Dambaan Pilu - Khai AF 1


Dambaan Pilu - Khai AF 1

Inilah yang harus kuterima
Dedaun nan layu
Berguguran jatuh di sisiku

Adakah ruang
Walau bermesra untuk kali ini
Bersamamu

Bridge:
Biarlah hanya ku menatap
Wajahmu nan indah
Lepas kerinduan ini

Hanya kasih
Milik berdua
Dambaanku pilu
Perpisahan yang berlaku

Korus 1:
Tak sanggup bila meratapi
Hanya sayu diriku kehilanganmu ini
Andainya masa menentukan
Moga saat itu kau hadir hanya untukku

Korus 2:
Satu yang kupinta
Buatku kali terakhir
Sekiranya diriku masih dalam hatimu
Renunglah kembali
Jika ku masih disini
Biar bersemadi oh kasihmu ini
Yang tiada penganti
(Ulang Bridge) 




Tiber je kan letak lagu yang mendayu-dayu ni. Bukan apa, tengah key-in markah ke dalam sistem, sesambillah kita mendengar online radio Sinar ni. KLMJ sungguh la lagu ni. Lagu zaman Akademi Fantasia (AF) yang masa mula-mula dulu. 

Dulu-dulu memang layan jugaklah AF ni. Tapi sampai AF ke-3 je kot. Lepas tu dah tak layan dah, peserta AF selepas AF 3 tu pun dah tak kenal dah. Masa AF-2 rasanya zaman crazy sangat dengan semua peserta AF tu. Entah apa-apalah. Tapi tak sampailah AFUNDI bagai, cuma memang ambik tau semua hal-ehwal mereka di AF tu. Hihihi.


Antara peserta AF 1 yang kekal hingga ke jinjang pelamin


Sekarang Khai & Rosma pun selamat beranak-pinak dah, bukan Khai & Rosma je tapi ramai lagi yang berkahwin asbab bertemu di AF ni. Saya bukanlah peminat Khai & Rosma pun cuma suka dengar lagu Khai ni je. Ye lah zaman muda trang tang tang, jiwang bangat. Kah kah kah.

Yang sedang membaca ni peminat AF jugak ke tak? Ke tak tau AF tu apa? Ahahaha.


3 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Sama.kita AF 1 layann abis , ciknur minat Kaer .Yg kedua layan jga. Tp mask ke 3 dah kuranggg. He hee
    dah x kenal.peserta.
    khai peserta cute . Jd gilaann ramai jga tu

    ReplyDelete
  2. final af1 ni, aida dan husband tgk kat kawasan lapang.
    ada tirai besar. ha ha ha ha :) masa tu astro ni kat mcm alien lagi.
    then sama la, folo hingga af3. af4 da tawar skit la program tu.
    tak begitu best team af4 kot.

    af1 ni natural and diorang tak brape fake.
    suka. af pun program baru masa tu. dgn aznil. perfect.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form