Bujang Senang Batang Lupar


Masih lagi cerita Sri Aman. Sri Aman sebenarnya terkenal dengan Bujang Senang, ikan terubuk dan benak. 

Kalau musim ikan terubuk, memang best sangat makan terubuk fresh di sini. Nak yang bertelur atau nak yang masih belum matang? Pilih je. Yang belum matang ni kecil je saiznya dan ia dipanggil 'emperit'.

Bujang Senang pulak rasanya ramai yang tau, gelaran untuk buaya yang selalu menyerang penduduk di sekitar Sungai Batang Lupar. Reptilia ni besar yakmat dan beribu-ribu mangsa pernah menjadi mangsa si sang bedal ni. Masa melawat di Miri Crocodile Farm dulu, memang ada dipamerkan nama mangsa-mangsa yang telah diserang keturunan si Bujang Senang ni. Ada yang terselamat, ada juga yang terkorban. Panjanglah jugak listnya. Al-fatihah buat mereka yang beragama Islam.

Bujang Senang dan Sri Aman/Simanggang seperti yang kita sedia maklum tadi dah memang sinonim dan serasi maka tak hairanlah di waterfront Sri Aman pun ada replika si Bujang Senang ni. Rasanya baru lagi tarikan ni memandangkan waterfront Sri Aman ni pun nampak baru jugak.

Bayangkan si Bedal Bujang Senang yang bersaiz macam ni 🫣


Redha saja si Bujang Senang dibuli hero-hero kecil kami ni.


🫣😂

Timing selalu je tak cun bila ke waterfront ni. 
Asyik terkena panas je.
Nak jimat masa, kita hantam sajalah.


11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. sonok je outings anak beranak ditepian sungai batang lupar kann., xtakut jumpa buaya besar erk., ;p

    ReplyDelete
  2. masa ammi ke Kuching ada singgah di Jong Crocodile Farm rasanya..ada replika besar juga kat situ.

    ReplyDelete
  3. akak tak cerita pasal benak pun? Kira bujang senang ni nama spesis buaya yang besar la ye? Seram la pulak kalau ramai jadi mangsanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan...benak x cerita... benak tu mcm ombak cumanya di sungai je

      Delete
  4. tak dapat sy bayangkan mcm mn laa perasaan keluarga mangsa bujang senang... setiap kali nampak buaya mesti diorg trauma kan?

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni menjadi-jadi pula buaya makan orang... aduhai tak sampai hati nak ingat kisah anak kecil usia setahun dibaham buaya beberapa minggu lepas di Lahad Datu. Banyak dah buaya naik darat mencari mangsa, tak kira buaya laut atau buaya sungai!

    ReplyDelete
  6. Bujang senang tu mengerikan.. huhuhu..
    Ikan terubuk sedap..

    ReplyDelete
  7. Terubuk dan Bujang Senang pernah makan dan pernah baca..Benak tu apa Kakmim?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form