Buah Dabai dan Cara Makan Buah Dabai



Ramai pulak yang bertanya pasal buah dabai (atau kami di Sarawak memanggilnya buah dabei) di entri Masak Apa Malam Ini semalam. Mama Cella pun ada bertanya jugak sebelum ni adakah musim buah dabai ke sekarang. Selalunya buah dabei ni seiring dengan musim durian. Kalau ada durian, adalah buah dabei ni. Tapi di Kuching ni dah makin berkurang. Rupanya di Sibu masih ada dan tengah murah. Selalunya orang akan ambik dabei di Sibu dan jual di Kuching. Tapi buah dabei paling sedap ialah di Song. Song ni terletak di bahagian Sibu jugak. Di Sarawak ni ada 12 bahagian sebenarnya. Eh belajar Geografi pulak kita dah. Hihihi.

Tebingan Song.. ada landmark pokok dabai

Apa buah dabai ni? 

BUAH DABAI (Canarium odontophyllum) merupakan sejenis buah yang terdapat di Borneo dari keluarga Buseraceae yang popular sebagai buah nadir tempatan. Selain itu, tumbuhan ini juga tumbuh dari kawasan kepulauan Borneo, Thailand, Vietnam, Filipina, Myanmar dan China sehingga ke Queensland di Australia. Jenis keluarga Canarium spp lain tumbuh di Afrika, Australia, Asia Selatan, Nigeria, India, Madagascar, India, China dan Filipina.

Masa scrolling di FB tadi tetiba lalu posting di page Kamek Miak Sarawak. Sibu masih banyak buah dabei rupanya! Dulu masa kami ke Sibu hujung bulan 7 hari tu belum ada lagi nampak bayang buah dabei ni. Buah dabei ni buah kayangan jugak ye. Kalau off season tu harganya boleh mencecah RM80 sekilogram.




Buah dabei dengan pelbagai gred di pasar Sibu

Macam mana rasa buah dabai ni? Rasanya lemak-lemak gitu. Dulu-dulu orang makan cicah dengan garam je. Masa saya kecik selalu tengok nenek buat macam ni, sebelum makan gaul buah dabei dengan garam sikit. Tapi sekarang ramai dah makan dicicah dengan sambal kicap pedas. Ada jugak yang makan dengan kicap pedas Mahsuri. Tapi saya memang suka dicicah dengan sambal kicap pedas homemade.

Dan buah dabai ni bukan boleh dimakan begitu saja. Sebelum makan, buah dabai ni perlu direndam dengan air panas. Rendam saja ye sampai lembut. Bukannya direbus. Bila dah lembut tu bolehlah dimakan, dengan kari, masak lemak, memang sesuai sangatlah. Kalau dengan sup macam tak masuk pulak.

Kalau makan dengan nasi aruk lagi sedap. Nasik aruk ni nasi gorenglah sebenarnya tapi nasik aruk ni guna bawang merah dan bawang putih yang dihiris je. Tumis bawang-bawang dengan minyak sampai wangi lepas tu baru masukkan nasi putih yang telah digaul dengan garam dan gorenglah sampai nasik memercik-mercik dari kuali. Macam tu je. Selalunya nasi aruk dimakan dengan ikan bilis (tak perlu goreng) yang dituang kicap dan cili padi. Fuh, memang layan. Menu sarapan pagi nenek-nenek kami dulu. Kalau ada sambal belacan dan dabei lagi layan. Sambal belacan Sarawak lain sikit daripada sambal belacan Siam tu. Hihi.

Sarapan hari Ahad lepas. Nasi goreng cili hijau & buah dabei dari Kapit. Adik yang mengajar di Kapit balik bercuti dah siap dipesan kalau ada dabei jangan lupa tapau balik Kuching 😂😂😂

Kalau musim dabai tengah murah, saya suka buat sambal buah dabai ni. Kalau tengah mahal tu memang makan rendam air panas cicah sambal kicap pedas je. Bukan apa, cara ni lebih nikmat rasa lemak dabai tu. Tapi kalau murah dan banyak stok memang dibuat sambal. Pernah jugak saya share dulu di sini. Hihihi. Kalau dulu, selalu jugak bapak saya buat jeruk dabai ni. Jeruk kicap dabai so lama sikitlah nak makan tapi bila harga dabai dah semakin kayangan memang taklah nak membazir macam tu saja, baik dinikmati dengan sebaiknya. Hahaha!


34 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Lemak2?. Mesti sedap tu. Tengok isi tu mcm avocado.
    Avocado versi melayu agaknya ni.

