Rezeki di Kuching Waterfront

Kalau ke Kuching, kalau tak singgah di Kuching Waterfront memang tak sah kot. Macam kalau kita ke Melaka tapi tak pergi di area A Famosa tu, memang macam tak sampai lagi di Melaka. Haa.. begitulah.

Apatah lagi kalau yang stay di hotel-hotel di area Kuching Waterfront, memang wajiblah lepak di sana malam-malam. Nak makan shell out, seafood, aiskrim gulapong, cari souvenir, kek lapis, tengok busking sape semua ada di Waterfront. Hotel-hotel area Waterfront pun ada pelbagai bintang, dari 5 bintang sampai ke 1 bintang pun ada! Tp view terpaling cantik mengadap Sungai Sarawak of course di Hotel Hilton dan Astana Wing. Tapi harga bilik yang mengadap sungai dan Jambatan Darul Hana tu memang mencekik-cekik darah la. 

Oh ya bercerita pasal lubuk rezeki di Waterfront, macam tempat tumpuan lain jugak la, ada saja idea orang nak buat duit. Yang menarik kat Waterfront ni di sebalik costume tu ada pelajar sekolah, ada juga bapak orang. Ada yang viral yang punya suara sedap. Orang ingatkan maskot tu miming rupanya memang dia sendiri yang menyanyi. 

Ceria je si Olaf ni. Tapi kita tak tau perasaan orang di dalamnya. Demi mencari duit tepi orang kata.

Ejen Ali pun ada. 
Dari jauh lagi dah 3 beradik dia bagitau Ibu ada Ejen Ali.

Robot Transformers ni terpalimg ceria.
Siap berjoget-joget lagi ikut rentak lagu viral Tiktok. 
Memang ramai budak-budak nak bergambar dengan sinrobot biru ni.

Naruto ni terpaling sendu. Dia berdiri je setempat kat situ.
Sepanjang saya perhatikan dia, memang takde budak approuch dia nak bergambar. Kesian pulak. Ni saya tangkap gambar curi-curi sebelum kena marah Encik Suami. Maskot-maskot ni kalau aktif, ceria dan menghiburkan confirm ramai yang nak bergambar. Jangan lupa bagilah jugak seringgit dua bila ajak diorang bergambar tu.

River cruise ni lagi banyak buat duit. Macam kat Melaka tu jugak. Tapi di Melaka malam-malam pun botnya jalan, yang kat Sungai Sarawak ni memang timingnya sebelum sunset. Target memang nak tengok sunset dari Sungai Sarawak. Saya pun sekali je pernah naik river cruise ni. 


Eh, eh, ini macam Alan.. bukan maskot.
Hahaha!

Siapa yang pernah ke Waterfront ni mesti perasan dengan buaya @ naga ni. Boleh pulak tiga beradik ni nak bergambar duduk atas buaya ni.

Naga ke buaya? 

Inilah Jambatan Darul Hana. Jambatan ni untuk pejalan kaki je, nak jogging ke seberang ke. Uniknya jambatan ni menghubungkan Kuching Utara dan Kuching Selatan. Di seberang sana kawasan Petra Jaya, ada Astana Negeri dan juga DUN. Di sebelah Waterfront ni pulak, area bandaraya Kuching. Ya, bandaraya Kuching DAP yang pegang, Petra Jaya pulak GPS pegang. 

Perahu tambang pun masih lagi beroperasi untuk menghubungkan penduduk di area kampung di tepi sungai di kawasan Petra Jaya. Tapi tak banyaklah, lebih kepada untuk kemudahan pelancong dari Waterfront nak pergi beli kek lapis di Kampung Boyan je. Kat kampung Boyan dan Gersik tu memang banyak kedai kek lapis dan kilangnya sekali. Di kampung tu jugak ada orang jual ikan terubuk masin.


Last but not least, keluarga kecil kami berlatarbelakangkan bangunan DUN. Playing tourist katakan. Hehehe.

17 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Touching pula baca perihal Naruto sendu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka dia pun sendu je mungkin dia baru lg kot sbb tu masih ada rs malu

      Delete
  2. Asal kmk org balit raya di Samarahan jak mmg kmk org singgah di waterfront tok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya xda tempat lain juak nk lepak² ke sitok jak lah kita.. hehe... nektok rami juak org jogging area tok dah

      Delete
  3. Sarawak satu2nya negeri yang saya belum sampai lagi...InsyaAllah ada rezeki nanti nak juga ke sana

    ReplyDelete
  4. Bilalah sy nak sampai ke Sarawak ni.
    Sesekali playing tourist bestkan... Jalan2, makan2, bergambar 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah 1 fine day.. manatau anak belajar kt unimas ke nnt kn?

      Delete
  5. ms dtg sini (2019) dulu cuaca mmg tgh terik. dah lah dtg seorg sesat pulak tu. sblm ke sini sy ke kedai kek lapis dayang. then seberang sg naik perahu/bot. walaupun sekejap ada rezeki nk dtg lg

    ReplyDelete
  6. Comelnya transformer biru tu.. Kesian naruto tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MMg leka memerhatikan gelagat tranformers biru ni... asyik berjoget dia ikut lagu indon tiktok

      Delete
  7. Alaaa....rindunya Kuching...
    Mak dah beberapa kali hint nak "balik" Sarawak macam kampung dia pulak🤣
    Tapi anak bujang saya dah beli tiket nak "balik" sarawak Januari ni
    In shaa Allah saya nak teruskan berdoa agar kami ada rezeki dizinkan Allah nak ke Kuching lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai lah dtg lg melawat 'kpg halaman' di sini plak.. hehehe

      Delete
  8. elok anak2 tak takut mascott ada setgh budak lari lintang pukang haha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form