Assalamualaikum... salam sejahtera... salam hari Khamis semuanya yang terbaca dan terlalu di sini. Lamaaaaaaa sangat dah tak update blog ni. Sibuk sangat dengan tugas hakiki di ofis sampai tak sempat nak me time untuk diri sendiri. Apatah lagi nak singgah baca blog sahabat blogger semua. Memang tak menyempat.
Hari ni tetiba pulak terbukak hati nak check email kakmim.com ni. Apuuu... rupanya masih ada lagi yang nak almanac Sarawak Government untuk tahun 2022 ni walaupun tahun 2022 ni pun dah nak sampai ke penghujung dah. Baru sempat nak reply semua email pagi ni. Harap maaf kerana terlambat reply ya, terima kasih juga kerana masih berminat.
Baru bukak inbox dan reply semua email yang nak almanac tahun 2022
Rasanya dah beberapa bulan ni tak berapa sangat nak mengupdate di sini. Masalahnya memang dah buat draft gambar cuma tak sempat nak menaip contentnya saja. Slow slow kayuhlah lepas ni. Semoga saya diberikan sedikit keberkatan masa untuk melayan hobi diri sendiri ni.
Bulan ni sememangnya bulan yang panjang. Banyakkkkkk perkara yang perlu disetelkan. Biasalah kerajaan dah nak hujung tahun macam ni. Minggu depan travelling pulak. Dulu dulu excited tapi sekarang dah sendu je rasanya. Apapun perjuangan harus diteruskan untuk menghabiskan apa yang telah dimulakan. Doakan semuanya dipermudahkan ya.
Almanac saya yang teguh berdiri di atas meja
Sekiranya masih lagi berminat nak softcopy almanac tahun 2022 email saya ya: kakmimdotcom@gmail.com
Bila sibuk, begitulah keadaannya kan Kak Mim. Mujur ada belek tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. selesai semak email ye..
ReplyDeleteHujung tahun nie lain macam sibuknya..