Bila #budakkaran Beraya

Pertengahan Syawal tapi masih lagi mood beraya gitu
Ini cerita hari cuti umum yang lalu
Kisah my student beraya di rumah pada hari guru

Gambar ihsan dari member
Kek lapis premium dan kek lapis biasa
Yang plain kek Lumut dan kek buah


Setelah 2 tahun tak menerima tetamu luar termasuk student
So tahun ni saya jemputlah pelajar yang aktif sekarang ni beraya di umah

Menu untuk diorang:

Nasi Arab
Kari Kambing
Rendang Ayam
Ketupat & Kelupis
Lontong & Kuah Lodeh
Kek Lapis, Biskut & Kekacang


Dan semua lauk-pauk ni tak sempat diambik gambarnya
Dari jam 4.30 pagi dah bangun nak masak
Ngam-ngam kol 11 pagi setel semua
Lepas tu bersiap dan rehat sekejap
Then member pensyarah dulu datang dan family Kakmim
Sebab memang dah pesan awal,  datang awal sebelum student datang
Hahaha


Apa adanya.. rumah tak berapa luas beginilah


Pose kat luar rumah


Pose dengan motor diorang


So far alhamdulillah, budak-budak ni on aje kalau pasal makan
Sekarang takdelah rasa berhutang sangat dengan diorang
Dari sebelum raya mintak kek raya
Bukan saja kek, makan kambing lagi tu
Beria budak-budak makan
Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki dengan mereka




 

17 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Wah, bestnya makan-makan! Selamat Hari Raya,Kakmim!

    ReplyDelete
  2. meriah betul open house punya makanan. semua student lelaki yea. mesti mereka sangat2 berselera

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah... budak letrik.. semua lelaki.. biasalah budak baya ni.. mkn jgn kurang.. hehehe

      Delete
  3. Sedap kek lapis sarawak... meriah! menu2 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya lps habis raya br sedap kek ni semua... br rasa tercari²

      Delete
  4. Gembira dapat jamu orang makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... betul... lagi² semua habis

      Delete
  5. Alhamdulillah, pandai dan rajin Mim masak. Alaaa.. nak kek

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok mood jugak kak sbb rasa nak masak je tapi makannya tak... hehehe

      Delete
  6. Menark tengok gambar kek lapis tu..hehe
    Selamat Hari Raya KakMim

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kek lapis sarawak. Aritu adik yang tinggal di Sarawak bawa kek lapis blueberry cheese..sangatlah sedap!

    Walaupun tak letak gambar, baca menu pun dah terbayang sedapnya 😄
    Alhamdulillah seronok berganda dapat jamu orang makan dengan air tangan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ada cheese ni kek lapis premium kak... yg tgh kaler purple tu pun blueberry, cheese dan coklat... tp namanya kek lapis fattzura.. hehehe

      Delete
  8. meriah kan klu student yg datang beraya hahaha

    ReplyDelete
  9. budak-budak baya ni memang tengah selera makan. seronok masak apa pun habis

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form