Kisah Tali Leher vs Mak Malas


Rasanya posting di atas ni pernah viral suatu ketika dulu di Facebook. Masa ni memang 'makan popcorn' betul bila baca komen. Memang kecoh kalau bab parenting viral di media sosial, semua orang akan acah² share tips dan amalan baik parenting mereka. Saya suka baca, benda baik kita boleh ambik jadi ikutan, yang tak berapa nak baik, kita ambik sebagai teladan.

Tapi..

Bila jadi 'mak malas' ni kekadang ada jugak berlaku sedikit kekesalan. Macam kes pagi tadi tak tersengaja termarah si Abang. Awal-awal pagi dah kena marah, nak menyesal, nasi dah jadi bubur. Patutlah orang kata, nak marah tapi kena sabar.

Mana taknya hilang sabar pagi tadi, jam dah 6.30 pagi, sepatutnya time tu memang masa nak kena gerak dari rumah untuk ke sekolah. Tapi si Abang masih lagi tak berneck tie. Si Abang ni jenis paling mudah dikejut, paling cepat bersiap dan dia yang akan kemaskan tempat tidur mereka 3 beradik pada awal pagi. Pagi ni dia tak bersiap pun lagi. Rupanya dia tak tau neck tie sekolahnya di mana! Nak kata mencari, tapi dia macam rilek je. Si Ayah pulak yang dah bising mencari. Bila si Ayah dah bising, Ibu pun mulalah ikut bising, mulalah membebel. Apa taknya setiap malam memang dah bagitau kena siapkan semua barang untuk ke sekolah. Buku, botol air, baju kecik, seluar kecik.

Dulu masa zaman 'mak rajin' (dan mereka masih di tadika) memang saya siapkan semua dari seluar kecik sampailah ke stokin saya akan siapkan. Tapi bila mereka dah semakin membesar, saya arahkan mereka sendiri yang perlu mengemas semua kelengkapan sekolah. Kemas buku ikut jadual waktu pun kena buat sendiri. Kalau kena marah cikgu, mereka tak boleh salahkan Ibu, salahkan diri sendiri sebab tersilap tengok jadual waktu. Part sarapan, itu memang saya akan siapkan. Saya akan rasa bersalah jika suami dan anak-anak tak makan apa-apa sebelum keluar dari rumah untuk kerja dan sekolah. So masih jugak ada sikap 'mak rajin' jugaklah.

Tau tak, perasaan menyesal marahkan Abang memang masih bersisa sampai sekarang. Tapi nak sedapkan hati, takpelah biarkan itu sebagai pengajaran buat Abang. Bila balik sekolah memang saya selalu remind simpan semua barang di tempat yang betul. Nah, ambiklah bila barang bersepah,bila nak guna tak tau dah letak mana, Ibu dah suruh siapkan awal pada sebelah malam, tapi tak buat, sekarang tengoklah padahnya. Masalahnya neck tie lama pun dah tak tau dah diorang letak kat mana, Ibu dah simpan di tempat neck tie tapi tak taulah budak-budak ni macam manalah diorang kemas bilik mereka. Bila jam pun dah 6.45 pagi, si Ayah bagi je duit untuk beli neck tie baru nanti. So kes selesai, Ibu dan Abang pun ready nak gerak ke sekolah. Awan dan Alan Ayah pulak macam biasa Ayah yang akan hantar.

Dalam kereta habit saya memang selalu akan tanya si Abang, beg dah? Mask dah? Beg bekal dah? Kasut dah? "Hah? Bekal?", jawab Abang. Lepas tu dia keluar balik dari kereta, rupa-rupanya beg bekal masih kat dalam rumah. Adoi, memanglah. Dah lah dah lambat, semua benda dia boleh lupa pagi ni. Kena sedas lagi bebelan dari Ibu. Menyesal lagi.

Hmm... dah bebel menyesal pulak. Kalau saya jadi 'mak rajin', mesti benda macam ni tak berlaku. Tapi tak boleh jugak, nanti saya pulak yang stress semua saya nak kena siapkan, anak-anak pulak tak reti berdikari. Serba-salah jadinya. Sedih.

On the way ke ofis, masih lagi driving, Encik Suami call. "Abang okay ke tadi?". 

"Macam tu lah, dia kan macam takde perasaan. Okay la kot", jawab saya.

