Tapi Bagaimana

Tapi bagaimana? 


Ini lirik lagu sebenarnya. Bukannya ada apa-apa pun ye. Al-maklumlah sekarang ni saya tengah dalam pembacaan novel Dandelion Ditiup Angin. Kiranya sekarang ni saya masih di dalam dunia Nurin Adini & Harraz Rifqi. Auww! 😜 Tapi kan boleh pulak lupa bawak novel ke ofis tadi, dah la tak sabar dah nak habiskan ni. Tapi takpe, nanti saya nak tengok Melur dan Firdaus untuk episod malam ni pulak, nanti malam karang sambung dengan Dini & Rifqi. Hihihi.
Nak dijadikan cerita, malam tadi tengah baca part si Rifqi makan kuey tiaw kerang yang dia request dari Dini dan masa makan tu dia bukak lagu Tapi Bagaimana dendangan Tam Spider ni. Hm... tapi bagaimana? Rasa macam jarang pulak dengar lagu ni. Pagi ni terus search kat Youtube, nak dengar dan nak menghayati liriknyalah. Konon. Hihihi.



Kau buat ku teruja
Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembunyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan kekasih yang hangat bercinta
Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini
Dia bukan tak cantik
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Di sudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu
Tiada yang nak gaduh
Tiada yang nak tentang
Hingga rasa menjadi kering kontang
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Bagaimana harus ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini 

Lirik: M. Nasir


Cute pulak video klipnya. Buat tersenyum pulak sorang-sorang depan pc. Begitulah seorang Kakmim. Selalu macam ni, mudah nak berada di alam novel. Walaupun kerja tengah banyak di ofis, tetap jugak gigih nak carik ruang untuk buat diri tersenyum. Macam ni lah, kita imaginasi yang indah-indah saja. Why not kan? Berangan itu tak berbayar, percuma je. Jom lah join Kakmim. Hihi!


Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada

Begitulah cinta Harraz Rifqi pada Nurin Adini

15 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Sentimental orangnya Mim ni ya.
    Memang membaca novel ni satu terapi jugak, buat kita keluar kejap dari dunia realiti yang mungkin meletihkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah kak ujie.. bahagia itu kita cipta sendiri kan?

      Delete
  2. Dah lama tak baca novel. Hobi dulu² yang semakin dilupakan. Nak kene aktif beli novel semula ni nampak gayanya. Sambil susukan Sofea, sambil membaca tapi, takut lelap pulak. Hahahaa

    ReplyDelete
  3. dah lama sgt tak membaca novel. makin tak rajin lah. semakin ditinggalkan hobby ni.

    ReplyDelete
  4. lama gila kak ret x baca novel.. x tau la mood membaca tu cam dah hilang plak ehhehe ..klu teringin pun nk bc novel yg ringan2 je jalan citer dan bahasa nya :)

    ReplyDelete
  5. Lagu Spider yang ini saya jarang dengar...

    ReplyDelete
  6. x sempat dah membaca novel skrg. cuma baca suratkhabar je mampu. huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. ooo lagu ni dah lama dah.. x famous sangat tapi dulu selalu jugak keluar kat radio kalau x silap. Tapi sy memang peminat Spider so semua lagu diorang sy download. hehe. masa bawah M Nasir memang lagu Spider banyak yg sedap2

    ReplyDelete
  8. lama dah tak dengar lagu ni kan.

    ReplyDelete
  9. best layan lagu ni. lagu ni dulu pernah jadi ost drama aiman hakim dan izara aisyah. drama apa ntah tak ingat dah..haha

    ReplyDelete
  10. best juak kitak sempat mok baca buku lagik...keep it up

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga gembira bersama keluarga tersayang :)

    ReplyDelete
  12. aida ni da amat jarang dgr lagu.
    first time dgr lagu ni.
    org baca novel ni = jiwa sentimental :) and puitis.

    ReplyDelete
  13. Lagu Spider nok kmk tauk cuma ‘Relaku Pujuk’ hehe.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form