    ReplyDelete
  2. Mun dpt dabai nok isi tebal & berlemak ya Rabbi.... nang xda gik toleh kiri kanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh... nyaman mun isik tebal kunin ya... ujung² tok dah buah x berapa dh

      Delete
  3. Rasanya macam pernah makan. Banyak buah-buahan dari Sarawak pernah saya makan kerana akal ipar saya orang Sarawak. Abang saya ada menanam pokok di Melaka dan ia menjadi dan berbuah. Antaranya salak dan ada beberapa lagi pokok buah yang saya lupa namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah... buah dabai ada di melaka.... nnt kalau ada musimnya bolehlah ambik gambar buah dabai yg ditanam di melaka ya

      Delete
  4. Alaaa.....sedapnya lahai buah dabai..
    Buah idaman mak saya jugak ni..Harap-harap hingga Januari dabainya masih ada dan harga mampu milik serta ada rezeki saya dan mak nak makan dabai😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpa skrg boleh lg beli, caranya letak dlm tupperware simpan dalam freezer... nnt nk mkn rendam air paip je.. selalu tahan jugak mcm ni cuma rasanya x fresh mcm yg beli terus rendam dan mkn la... hehe

      Delete
    2. Oh,boleh frozen ye kakmim..Saya hanya tau jeruk dengan kicap saja..Doakan saya rezeki ke sana lagi kena dengan musimnya🤲

      Delete
  5. Alaaa.....sedapnya lahai buah dabai..
    Buah idaman mak saya jugak ni..Harap-harap hingga Januari dabainya masih ada dan harga mampu milik serta ada rezeki saya dan mak nak makan dabai😍

    ReplyDelete
  6. sebenarnya dh lama wak x balik kampung umah panjai kat Roban tu.. dulu penah gak dgr tp x brani nk makan.. 😅 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt kalau jumpa beranikan diri utk mkn ya wak.. haha

      Delete
  7. macam durian juga ye mahal harganya ada gred tertentu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... buah kayangan ni... sbb ia bermusim jugak.. lagi mahal lagi sedap berlemak... isi tebal

      Delete
  8. Wahhhhh! Baru tau pasal buah ni Kak Mim.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... ada bbrp entri jugak sy berkenaan buah dabei ni

      Delete
  9. Oh, tak pernah makan buah ni. Kiranya ia kena makan dengan benda lain la ya baru sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je nk mkn mcm tu je... tp mkn dgn nasik mmg lg sesuai... mengangkat selera gitu

      Delete
  10. Boleh tahan rege kalah musang king ye kak, bila lah dapat merasa sendiri buah dabai tu kak oi. Nanti cerita pasal buah engkalak pulak la kak, itu pun rendam air panas dulu sblm makan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. buah engkalak pun bermusim tp harganya xlah sekayangan buah dabei... cum dlu 1 bakul kecil rm2 je skrg mencecah rm8 mcm tu... hmmm

      Delete
  11. Selalu nampak dalam program kat tv...menarik..tak pernah cuba lagi tapi teringin nak cuba la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak dabei masin kak SA... yg ni dijeruk.. org selalu buat nasik goreng dabei kalau menu kt kedai

      Delete
  12. sy terbaca psl buah dabai ni sbb twitter. dari situ baru tau. kat sana banyak tanam buah ni. kalau jumpa nak juga try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk pos ni kena pos yg mentah pastu kena letak daunnya jugak... itu tips kalau xnk buah tu rosak... sbb tu mcm risiko je nk pos

      Delete
  13. Unik cara makannya ya, kena rendam air panas. Mahal sebab buah bermusim dan tak ramai yang tanam agaknya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah... rendam je... bkn rebus... hehehe... betul tu sy pernah nmpk kt kebun durian atok sy dlu ada pokok dabei ni... tinggi... mcm susah je nk ambik

      Delete
  14. nampak mcm avocado.. hehehe tp bukan. nampaknya kena ke sana baru jumpa buah ini

    ReplyDelete
  15. Rasa menyesal pulak kali terakhir ke Sibu tak beli buah dabai ni. Yelah masa tu muda belia lagi, tak tau apa. Pergi pun atas urusan kerja. Thanks for sharing pada kami warga Malaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sibu mmg terkenal dgn dabei... xpe, nntlah boleh try

      Delete
  16. Tak pernah jumpa atau makan b8ah dabai ni
    Kalau dapat semai bagus juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik fairus mamat kata abg iparnya ada tanam di melaka wak... abg iparnya org sarawak so dia bawak dr sini la tu anak pokoknya... menjadi katanya buah tu... boleh try tanam tu wak... tinggi pokok dabei ni

      Delete
  17. Pertama kali saya makan buah dabai pada tahun 1996 sewaktu kursus di Miri. Kawan sebilik ajar cara makan. Kikis kulit dabai, rendam dalam air panas dan tabur sedikit garam. Sedap, lemak-lemak!

    ReplyDelete
  18. teringat office mate lama ammi...dia sarawakian. Mak dia siap postkan buah dabai dari sarawak ke kl semata2 untuk anak bongsunya dan kita makan sesama kat office. Dia rendam dalam air panas

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form