Motivasi Pagi

Morning view saya pagi ini.. alhamdulillah


Sampai awal di ofis sebelum jam 7 pagi. Ofis pun tak bukak lagi. Tanpa melengahkan masa baik kita sarapan bekalan dulu dalam kereta. Apa adanya. Alhamdulillah.. bolehlah alas perut pagi². Takdelah perut berkeroncong mintak diisi masa meeting nanti.


Masuk je ofis, on pc, bancuh secawan teh o panas. View wallpaper pagi ni pun sangat cantik, biru dan hijau, kombinasi hijau daun dan biru laut. Sebab tu lah saya suka set online wallpaper dari Microsoft Bing ni sebab wallpaper akan bertukar setiap hari dan scenery wallpaper semuanya masya Allah, indah kejadian Tuhan.

Kalau masuk awal sebelum pukul 7 sempatlah nak me time sikit, update blog, blogwalking sambil reply komen. Bila dah start rutin kerja, kekadang nanti petang tengok dah separuh taip di komen tapi rupanya tak publish lagi. Kes macam ni selalu terjadi bila ada orang jumpa kita dan kita terus tinggalkan browser tu macam tu saja. 

Kerja ni, siapalah jugak yang tak stress. Bukan setakat kerja, hidup kita ni.. kalau tak stress budak-budak keciklah maknanya, ataupun orang yang hilang ingatan atau orang yang tak waras? Selagi kita bernyawa, selagi kita tak cekap dengan time management selagi itulah kesihatan mental kita akan goyah. Kalau stress, pandai-pandailah nak manage sendiri ye. Cari jalan supaya dapat hilangkan stress tu. Tapi kalau memang dah tak mampu nak hadap, minta pertolongan profesional. Jumpa doktor, biar doktor yang diagnos dan plan apa yang terbaik untuk membantu kita. Ingat ya!!


Hidup kita, kita yang bisa memilih nak guna jalan A atau jalan B atau jalan C atau sat lagi nak tukar balik jalan B. Fikirkan!

Selamat pagi semuanya!! Semoga yang indah-indah saja hari ini.



 

14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Selamat pagi Kakmim...Sama la breakfast kita pagi ni...happy working ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat petang kak SA... nk balik dh ni... hehehe

      Delete
  2. Alhamdulillah ceria dan gembira Kak Min ya.

    ReplyDelete
  3. Selamat pagi.. Best pagi-pagi minum air panas.. Kalau Sha kopi lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak balik dh ni sha... pagi² je minum manis.. pastu minum plain water je

      Delete
  4. Dth jengah time lunch...so selamat tengahari...have a good day. Ingat nak tgk baju pink kak mim.. 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi... dh nk balik dh ni MA... xde selfie dlm kereta pulak hari ni sbb gerak awal dr rumah hari masih gelap.. haha

      Delete
  5. Bena kata kitak. Kehidupan kinek semakin mencabar. Silap pilih, maok gila olehnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nektok x boleh salah segok sikit... org nektok mudah nk fragile mental... semoga kita tok masih bertahan

      Delete
  6. semoga dipermudahkan urusan. saya pun suka online wallpaper microsoft. boleh discover tempat-tempat yang entah bila kita akan sampai

    ReplyDelete
  7. yes yes. lebih kurang sama kita.
    aida masuk ofis 7.30 pagi gitu2. sambil sarapan, sambil la layan blogwalking.
    then diikuti dgn secawan nescafe panas. alhamdulillah...
    masa lain blogging is lebih kurang jam 12 tghari. sejam sebelum rehat.
    that time normally keje hakiki da settle.
    take a break jap la :)

    ReplyDelete
  8. betul...we choose which path to follow tapi kadang-kadang sendiri pilih laluan sendiri juga yg stress ahakss

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form