sampah pun boleh
Dengan terwek-wek nak muntah, padahal bukan ada sampah yang berbau sangat pun
Sampah ringan-ringan je.. malam tadi kan tak masak, goreng nasik je
Tapi dah mindset benda tu sampah tetap jugak dengan wek-wek tak tahan dengan bau

Tiba-tiba..

Ayah: Yang, Yang, Adsense kitak dah sampei tok 
Dengan muka excitednya sambil menghulurkan 1 sampul putih
Ibu: Aih, sikda kamek cek petang marek (ni lagi lah excited)
Bukan apa... ni kali ke-2 dah request
Tapi tak sangka pulak, tak lama kali ni.. cepat je dah sampai

Sampai jugak ke bumi Darul Hana ni

Request kali ke-2 pada 21 November yang lalu
Tapi sabar... setelkan dulu rumah, hantar Abang ke sekolah
Nanti sampai ofis kita buka sampul ye

Akhirnya... dapat jugak no pin untuk pengesahan alamat ni


Lama tu tunggu... mula request dulu bulan 7
Lepas tu tak sampai, request lagi bulan 11
Apalagi dah sampai kita masukkan je terus 6 nombor pin yang Google hantar tu

Alhamdulillah.. syukur dah complete semuanya
Bila nak dapat gaji dari Google ni? 
Itu lambat lagi la... saja je suka-suka
Termotivasi tengok blogger macam Sii Nurul yang dapat income dari GA setiap bulan
Tapi entri dia pun memang layaklah nak dapat gaji setiap bulan
Saya ni kalau dapat setahun sekali pun dah confirm syok banget ni
Al-maklumlah bukan blog ya banyak content ilmiah pun
Lifestyle blogger je

Tapi... tak salah pasang umpan kan?
Manalah tau untung sabut timbul...
Blogging just for fun
Kita takyah stress-stress

Setelah sekian lama iklan tak naik kat blog ni
Jadi serabut pulak bila dah start ada balik ni
Hahaha!
(Ko nak apa sebenarnya haa?)
Marah diri sendiri


 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. iyer...kerja ibu serba boleh and x kira masa kan
    wah...alhamdulillah..tahniah! moga terus success!

    ReplyDelete
    Replies
    1. belom sukses lg MA... semoga terus rajin... hahaha

      Delete
  2. Tak lama lagi jutawan lah...... AMin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen paling win & lucu ni... terus jutawan... hahahaha... aameennn je lah

      Delete
  3. Semoga murah rezeki kak mim. Akak ibu teringin juga nak daftar adsense ni dah cuba daftar dah tp dia ckp adsense tgh reviewing your side. Lepas tu ibu dh stuck tak tau nak buat apa dah nak set mcm mana pun tak tau lagi dah. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dah tu.. google akn review dlu.. nnt check lah lg samada approve atau x.. all the best ibu!!

      Delete
  4. Hahaha. Alhamdulillah, moga cepat dapat cash out. Saya pun masih menanti

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form