Hello Miri

Assalamualaikum! 
Salam Hari Gawai dari Bumi Kenyalang
Gayu guru gerai nyamai 😍

Semalam Kak SK ada tanya maksud "Gayu guru gerai nyamai"
Bila guna henfon ni tak boleh nak reply komen
Saya jawab kat sini je lah 😅
Maksudnya lebih kurang ginilah
Semoga panjang umur & beroleh kesihatan yang baik
Harap dibetulkan jika saya salah ye
Manalah tau ada pembaca berbangsa Iban ke yang terbaca
Maklumlah bukan mother's tongue

Memandangkan Sarawak cuti umum 2 hari dan disambung pulak cuti sekolah, makanya kami sekeluarga plan trip ke Miri. Kebetulanlah pulak si adik no 2 kena report duty di Miri pada esok hari. Tranfer dari Kuching ke Miri, nampaknya berPJJ lagi dengan suami dan anak-anaknya. Sebelum ni suaminya di Sibu, dan dan suami dapat tranfer balik Kuching si adik pula kena tranfer ke Miri. Nak tak nak bila SYMP terpaksalah jugak walaupun bukan kemahuan dan kehendak kita.

Team naik belon ke Miri, adik no 2 dan famili guna jalan darat sebab dia bawak kereta ke Miri. Mak bapak dan 2 orang lagi adik bercuti di KL. Mulanya mak ajak ke KL, bila tanya #theIMANs nak KL ke Miri, si hero lelaki nak ke Miri. Tak puas jumpa kazen masa trip bulan 2 hari tu.


To kill the time, lepak minum sementara tunggu belon AA sampai. Ramai jugak orang di airport semalam. Flight ke KL macam panjang je Q, yang domestic flight pun ramai.


Tunggu Q masuk belon, duduk-duduklah dulu sembang ceta belon budak 3 orang ni.


Kalau pergi 1 family dengan anak-anak kecik memang wajib beli seat. Maka penuhlah 1 row kami anak-beranak.


Kuching ke Miri 1 jam je. Tak sempat tidur sebab Alan banyak je ceritanya. Tup tup dah sampai.

Er, hello Miri!

 

9 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Best kadang tengok Sarawakian & Sabahan, travel dalam negeri naik belon.

    Terima kasih jawab soalan akak.. selamat bercuti utk Mim sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. adoiii lari dah plan kita nak naik belon ke kuching / KK... nampak gaya kena plan lain la lps ni

    ReplyDelete
  3. Pernah ke Miri, seronok pemanduan di sana…pemandunya sopan. Teringat juga kesedapan Nasi Lalapan.

    ReplyDelete
  4. Seronoknya jenjalan naik belon...

    ReplyDelete
  5. Tak pernah sampai ke Sarawak lagi. Bestnya jalan jalan..

    ReplyDelete
  6. rindunya Miri. pernah ke sana jugak. masuk segala gua dan air terjun. hehe

    ReplyDelete
  7. bestnya .. mama tak penah lg sampai miri

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form