Si Bongsu Kembali ke Kampus

Raya tahun ni tak sempat bergambar famili besar kami
Raya ke-5 adik bongsu Kakmim dah kembali ke kampus
Ops, bukan kembali ke kampus, baru masuk kampus setelah 3 tahun sambung degree
Dah last semester baru dapat merasa masuk kampus di Shah Alam
Nasib baiklah masa diploma dah merasa duduk di kampus Kota Samarahan
Tapi lainlah feelnya sebab setiap minggu balik rumah
Kalau kakak-kakaknya dulu, memang 1 semester duduk kampus pastu balik bercuti
Barulah ada feel!
Especially nak balik cuti untuk raya, memang best sangat
Yang tak bestnya nak balik semula ke kampus lepas berhari raya
Orang lain masih sibuk beraya, kita pulak nak balik ke kampus jauh dari keluarga
Tapi.. itulah pengalaman
Bila pandemik, banyak benda yang kita tak merasa
Ibarat 2 tahun hilang macam tu saja


Check in di kaunter bersama adik bongsu dan 2 BFFnya... kali ni mak dengan bapak tak pulak hantar anak bongsunya ke kampus. Mungkin sebab hari raya kot, kalau tak raya memang tak lepaskan peluang rasanya, tambahan pula dah lama tak fly ke KL


Kakmim dan usu


Mak dan usu


Usu dan anak-anak buah #theIMANs


Keluarga MFBN... adik kedua dan familinya je yang tak pergi hantar kat airport


Selfie dulu ye..


Family photo... kredit to Ayah Iman yang ambik gambar.. hehehe


 Mak dah beli tiket nak ke KL cuti hari Gawai nanti
 Si abang pun dah tanya, "kita tak pergi jugak ke, bu?"

Adeh..

"Boring kalau cuti stay rumah je", sambung si Awan
Pandai pulak diorang ni

Kalau tambang nak ke KL macam tiket LRT/komuter takpe jugak.. kah kah
Tapi, betullah... teringin nak fly, lama sangat tak keluar dari Sarawak ni
Hmm.. 

4 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Semoga baik2 sahaja dan dipermudahkan urusan si bongsu di kampus, Amiiinnn.

    ReplyDelete
  2. nak buat macam mana kan...belajar dizaman corono gitulah.
    anak bongsu ammi pun semalam baru merasa makan di kantin dan beratur ditapak perhimpunan selepas 2 tahun jadi pelajar sekolah rendah.

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambung pengajian cik su

    ReplyDelete
  4. Betul tu, zaman belajar corona ni tak merasa lah sangat enviroment belajar. Cepat sangat masa berlalu huhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form