Dating di Buntal Esplananade

Semalam alhamdulillah cuaca baik, tak berapa panas tapi tak juga hujan. Syukurlah hujan tak turun, kalau tak, confirm kawasan yang rendah dinaiki air semula memandangkan memang air pun pasang atau king tide kata orang sini. Mak ajak pergi berziarah umah famili sebelah makcik yang celebrate krismas semalam tapi Encik Suami kata kita ke rumah mak dia saja. Oklah, SYMP je. Kita tengok je lah gambar dari adik-beradik kita yang ngabang Krismas. Huhu.

(Ngabang (bahasa Iban) = berziarah)

So petangnya Encik Suami ajak ke Buntal, perkampungan di tepi pantai berdekatan Gunung Santubong. Nak ajak #theIMANs tengok laut time king tide macam ni. Tapi cadangan si ayah ditolak. Mereka nak main bola depan rumah, si kakak memang suka je stay kat rumah. Akhirnya kami ayah ibu je lah ke Buntal. Tujuan utama nak cari lauk jugak untuk makan malam. Bosanlah ayam ayam ayam. Lagipun di FB dah viral ambal banyak sekarang ni di Buntal. Telan air liur jugaklah tengok gambar ambal fresh. Malangnya sampai di pasar basah di Kampung Buntal tinggal ikan dan udang je. Ambal dah lama sold out kata peniaga kat situ. Fahamlah sebab kami sampai pun memang dah lewat. Beli udang dan udang kecik dah dikopek kulit je lah. 

Lepas mencapai objektif ke sana, jom jalan tengok laut kata Encik Suami. Okay on, kami ke Buntal Esplanade yang berhampiran je. Agak ramai jugak orang petang tu, mungkin cuaca baik kot. Air laut pun memang sedang pasang.

Patutlah ada bunyi lagu rupanya memang ada busking kat dataran esplanade. Boleh tahan Buntal Buskers ni menghiburkan pengunjung sambil menjamu mata dengan suasana laut dan ombak yang manja-manja gitu.

Tengoklah show diorang sekejap lepas beri sedikit sumbangan. Agak ramai jugak diorang ni. Ceria je persembahan diorang.

Sambil-sambil tengok air pasang. Tak perasan pulak king tide jam berapa. Nak tengok jam berapa king tide semua jadual tu ada di almanac
King tide bulan ni sampai 27hb so kalau hujan lebat dan tak berenti sampai 27hb air akan naiklah plus lagi dengan air hujan. 

Oops, yours truly nak menempel jugak. Hihihi.


Di sini macam biasalah ada orang berjual kerepek-kerepek dan air. Biasalah tempat macam ni kekadang orang tak plan ke sini memang tak bawak apa-apa pun. At least rezeki untuk peniaga ni lah jual air dan kerepek.

Sebelah esplanade ada kedai seafood, awal lagi tapi kereta pun dah banyak parking. Biasalah kaum cina suka dinner awal. Tapi melayu pun makan jugak di sini.

Tapi saya balik rumah dan masak. Lepak kat rumah je di hari-hari cuti ni. Udang yang dibeli di Buntal tu rebus je dengan serai, bawang, cili. Orang Sarawak cakap masak didik. Cicah kicap pedas, kacang panjang tumis udang kecil. Alhamdulillah, favourite Alan masakan didik macam tu. Sampai angkat mangkuk hirup kuah didik. Tapi Alan cakap sup. Hahaha!




16 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. tempat ni ambil nama dr ikan buntal ke?

    uiii besar jg ya ombaknya... mcm mn laa nelayan2 kat sana tu boleh trn ke laut dlm keadaan cuaca skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya anies.. kalau search di wikipedia begitulah.. tp kalau pesta ikan buntal x buat kat sini.. kat bahagian sri aman di spaoh.. situ selalu buat pesta ikan buntal

      Delete
  2. Wah sesambil kan, jalan2 lah sekali kat situ...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. X jugak tenang.. suspen tgk ombak yg x berapa nak manja 😅

      Delete
  4. Replies
    1. Nasib hari x hujan.. hari ni pun ada matahari.. alhamdulillah

      Delete
  5. Bestnya. Tuan tanah punya gambar kenalah ada kan hehe

    ReplyDelete
  6. nak cuba la masak didik tu,just ltk 3bahan tu je ye kakmim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually mcm masak singgang je ni.. bawang merah, bawah putih, cili.. 3 bahan ni tumbuk malas.. serai diketuk.. masuk dalam air mendidih, pastu masuk udang then asam keping.. perasakan dgn garam, aji.. mcm tu je

      Delete
  7. mun kmk org engkah belacan dgn asam keping juak. mun mok nyemms gik engkah tomato berik rasa masam2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok.. ada engkah asam keping.. belacan x engkah.. mun terung asam or sayur2 br engkah belacan masak camtok

      Delete
  8. Apesal kat sana ada banyak tempat best2 erk...nak pindah sana laaa

    ReplyDelete
  9. Pergh!! Nama dia.. lain macam.. sesekai jalan berdua kan kak mim..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form