Elaun Petugas PRU-15 Selamat Mendarat


Keyword post yang agak hot bulan ni. Banyak PM yang masuk bertanyakan hal elaun petugas SPR ni. Kadarnya masih sama juga seperti di bawah:


Minggu lepas lagi adik saya yang juga bertugas untuk PRU-15 ni bagitau yang dah dapat email notifikasi dr iGFMAS mengenai pembayaran elaun atau honorarium petugas SPR ni. Tapi saya belum dapat apa-apa notifikasi lagi di email. Hmm... takpelah lambat kot.

Tapi bila semalam KTM saya mesej bagitau yang elaun dah masuk, risau pulak kenapa saya tak dapat email lagi. Pagi ni saya tanya member yang sama team bertugas dulu, dia cakap rupanya dah masuk 29hb. Eh, saya tak dapat email pun. Dia cakap dia pun tak dapat email jugak. Hmm...

Saya check je lah akaun si rimau. Eh, eh, dah masuk rupanya. Alhamdulillah.. cepat ye elaun kali ni.
Cuma tuntutan perjalanan je belum masuk. Tapi honorarium petugas dah. Memang cekap kali ni. Mungkin sebab nak closing account kot.

MamaCella dah check akaun ke belum tu?

Perkara berkaitan gaji, honorarium atau elaun bertugas macam ni sebenarnya agak sensitif. Mungkin bagi yang berpendapatan tetap memang tak rasa sangat masuk cepat atau lambat, tapi bagi yang tiada pendapatan tetap, yang benar-benar berharap dengan setiap kerja yang mereka lakukan terus dapat gaji, memang mereka sangat berharap setiap pendapatan/gaji/elaun selepas bertugas akan masuk secepat mungkin. Kalau bahagian kewangan lambat proses tuntutan, memang kita yang jadi orang tengah yang serba-salah nak menjawab. 

Dulu semasa saya menjadi KTM, memang ada sorang kakak dalam team saya ni yang memang dia berharap sangat dengan elaun bertugas semasa PRN. Dia asyik tanya saya dah masuk ke belom. Saya pun bukannya ada kuasa pun sebab saya pun hanya menerima elaun je bukan saya yang memproses segala tuntutan. Bila saya bagitau, belom masuk lagi kak, ya Allah sedihnya rasa nak bagitau tapi terpaksa juga bagitau kebenaran dan hakikatnya. Dulu PRN Sarawak bulan 12, elaun masuk bulan 2 tahun berikutnya, bayangkan! Bab duit ni jangan buat main-main. Setiap orang lain periuknya. 

Ah, touching pulak.


 

41 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. kasut setiap orang tak sama kan kakmim...setiap orang ada struggle masing2
    moga dgn elaun ada yg dpt kurangkan beban
    kakmim makan-makan dimana elaun dah masuk tu?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan² nnt weekend kot... tp anak² ni suka request tmpt mkn fav diorang je... kalau tmpt baru nnt x puas pulak diorg mkn x best jugak

      Delete
  2. Eh, cepatnya.. masa PRN Johor dulu, lama Iman tunggu baru masuk. Ialah, dia takde pendapatan mcm kata Mim, memang itulah satu2 harapan, hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah mungkin sbb nk closing acc kot... hari tu sehari selepas bertugas last day hantar claim.. sbb tu diorg proses cepat rasanya

      Delete
    2. Best ya dapat awal.puan dekat negeri mana? Sebab saya dkt negeri Perak sampai sekarang tak dapat lg

      Delete
    3. Sy di kuching, sarawak ni aina

      Delete
    4. saya bertugas di kl ... belom dapat lagi

      Delete
    5. Bertabahlah menunggu ye.. nanti masuklah tu

      Delete
  3. alhamdulillah...byk jg tu. pru kali ni sy x bertugas. insya allah tggu prn thn dpn. tp bkn nk kejar elaun. sekadar suka2 berkhidmat utk masyarakat. gitewwww😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. nak sumbangan luar je... lgpun seronok jugak buat kerja yg luar bidang tugas kita ni

