Roti Bakar Aik Seng.. Menu Wajib Bila di Sarikei


Minggu lepas saya out station ke bahagian tengah di Sarawak. Saya dan kawan-kawan bawak budak-budak untuk buat outreach pengambilan sesi depan. Mula-mula kami ke Padawan kemudian terus ke bahagian Sarikei dan berakhir di bahagian Betong. Perjalanan dari Padawan ke Sarikei mengambil masa 4 jam setengah (plus minus) sebab kami berhenti ke toilet dan makan di simpang Saratok. Oh, ya kami guna jalan Pan Borneo ya, naik van. Kat Sarawak ni belum ada RnR macam kat Semenanjung. So tempat orang berhenti selalu tu ala-ala RnR jugak la tapi takdelah secantik RnR di Semenanjung. Ada food court atau stall kedai makan, ada toilet, ada surau, ada pasar tamu yang mini. Yang basic-basic saja. Nak isi minyak memang di certain tempat je ada petrol station. 

Beginilah di foodcourt di simpang ke Saratok. Tapi makanan kat sini not bad la ada banyak jugak pilihan. Menu nasi campur pun menu-menu kampung. 


Dari Simpang Saratok ni dah dekat je dengan Sarikei. Simpang nak ke Sarikei ada 1 petrol station, nama tempat tu Jakar. So kalau dari utara nak ke Kuching selalunya orang akan singgah di Jakar untuk top up minyak. Selalunya di RnR Betong pun ada Petronas, tapi bukanlah RnR macam kat Semenanjung ya, ada RTC je kat area Layar, Betong tu.

Ya, berbalik kisah Sarikei, saya pun dah lama tak menjejakkan kaki di Sarikei. Paling last dulu masa zaman sebelum kahwin, tu pun atas urusan kerja jugak, pergi visit budak praktikal. Masa tu dari Sarikei kami naik bos ekspress lagi ke Daro. Jauh perjalanan, hehehehe. Dari Kuching pun sama guna jalan darat tapi masa tu belum lagilah jalan Pan Borneo ni.

Ya, bila di Sarikei, signature breakfast mestilah roti bakar Aik Seng. Ownernya cina tapi stall kat situ orang Melayu Muslim yang berniaga. Ada 2 stall je kat situ. Main business owner hanya air dan roti bakar sementara stall lain ada goreng-goreng dan mee kampua. Terasa rugi pulak tak ambik gambar menu kat Aik Seng. Dah namanya urusan rasmi, lepas tu ada student pulak tu, jadi segan-segan-silu pulak nak ambik gambar sana-sini. Mungkin jugak sebab dah lama tak menjiwai watak blogger kot. Macam manalah nak menjiwai dah beberapa bulan ni asik menghilang dari radar je kerjanya.


Roti bakar Aik Seng yang must try bila ke Sarikei. Rotinya dibakar dengan kayu arang. Lain-lain sama je lah, pandan kaya, butter atau peanut butter. Orang kata roti sardin pun ada tapi itulah bila tak ambik gambar menu yang di dinding tu jadinya begitulah.


Ini mee pok tapi bukan style mee kolok atau kampua. Itulah salahkan diri tak ambik gambar menu so menu yang sendiri makan pun dah lupa namanya. Rasanya so-so je, takde sup. Makan macam tu je lah.


Kedai ni masih konsep kedai dulu-dulu gitu. Perabotnya, pinggan mangkuknya, deconya memang basic je lah style 90-an gitu. Tengok air tin bersusun gitu je di luar almari kacanya. Memang old timer (otai) punya kedailah!



Doremart kat belakang tu ialah sebuah pasaraya. Depannya ada sekumpulan geng-geng Nobita berdiri teguh setia berhujan berpanas di situ. Di Kuching belum ada lagi pasaraya Doremart ni. Sebab itulah kami bergambar dengan Nobita and the geng ni.


Kesian Giant, dah tak nampak dah dah di hujung sana.


Sebelum nak proceed program ni memang risaulah, macam-macam dalam kepala. Sampai pernah tak tidur 1 malam sebab otak non-stop  berfikir kalau itu macam mana, kalau ini pulak macam mana. Bila dah proceed, follow the flow je, janji keluar daripada ofis, bolehlah lupakan sekejap hal-hal lain dan juga 'berehat' daripada tugas-tugas surirumah dan seorang mak. Out station tak lama pun sebenarnya. Tapi si Ayah siap cuti rehat lagi sebab kebetulan si Abang pulak sukan tahunan sekolah. Nak tak nak Ayah kena temankan Abang ke stadium sebab Abang pun ada ambil acara. Apapun, semuanya berjalan lancar, alhamdulillah. Rasanya cukuplah Oktober yang sibuk ni. Belum lagi cerita saya positif Covid di awal bulan. Hahaha. Next entri lah pulak ya.



 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Akak pernah ke Betong, rumah adik.
    Walaupun tak ada rnr elok, tapi akak puji tandas di hentiannya bersih. Tak kisahlah style lama, guna baldi gayung. Yang penting bersih.

    Kalau dah menjiwai watak blogger, kamera makan makanan dulu sebelum orang 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. mmg bersih sgt toiletnya... x kisah berbayar tp selesa

      Delete
  2. Sesekali dapat keluar luar kawasan pun best kan. Unik suasana kedai makan tu. Sedap tu Rotin dibakar dengan kayu arang. Aroma tu yang penambah sedap. Ada pulak nobita, doraemon and the geng.

    ReplyDelete
  3. Sesekali dapat keluar luar kawasan pun best kan. Unik suasana kedai makan tu. Sedap tu Rotin dibakar dengan kayu arang. Aroma tu yang penambah sedap. Ada pulak nobita, doraemon and the geng.

    ReplyDelete
  4. Sesekali dapat keluar luar kawasan pun best kan. Unik suasana kedai makan tu. Sedap tu Rotin dibakar dengan kayu arang. Aroma tu yang penambah sedap. Ada pulak nobita, doraemon and the geng.

    ReplyDelete
  5. Sesekali dapat keluar luar kawasan pun best kan. Unik suasana kedai makan tu. Sedap tu Rotin dibakar dengan kayu arang. Aroma tu yang penambah sedap. Ada pulak nobita, doraemon and the geng.

    ReplyDelete
  6. Sesekali dapat keluar luar kawasan pun best kan. Unik suasana kedai makan tu. Sedap tu Rotin dibakar dengan kayu arang. Aroma tu yang penambah sedap. Ada pulak nobita, doraemon and the geng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best fiza... rasa mcm bercuti tp sebenarnya bekerja

      Delete
  7. roti bakar kayu arang mesti sedap lain dari biasa

    ReplyDelete
  8. Wah.. mesti rasa dia lain sikit kan bila bakar dengan kayu arang..

    ReplyDelete
  9. menarik tu...roti bakar nya...yum yum

    ReplyDelete
  10. Jalan Pan Borneo dah siap ye?
    Kami di Sabah masih menunggu. Entah sampai bila terpaksa menanti, sebab sudah lama plan hendak ke Sarawak ikut jalan Pan Borneo.
    Sedap tu aroma roti bakar kayu arang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dikatakan 85% siap kak... setakat ke sibu mmg xde hal... kapit yg dulunya hanya bergantung dgn pengangkutan sungai skrg pn dh boleh guna jln darat

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form