Review Serunding Halia Sedap

Lama dah tak makan serunding halia. Hari tu nampak member update di WS story dia, pantas je saya terus respon status member. Alkisahnya dia pun membeli dari orang lain rupanya tapi dia cakap dia boleh je tolong ambil order. Dia pun nak repeat order jugak. 

Malam semalam member mesej. Masa tu jam dah menunjukkan 9 malam.

Member - Mem, kitak gik bangun kah?
Saya - Aok, masih. Kenak?
Member - Kamek nak COD serunding halia kitak.
Saya - Ok, ok, boleh.

Setel saja delivery, terus bukak bekas dan try secubit. Ah, sedap! Tak boleh jadi ni. Dan secubit lagi dan lagi. Akhirnya guna sudu kecil untuk meratah. Kalau ada nasi bubur ni memang layan tapi dah malam la wei! Hahaha! 


Halianya dicarik-carik halus, memang tekstur macam serunding ikan yang dijual di pasar malam Jalan TAR. Halusss je. Lepas tu ada jugak si ikan bilis bersaiz seserhana dan si bawang putih yang dipotong nipis. Terpaling rangup ikan bilis dan bawang putihnya. Dapppp dap krup krap bunyi bila meratahnya. Kuantiti ikan bilis not bad, boleh tahan jugak, takdelah sampai boleh dikira dengan jari (kalau tahap dah boleh dikira memang sikit sangat la tu). Dan harga untuk sebekas ni (100 g) sangat mampu milik, RM12 sahaja. Saya beli 2 sebab sebekas lagi hantar umah mak. Begitulah.

Selalunya ibu-ibu yang pantang bersalin yang akan makan serunding halia sebagai snek tapi zaman sekarang tak kisah semua tu, janji menyihatkan dan bukan sejenis makanan rapu. Lepas makan memang terasa panas jugaklah badan sampai batuk-batuk pulak. Mana tak batuknya, malam yang sama saya makan durian, lepas tu sambung makan serunding halia pulak. Memang mendapatlah! Huhu.

 

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Masa berpantang tahun lepas ade kawan bagi serunding halia ni. Sedap juga bila tergigit bawang putih yang crunchy tu. Lepas makan rasa hangat je badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah2 time hujan mcm ni best kan ratah2 sambil layan keputusan pru nnt 😂

      Delete
  2. Durian campur halia memang panas la kakmim. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la tau tp sbb excited sgt nk mkn tpksa lupakan diri dh mkn durian sblm tu.. huhu

      Delete
  3. Saya pun suka kalau makanan kesihatan macam ni..
    Tapi masalahnya saya ni semua makanan saya akan rasa sedap ...
    Terliur pula baca review kakmim ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. boleh cr area sana kak utk ratah2.. hehe

      Delete
  4. Nampak sedap.. Menarik untuk dicuba nie..

    ReplyDelete
  5. Pernah cuba halwa halia..Tak boleh masuk, rasa halia tu masih kuat. Baru tahu juga ada serunding halia. Kalau kurang rasa halia mesti boleh makan. Tapi namanya pun halia dan bahan utamanya halia mesti lah berhalia kan..hihi..

    Uishh halia dan durian bergabung, panas satu badan KakMim.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form