Hujung minggu memang hari yang ditunggu-tunggu.
Jumaat lagi dah excited, saya lah tu.
Jumaat saya pun takde kelas, so lapang sikit.
Boleh la setelkan kerja-kerja pengurusan yang lain.
Dah Sabtu pulak, memang hari untuk Kumon.
Nak ke tak nak ke memang kena keluar jugak hari tu.
Tapi kekadang memang ada hari stay rumah je.
Masalahnya kalau Sabtu stay kat rumah, Ahad pulak keluar.
Saya tak berapa suka keluar jalan pada hari Ahad, sebab besoknya Isnin.
Nak kena menghadap minggu yang baharu, kena prepare mental betul-betul.
Weekend lepas, awal lagi dah Encik Suami kata nak tengok Wakanda Forever.
Baiklah, dari Black Adam lagi dia nak tengok tapi saya mengelak.
Nampaknya Wakanda Forever kena tengok jugak lah, demi nyaikkkk bak kata lagu Indon... hihihi
Encik Suami dah booking awal dah tiket di GSC.
Sebelum mewayang, biasalah makan dulu.
#theIMANs ni apa lagi...Tuk Tuk saja.
Rasanya dari bulan 10, hampr tiap minggu kami ke Tuk Tuk.
Nasib la pergi di branch yang berbeza.
Wah, Tuk Tuk di Viva City dah guna buku menu baru.
Nasib baik tak order guna scan QR code tu macam Pizza Hut.
Bagi saya, lambattt!!!
Orang dah la lapar, nak makan, kalau boleh nak straight to the point... order terus.
Ni tak, nak kena scan lagi, scroll lagi, payah.
Tuk Tuk ni oklah kita tulis sendiri menu kat order sheet, nanti diorang akan confirmkan order.
Inilah menu set kegemaran #theIMANs
Set A tu, cadangkan kat diorang kita tukar set B ke set D ke, tak nak.
Sebab diorang suka ikan steam tomyam tu.
Baiklah, Ibu pun setuju sebenarnya.
Sebab menu ikan steam tomyam tu memang takkan saya buat di rumah.
So makan di Tuk Tuk sajalah.
Prawn chips memang kena order lebih. Sedap!
Kali ni kami try ayam goreng serai.
Honestly, memang tak pernah try tomyam ayam or seafoodnya.
Ini lagilah tak pernah order.
Tak masuk pun green curry di anak tekak si Ibu.
Apatah lagi si anak, apa yang Ibu tak makan, memang diorang lagi la tak makan.
Jus memang mahal.
Bukan kat sini je, memang jus buah kat Sarawak ni mahal.
Sebab tu dulu-dulu-dulu masa pergi Langkawi, makan je order jus buah, sebab murah!
Tak taulah pulak sekaarang kan?
So kat Tuk Tuk dalam value set tu memang dah ada 2 thai mik tea dan thai green tea.
So order 2 atau 1 je air lain.
Desert pun baru sekali try, ok lah tapi dah makan nasik, dan kenyang,
memang tak larat nak makan desert.
Kecuali.. kalau datang sekadar nak hi tea, tanpa order value seat meal tadi.
Anak-anakku ini, tak makan nasik, memang tak sah.
Ya, terutamanya si sulung ini, memang selalu nak nasik.
Makan kat kedai-kedai, mesti nasik goreng ayam.
Anak no 2 ni, peminat kuey tiaw goreng.
Tapi Tuk Tuk ni memang dialah yang mastermind, adik-adik follow je Abang.
Anak no 3 ni semua makan, jenis berani mencuba sesuatu yang baru.
Si bongsu Alan yang paling cerewet makan.
Nak makan, selalu je nak tempat kayangan.
Tapi Tuk Tuk ni dia terpaling suka sebab dia suka tomyam, katanyaaaa.
7 tahun tapi peminat kari dan tomyam.
Lepas tu ayam masak kicap, itu je lah ulang-ulang dia request.
Ayahnya order kraprow chicken dengan nasik putih ni.
Tapi yang Black Canyon lagi puas hati.
Set ni memang ada dalam value set tu. Thai chicken wing.
Kangkung belacan pun sama memang ada dalam set, ni sedap.
Ni menu baru yang kami try, ayam goreng serai.
1 main course yang tak sempat diambil gambar ialah ikan steam tu.
Tapi takpe, nampak ekor pun jadilah kan?
Bila dah selesai makan, kenalah mengemas.
Begitulah..
Kita permudahkan urusan orang, nanti insya Allah adalah ganjarannya.
Lagipun malu lah lepas makan berselerak je meja.
waahhhh..semua nampak menariks.. yum yum
ReplyDeleteSaya pun kurang suka bila pergi ke kedai makan, kena order dengan scan QR code. Kalau line slow, tak pun, telepon kena restart dulu ke, dia tak loading... huh, lambat..
ReplyDeleteNampak sedap semua hidangan. :)
Kan? Jd lambat pulak nk order kalau hi-tech sgt ni 😂😂
DeleteSaya baru ni laginla tak suka bila kena order guna QR code bagai tu sebab tak pandai🤣
ReplyDeleteSemua anak2 buat..
Dah tua malas belajar..esok2 hidup sengsorang ..mau tak dapat makan🌹🌹
Nampak sedap3 menunya
ReplyDeletePeminat Tuk Tuk. Sedih belum cuba makanan ala Boat Noodles.
ReplyDeleteItu lah.. sbb tekak lebih ke nasi sbb tu sgp x order boat noodle
DeleteMacam pernah ternampak tuk tuk ni kat Setia City Mall. Tapi sebab tak taw ade ape, tak la berani mencuba. Hihihi
ReplyDeleteNi dah tengok KakMim makan situ macam best je. Boleh try 😁
Saya sama macam KakMim. Tak suka keluar hari ahad sebab nanti penat nak hadap hari Isnin selepas cuti. Lebih baik keluar hari sabtu. Menarik menu menu di tuk tuk, air buah memang mahal. Jarang order air buah di kedai.
ReplyDeleteUish, TuK tuk ni ada ke tidak ye kat KL? Lama tak makan ala Siam macam ni
ReplyDelete