Gambar diambil pada jam 7.40 pagi
Hujan lebat membasahi bandaraya Kuching sejak tengah hari semalam lagi. Risau sangat malam tadi macam takde tanda macam nak berhenti. Pagi ni masa hendak ke ofis pun masih turun mencurah-curah. Hari pun gelap semacam padahal dah dekat nak pukul 8 pagi. Dengan mata silau, memandu dalam suasana hujan begini memang sangat menguji kesabaran.
Begitulah kehidupan. Siapalah kita yang dapat menghalang qada' dan qadar daripadaNYA. Dia nak turunkan hujan, hujanlah. Dia nak tempat tu banjir, banjirlah. Tumpang simpati dengan mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur sana. Mungkin bagi mereka alah bisa tegal biasa sebab setiap tahun pun akan berlaku banjir di musim tengkujuh, tapi bila difikirkan pasca banjir tu, mesti penat mengemas, mencuci, membasuh dan membuang. Semoga urusan saudara-saudara kita di seberang sana dipermudahkan.
Tags
Isu Semasa
amin amin aminnn ya rabbal alamin..
ReplyDeletekepada mangsa2 banjir yg sedang berhadapan dgn hujan lebat ketika ini, semoga anda semua dilindungi, dipermudahkan urusan dan banjir segera surut agarr kalian dapat kembali menjalani urusan harian seperti biasa...
Alhamdulillah kami di pantai timur cuaca cerah dah nampak matahari,jangan ada next gelombang dh la..
ReplyDeleteAmeen YRA... semoga hujan rahmat jak turun di kch nektok. tapi ambik langkah berjaga2 juak mun banjir barang2 penting jgn dilupakan.
ReplyDeletedah musim hujan kan, kesian pada negeri yang dilanda banjir besar.
ReplyDeleteAmin ya Allah. Moga tiap titis hujan yang turun adalah hujan rahmat daripada-Nya.
ReplyDeleteameen ameen ya Allah..mamak kamek call pagi tadik pun da nait da air kat kampung kamek..moga Allah lindungi semuanya..
ReplyDeleteSemoga Allah swt permudahkan urusan mereka yang diuji dengan bencana banjir.. Aamiiin!
ReplyDelete