Quick Lunch

Quick lunch. 
Dah macam dalam game The Sims la pulak. 
Lama tak update cerita masak-masak di dapur kecil saya kan? 
Bukan apa sekarang ni balik kerja, masak - makan - tidur. 
Selalu je penat sekarang. Penat fizikal dan mental.
Selalunya balik kerja kalau masak, masak yang simple dan mudah je.
Janji mesti ada bahan-bahan kisarnya (perencah).
Benda ni memang wajib ada stok kat rumah la kalau nak memudahkan urusan memasak.
Cili kering, bawang merah, bawang putih - dikisar sekali.
Halia dan serai - kisar sekali.
Ada 2 jenis bahan kisar ni memang bersemangat sikit nak masak.

Kalau takde ni memang menu goreng atau sup saja lah.

Alkisahnya hari Sabtu memang hari yang agak 'padat' jugak bagi kami.
Pagi-pagi lagi bebudak 3 orang ni pergi mengaji di masjid taman.
Sebelum Covid dulu memang dah ngaji kat masjid tapi stop masa PKP dan sekarang baru 3 bulan baru start balik dah.
Balik ngaji rest sekejap, lepas tu jam 12 tengah hari kena pergi Kumon pulak.
Masa ni lah kalau rajin, saya masak. 
Kalau tak rajin, balik Kumon baru makan kat luar.
So last week saya dikurniakan sedikit kerajinan.
Mungkin sebabnya teringin jugak.
Rajin pulak saya masak kari terung, campur sedikit dengan daging.
Fuh.. mabeles.. bagi peminat kari.
Asyik masak kari ayam je.
Kali ni kari terung pulak.

Seawal 8 pagi saya dah mula berperang di dapur. 
10 pagi semua dah setel.
Hujung minggu pun bekerja keras di awal pagi di dapur..haha

Sesambil tunggu dagingnya masak, saya goreng ikan kembung masin.
Cukuplah sudah lauk di hari Sabtu kami.

Kari terung + daging.
Ikan kembung masin.

Saya suka padanan lauk macam ni.
Kalau ada kari, ikan masin wajib ada.
Takde ikan masin, lobak masin pun boleh.
Telur masin pun on.

Begitulah...
Tengok suami & anak-anak makan bertambah, hilang semua penat...
Syukur...

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. IKAN gorwng dan kari memangg pergggh kena gabungannya he hee ciknur akan mkn letak kicap pula

    ReplyDelete
  2. Bestkan kalau dah sedia semua bahan kisar tu, tak lah penat sgt hari2 masak pun. Akak pun skrg suka masak awal kalau hari cuti. Masak awal tak kalut. Bak kata, Mak Cella, kuah lagi mesra.

    ReplyDelete
  3. dua lauk pun dah boleh buat makan bertambah ni kakmin..

    ReplyDelete
  4. Senang kerja masak bila dah siap semua benda tu. Kalau tak, jadi malas sikit. Padanan lauk yang sedap. Baru tahu juga ada ikan kembung masin.

    ReplyDelete
  5. Mudah kerja ada bahan-bahan siap dikisar tu. Lagi seronok anak2 & suami makan berselera. Hilang penat bekerja keras di awal pagi hihi...

    ReplyDelete
  6. Oh ada ikan kembung masin.
    Memang padanan serasi kari dan ikan masin.

    ReplyDelete
  7. gabungan menu mcm ni mmg makan menambah hehehe

    ReplyDelete
  8. Menu ni memang pembunuh diet bagi sesiapa yang berniat nak diet..
    Makan pula dengan nasi panas2..
    Aduhhhhh!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form