Kek Kismis Bermalam (Versi Kukus)

Kek ni kegemaran orang-orang tua
Sebab kek ni antara kek legend, yang dari dulu-dulu lagi dah ada
Budak-budak jarang suka kek ni
Saya dulu tak suka kek ni
Tapi sejak dah beranak-pinak ni boleh jatuh cinta pulak dengan kek buah ni
Jom kita tengok resepinya dulu
Manalah tau ada yang teringin kan, bolehlah try buat


KEK KISMIS BERMALAM


Bahan-bahannya:

450 gram mentega berkualiti tinggi (saya guna mentega Golden Churn)
10 biji telur ayam gred B atau A
1/2 tin gula halus atau gula castor
1 sudu besar esen vanilla
1tin rendah susu pekat manis (saya guna susu cap Junjung)
3 1/2 tin tepung gandum (saya guna tepung pau)
2 kotak Red Dates (200gram) - tak letak sebab susah nak jumpa sekarang
100 gram ceri hijau
100 gram ceri merah
500 gram kismis campuran
500-800 gram kismis hitam
1sudu teh baking powder (saya letak satu sudu makan)
1 bungkus gajus yang disangai (optional - saya tambah sendiri)
Sukat guna tin susu pekat saiz rendah 399 gram
Pewarna kuning/oren (optional - saya tak letak)

Cara Membuatnya:
  1. Campurkan semua kismis dan ceri ke dalam bekas dan gaul dengan tepung supaya buah-buah ini tidak melekat antara 1 sama lain.
  2. Di bekas yang lain, pukul gula dan mentega sampai putih dan kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Putar sampai sebati.
  4. Masukkan susu pekat, putar lagi sampai sebati.
  5. Masukkan buah-buahan yang telah dicampur-adukkan tadi. Gaul rata dengan menggunakan senduk.
  6. Akhir sekali, masukkan tepung dan baking powder dan gaul rata.
  7. Sediakan loyang 9x9. (saya masukkan dalam loyang terus dan biar semalaman)
  8. Perap semalaman pada SUHU BILIK sahaja.
  9. Keesokkan harinya kukus selama 4 jam



Langkah 1



Langkah 5


Langkah 6


Setelah dicampur tepung dan digaul rata


Langkah 7 - ni dah dimasukkan ke dalam loyang dan nak dibiarkan semalaman


Saya guna pengukus elektrik jenama Trio ni, setiap 1 jam kena tambah air.



Setelah dikukus 4 jam



Keratan rentas Kek Kismis Bermalam atau nicknamenya Kek Buah


Potong dalam beberapa loaf boleh dibahagi ke rumah mak, adik, mentua, nenek.. hehehe



Kalau buat kek ni berbaloi-baloi tau sebab banyak! 
Tahan lama pulak tu, dah la makin lama makin sedap
Nak simpan untuk raya haji, ni dah selalu sangat buat
Sebab tu lah plan nak buat awal puasa sebab nanti dah raya jadi makin sebab tapi bila dah malas, nak raya jugak baru nak buat. Kek ni saya buat hari Jumaat sebelum raya sebab baru je start cuti hari tu.


Try lah buat.. senang je ni
Dah buat nanti jangan lupa komen kat sini ye

Selamat mencuba!!

Sebarang pertanyaan boleh terus email Kakmim ye: kakmimdotcom@gmail.com





4 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Terbaik, Kak Mim. Buahnya tak jatuh ke dasar.

    ReplyDelete
  2. Mcm.kek.buah jga ya kukus 4 jam
    menarikk sbnya simpan semlm
    Mkn lama makin sedapp

    ReplyDelete
  3. Nampak kena kukus 4 jam terus tak jadi nak try -lah Kakmim :D
    Tapi PH suka juga kek buah ni, esp yg homemade.

    ReplyDelete
  4. kek buah mmg best...ammi suka walaupun ammi tak tua sangat ahakssss.
    dulu rajin order dari makcik sebelah rumah arwah mama sbb kek dia sedap sangat tapi sekarang dia pun tak larat nak buat dah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form