"Awan dan Alan risaukan Abang, dapat ke tak Abang belajar, macam mana Abang takde neck tie pergi sekolah", balas lagi Encik Suami.

"Alahai, kesiannya, mesti diorang pun terkesan jugak kan? Kerana 1 neck tie, riuh serumah di saat-saat akhir nak gerak pergi sekolah." Saya jawab dengan nada kekesalan. Sedih.

"Takpelah, nanti kena bagitau Abang lagi. Memang nak kena ajar lagi, dia kadang-kadang kan tak fokus." Pujuk Encik Suami.

"Okay, takpelah biar jadi pengajaran buat si Abang." Saya jawab untuk memujuk hati sendiri.

Tak sabar dah nak jumpa anak-anak semua. Memang rasa bersalah sangat hari ni. Kena cari something nak mengubati hati yang terluka ini. Hmm..

Seandainya saja hidup ini mempunyai tombol CTRL-Z.




Mak Malas Vs Mak Rajin


Mak Malas

Bangun pagi-pagi, mulutnya sudah becok untuk membangunkan anak-anak solat Subuh berjemaah. Kemudian dikerahkan semua anak-anak menyiapkan sarapan dan makan bersama.

Mak Rajin

Pagi-pagi lagi mak rajin sudah bangun dan siapkan sarapan. Mak rajin akan pastikan sarapan terhidang di atas meja panas-panas. Anak-anak bangun terus menghadap meja makan.

Mak Malas

Mak malas tidak kisah jika anak buat silap, yang penting anak betulkan kesilapan dan buat yang lebih baik. Baginya, anak mesti buat SENDIRI.

Mak Rajin

Mak rajin akan menyiapkan semua keperluan anak. Mak rajin pantang anak-anak buat silap. Ada saja yang tak kena pada mata mereka. Perfectionist.

Mak Malas

Mak malas akan bahagikan semua tugasan kepada anak-anak. Yang kecil tugasnya sentiasa pastikan ruang tamu kemas, bantal kecil tersusun di sofa. Yang lelaki diajarnya sukatan betul untuk membancuh air. Yang besar tugasnya mencuci pinggan dan gelas selepas tetamu selesai pulang.

Mak Rajin

Mak rajin cukup tangkas kemas rumah, layan tetamu, cuci pinggan mangkuk. Mak rajin kasihkan anak, mahu anak happy, bermain puas-puas. Katanya, anak kecil lagi….

“Anak-anak mak malas, sampai berkunjung ke rumah orang pun, basuh pinggan dan cawan sendiri. Ishhhh!", tulis CEO ABS Education, Puan Suhaili Ikhsan.


 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Itulah yg sering berlaku zaman Iman kita masih sekolah dulu. Tak apa, Mim. Jadi mak ni, memang wajar kita marahkan anak. Lebih baik menyesal marah anak sekarang, dari menyesal akan datang, sebab tak pernah marah anak.

    ReplyDelete
  2. Tak mengapa. Bebelan-bebelan tu, kasih sayang nak menjadikan anak-anak insan yang lebih baik. 😊 Sweet betul Awan dan Alan risaukan Abang

    ReplyDelete
  3. Mungkin rasa menyesal sebab marah lebih.
    Nanti bagitahu sebab dan mungkin bagitahu marah kerana sayang.

    ReplyDelete
  4. its ok kakmim..bebelan tu akan jadi ingatan pengajaran untuk abang dan akan jadi kenangan manis untuk dia bila dah jauh dari ibu nanti..membebel ni salah satu skop kerja kita sbg ibu tau..hihi

    ReplyDelete
  5. yes..betul tu. bebel2 tu la tanda nya sayang, tanda nak mengajar... sesekali wat silap tu biasa la..kena bebel, baru la tak buat silap lagi next time,,, in sya Allah

    ReplyDelete
  6. Memang tugas kita untuk membebel, Kakmim. Jadi, don't feel bad. Kita tegur sebab sayang.

    ReplyDelete
  7. Menyesal selepas marah itu memang berlaku. Kalau ada button ctrl+z nak juga guna. Fikir positive kak mim, untuk pengajaran anak anak juga. Dari apa yang berlaku dia akan belajar supaya lebih ingat apa yang penting dan lebih fokus. InshaAllah...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form