      Delete
  4. alhamdulillah, dapat embak The Imans makan2 gik lekak tok ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan ajak nak? haha.. tp sidak tok susah sikit nk ajak mkn lain dr yg lain selalu samaaaa jak

      Delete
  5. wahhhhh boleh tahan jugak ye kak, tapi tanggungjawab yang ditanggung masa tu besar kan kak. Patutla kawan ada ajak jadi kerani aritu, boleh tahan jugak elaunnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok dpt buat keja di luar bidang tugas kita ni dana... elaun tu boleh guna utk self reward.. so next time join k

      Delete
  6. Alhamdulillah.. Cepat bayaran kali ini ye..
    Betul tu kak Mim, bab duit ini memang kadang ada yang sangat memerlukannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cpt pulak.. kali ni dlm team semuanya penjawat awam so takde mslh claim cpt atau lambat... sunyi je grup wasap kami.. hihi

      Delete
  7. Wahh....
    Alhamdulillah Kakmim dah dapat..Laju team Sarawak buat kerja..
    Tapi saya & team belum dapat..Doakan saya pun dapat cepat...plan duit hono tu nak reward myself...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana x laju... habis bertugas terus hantar claim.. isninnya dah due date hantar claim.. PM x lantik lg tp claim dh submit dh.. haha... semoga elaun di sana pun akn dpt sebelum akhir tahun ni

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  8. Alahai lama betul tu kena tunggu sampai 2 bulan. Nasib baik sekarang cepat. Patut makin advance teknologi, makin memudahkan

    ReplyDelete
  9. boleh juga buat tambah duit poket kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul.. dpt juga untuk sumbangan kpd komuniti

      Delete
  10. Petugas SPR di Sarawak ke kak? Sya pun Petugas SPR jugak tapi belum masuk lagi...hmmmm. Hari-hari check online banking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, di sarawak.. elaun petugas ni agensi yg menguruskan yg proses... kena tanya agensi yg mengurus bila agak²nya elaun masuk

      Delete
    2. ktk bertugas di bahagian ney kak? Kuching ka?

      Delete
    3. Aok.. kuching.. ktk bertugas sine?

      Delete
    4. Kmk btugas d kolej abdillah. Agensi molah claim dbku rasanya coz anta d sia ariya. Ktk btugas d cney? Sapa agensi ktk?

      Delete
    5. Oh.. dbku.. ms PRN kmk dgn dbku.. kali tok kmk under pej daerah kch.. klak nanyak geng2 yg under dbku dh msk kh blom

      Delete
    6. Ow.. Pttla cepat. Aoklah.. Klk pdh ar...

      Delete
  11. saya pulak petugas pru di johor bahru, stakat ni takde apa apa notifikasi email pun. maybe, tggu bulan 2 kot..hihihi. alhamdulilah utk atas rezeki Allah bagi pada awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak yg pm kata belum dapat.. agaknya kami je lah yg pantas kat sini

      Delete
  12. Saya dr Kk Sabah. Masi menunggu ni. Jeleslah pla ada yg dah dpt pada 29 nov 2022😞..... Dah hantar claim sebelum tarikh tutup. Hrp2 sgtlah boleh dpt dlm niminggu atau minggu depan, hrp sebelum Christmas 🤞

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai... mudahan keluarlah sblm krismas.. boleh jugak utk top up sana sini kan

      Delete
  13. Petugas² SPR PRU15 SHAH ALAM P.108 BELUM MENDARAT...?
    KENAPA YE....ADA INFO TAK...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kena tanya agensi yg menguruskan yg telah dipertanggungjawabkan SPR tuan.. sy pun hanya petugas sahaja

      Delete
  14. Hello mim..apa khabar..nak tnya..setakat ni..elaun tuntutan perjalanan dah masuk ka dengan kamu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. dh masuk lama dh tp kena potong x dpt jumlah spt yg dituntut

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form