Masa makan malam hari Khamis yang lepas si bongsu Alan dah request nak makan mee kolok Hj Salleh lepas balik Kumon. Dah lama tak makan mee kolok Hj Salleh katanya. Bukannya lama tak makan mee kolok, ada je makan beli di kedai lain tapi bagi #theIMANs mee kolok Hj Salleh ni memang comfort food diorang. Satu kepuasan bagi diorang dapat makan mee kolok ni. Ibu Ayah ada je makan masa weekdays masa ambik cuti rehat sama tapi #theIMANs memang kena tunggu weekend je dapat makan di sini.
Balik Kumon semalam kitorang terus je gerak di Sepinang Sari Cafe ni. Dah agak dah memang kena queue. Nak makan kat sini kalau tak queue memang tak sah. Comfirm balik kat #theIMANs, sanggup tak nak wueue & tunggu ni? Semua kata okay, tak kisah tunggu. Baiklah! Ayah tak join pun semalam, kami 5 beranak je sebab Ayah ada workshop kat ofis.
Setelah 30 minit menunggu, akhirnya turn kami dapat meja. Apalagi selfie dulu nak bagi Ayah jeles. Kah kah kah.
Macam biasa layan henfon sementara menunggu.
Setelah order sampai, semua terus menyerbu, terus senyap. Alan je sudi tengok kamera. Hihihi.
Order semangkuk sorang, mee kolok daging takmo taugeh.
Order Ibu lain sikit daripada #theIMANs, macam biasa mee kolok tendon & daging. Kali ni tak order mee lebih. Selalunya akan order mee lebih. Kali ni kontrol sikit nafsu makan tu.
Memang betul-betul craving ni. Licin semangkuk.
Peminat tegar ni. Habis mee dia hirup sup pulak. Actually ni mee kolok kering tapi cara Alan makan dia suka tuang sup dalam mee.
Berbaloi betul dia makan.
Dah setel makan semua kekenyangan. Puas hati sungguh dapat makan comfort food diorang. So breakfast semalam terus jadi lunch. Sebelum Kumon pun dah breakfast mee hoon goreng tomyam di rumah sebab tu diorang tak kisah queue menunggu.
Next lepas makan mee kolok kami ke Mr DIY pulak nak beli brang projek si Kakak. Tiap minggu ada je barang yang dia nak beli untuk projek sekolah. Layan je lah. Hari Sabtu memang masa untuk family-bonding kan?
Rindunya mee kolok hj salleh. Riya masa balit raya sik sempat ke sitok sbb gik tutup cuti raya. Kmk pun suka mee kolok tendon ya.
ReplyDeleteNang nyaman bena lah mee kolok ya. Hehe. Paduu habis tempat ya knak beratur gik bok dapat seats. Nyumsss.
ReplyDeleteSedapnya mee kolok..teringat makan kat Miri dulu..memang sedap.
ReplyDeleteamboi sedapnya sampai licin pinggan dia makan. tak pernah try lagi mee kolok..kena pi sarawak la macam ni..hehe
ReplyDeleteBerselera semua nampaknya tu dapat makan favorite food depa :)
ReplyDeletenikmat menyantap mie kolok bersama anak anak ya kak...mbul belum pernah cuba...sepertinya melihat si kecil menyetuput kuah mienya kelihatan lezat dan menghangatkan perut...yummy ^^
ReplyDeletesedap betul nengoknya mee nya tu kak... sampai habis licin puas hati bawak pergi sana
ReplyDeletelicin... bagus2..
ReplyDeleteGambar last tu membuktikan segalanya!
ReplyDeleteAlannnnn...aunty SA nak jugak....lama x buat hal pi Sarawak semata- mata nak makan mee kolok Hj Salleh ni...craving semata- mata sanggup Jumaat half day then terus naik AA pi Kuching...balik semula Ahad, sepanjang kat SArawak tu sarapan pagi memang makan mee kolok...hahaha....
ReplyDeleteSedapnya...tendon tu urat keting rasanya..
ReplyDeleteMy name is Joshua, and I’m a 30-something who works in tech as a marketer by day, and dabbles in casinos periodically during off-times. You can use some expertise you’ve honed from conventional poker to improve your possibilities of successful. If you get your strategy down, have the ability to|you presumably can} decrease the house and get a excessive RTP with some games out there. Video poker machines are by no means the same as slot machines. For probably the most part, the 2 machines attract a totally different set of players from each other — players who gamble for very different reasons. While going to the land-based on line casino to 토토 사이트 play video poker might look like the more appealing option, {playing|enjoying|taking part in} on-line will be much more helpful quick and long term.
ReplyDelete