Jika Disember 2021 yang lalu, saya bertugas sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12), Pilihanraya Umum (PRU-15) ini pula saya bertugas sebagai kerani mengundi/pengiraan undi (KPKMU).
Jika masa PRN yang lepas (2021), kali pertama saya bertugas semasa hari mengundi, tahun 2022 pula merupakan tahun kedua saya bertugas sebagai petugas pilihanraya.
Bezanya dulu pilihanraya negeri, sekarang pilihanraya umum pula.
Semasa taklimat, simulasi hari mengundi memang wajib ada. Benda berlaku 5 tahun sekali memang kena refresh balik.
Dari KTM ke KPKMU? Ya, kali ni saya hendak bertugas tanpa perlu memikirkan satu tanggungjawab yang besar kepada negara. Bukan bermakna menjadi KPKMU takde tanggungjawab, bukan! Cuma bila jadi KTM memang tanggungjawabnya sangat-sangat besar. Kalau tersilap kira undi dan ejen tempat mengundi tak puas hati, memang sampai ke malam pun tak sudah. Nasib baiklah ketika saya bertugas semasa PRN-12 tempoh hari ejen parti agak okay. Adalah jugak dapat undi ragu tapi bila saya dah rujuk segala al-kitab SPR dan tunjuk kepada ejen, dan alhamdulillah dia berpuas hati dan segalanya dipermudahkan. Tapi di pusat penjumlahan undi, bila berlaku kesilapan mengisi borang dari KTM memang kena 'kuarantin' lah kat situ. Sebab itulah saya cakap tanggungjawabnya besar, dan masa bertugas pula lebih 8 jam! Mengalahkan waktu pejabat biasa.
Tapi demi sumbangan kepada komuniti dan negara, saya gagahkan diri juga bertugas untuk PRU-15 ni nanti. Sabtu ni hari menyemak peti undi. Kalaulah saya KTM, mesti sibuklah nak check peralatan untuk mengundi satu persatu. Belum lagi nak kira kertas undi lagi nanti. Nak kena check betul-betul no siri kertas undi tu. Bagi bilangan pengundi yang sikit ok lah, tapi yang ramai tu, hmm.. sendiri mau pikir. Hahaha!
So 2022, kali kedua bertugas semasa pilihanraya, saya akan gali pengalaman sebagai kerani mengundi/mengira undi pulak. Jika 2021, saya duduk diam jadi orang yang paling berkuasa di saluran mengundi, tahun ni kita bertugas dan dengar arahan KTM saja. Takmolah risau-risau sampai tak lena tidur sebelum hari mengundi tiba seperti sebelum ni. Saya macam ni lah, mudah risau orangnya.
Apapun, marilah kita menghitung hari. Sama-samalah kita berdoa semoga dipermudahkan urusan semua rakyat Malaysia semasa hari pembuangan undi nanti. Jangan tak turun mengundi tau!! Ingat tarikhnya ya, 19 November 2022, hari Sabtu. Jalankan tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia.
#MalaysiaMemilih
Tags
Work
Semoga dipermudah urusan kita semua.
ReplyDeleteSalam singgah dari Indonesia
Saya follow blog indah ini ^_^
Menarik pengalaman Mim.
ReplyDeleteMoga lancar urusan PRU 19 November nanti.
selamat bertugas kakmim..moga dipermudahkan semuanya
ReplyDeletesaya pula yang rasa berdebar
teringat cerita akak pasal tugas akak jadi KTM dulu tu, besar tanggungjawab nya kan kak. Ini jadi kerani p ulak tetap berat juga tanggungjawabnya, kadang teringin nk jadi petugas ni, tapi bila pikir balik boleh ke aku ni tak jadi la heheheh.
ReplyDeleteTentu besar juga elaunnya
ReplyDeleteTahniah
Mari mengundi!
ReplyDeleteTangungjawab yang besar..
ReplyDeleteTahniah sis berjaya menggalasnya dengan baik..
Inshaa Allah kakmim...
ReplyDeleteSemoga Allah mudahkan urusan dan lindungi agama,bangsa dan tanahair tercinta dari segala perkara yang tak diingini..
Berat juga tugasnya ni. Bukan kerja mudah nak pikul tanggungjawab bertugas di hari mengundi ni. Marilah mari kita mengundi. Tak sabar pula nak mengundi.
ReplyDelete