Menu Hujung Minggu

Yeay!! Hujung minggu datang lagi. Beberapa jam lagi boleh la bersuka ria walaupun untuk 48 jam saja. Hihihi.

Dah ada idea ke nak masak apa hujung minggu ni? Ni menu kami anak-beranak minggu lepas sebab tak keluar ke mana-mana pun minggu lepas. Ke Kumon, makan mee kolok dan ke Mr DIY je. Lepas tu melepak di rumah je.

Menu dinner, masak spagetti carbonara je. Lepas masak hidang terus dalam periuk atas meja sebab instict mesti laku keras ni, penat je nak serve tempat cantik-cantik.

Sangkaanku benar belaka, memang licin habis. Puas hati masak bila semua licin.

Idea minum petang, ada ubi kayu goreng. Kat Sarawak ubi kayu dipanggil 'bandong'. ubi kayu ni direbus dulu macam biasa lepas tu disaluti bancuhan tepung Bestari dan goreng deep fry. Sedap! Kalau rebus saja, #theIMANs tak makan, tapi bila goreng, licin.

Si Abang request nak buat ice cream homemade. Saya guna air Sunquik Mangga je. Mestilah sedap makan sejuk².

Habis jugak. Hahaha.

Begitulah kalau di rumah saja tak ke mana, memang makaaannnnn je kerjanya.





 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. dinner semlm makan carbonara, kakak yg masak, guna angel hair...kureng sikit, lbh suka spaghetti...perghh..aiskrim sunquick mangga...nyaman..

    ReplyDelete
  2. Ammi pun sama lately...kalau jenis yg rasa boleh habis one-off kita letak je terus periuk atas meja. Ahakssss

    ReplyDelete
  3. kreatif, polah lollipop sunquick mangga.

    ReplyDelete
  4. SA hari2 periuk nasi atas meja...tgok la nak makan apa kan...masak...siapkan letak atas meja makan...makan la berulang sampai petang...

    ReplyDelete
  5. hheheheh ini kalau uyum ada kat rumah , bkn hujung minggu, hari2 pun asyik nak makan makan makan hahaha

    ReplyDelete
  6. duk rumah memang nak makan je. Keluar pun makan jugak. hehe..
    Sedapnya carbonara tu..

    ReplyDelete
  7. comel ais krim dia. mesti sedap ais sunquick manga ni. nak try juga buat..hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form