Tak habis lagi nak cerita road trip to Kapit. Nak ke Kapit memang kena sampai bandar Sibu dulu, dari Sibu nak ke Kapit kena lalu lagi pekan Kanowit dan Song. Keempat-empat nama ni Sibu, Song, Kanowit, Kapit ni memang terkenal dengan buah dabai. Kami di Sarawak panggil dabei je. Buah kayangan ni sebab kalau bukan musim memang boleh mencecah RM90 sekilogram.
Perjalanan dari Sibu ke Kapit takdelah makan masa sehari, 3 jam macam tu je, kalau drive santai. On the way ke Kapit sempatlah kami meronda pekan Kanowit dulu.
Sibu - Kanowit dalam 1 jam setengah macam tu.
Ada buah dabei giant kat tengah roundabout di pekan Kanowit. Tapi kami sampai petang Sabtu memang sunyilah. Biasalah orang luar bandar macam ni pekan diorang 'hidup' waktu pagi je. Pukul 2.00 petang macam tu banyak kedai dah tutup.
Next kami terus ke Song pulak. Dalam 1 jam macam tu dah sampai dah pekan Song. Song dah ada Tebingan Song, macam baru siap.
Tebingan Song, pokok dabei diabadikan jadi monumen sebagai trademark Song. Antara dabei yang tersedap ialah dari Song. Masa tu sempat ipar ke pasar Song cari dabei tapi diorang cakap belum musim lagi.
Apalagi kenalah kita selfie, 1st time ni sampai di Song.
Sempat pulak Encik Suami call member lama orang Song tapi member ke Sibu pulak. Tak dapatlah nak jumpa.
Sedikit cerita mengenai dabei.
Yours truly.. kih kih kih
Tugu Pahlawan Song. Bukan kami je bergambar kat sini tau. Ada jugak orang lain bergambar. Hahaha.
Kalau pergi pagi-pagi mesti ramai kot di sini. Sebab pasar tamu pun berdekatan je dengan tugu pahlawan dan monumen pokok dabei tu.
Ofis kerajaan kat atas tu. Kesimpulannya tenang sangat di sini. Jem takde, nak shopping memang taklah. Diorang ni kalau nak shopping banyak sikit mesti ke Sibu. Setakat bahan dan barang asas tu adalah. Nak lagi pelbagai pilihan memang kena ke Sibu.
Sebelum ni dengar je nama Song, Kanowit.. 41 tahun umur baru dapat jejak kaki di sini. Ada rezeki kita ke sini lagi nanti. ☺️
Pertama kali dengar nama Song. Ooo.. trademark Song buah dabei rupanya.
ReplyDeleteYa kak.. dabei di song antara yang tersedap
Delete