Mungkin sebab minggu depan dah mula cuti sekolah, perasaan nak menyediakan bekalan #theIMANs pun semakin hilang dan merudum. Dah tak tau dah nak masak apa untuk bekal dan breakfast, tetiba teringat stok adunan pancake Adabi masih tersimpan rapi di kabinet stok makanan.
Maka terjadilah waffle untuk bekalan hero Ibu 3 orang hari ini. Jangan pulak hairan kenapa 3 je sebab si Kakak memang stay kat rumah nenek bila hari sekolah sebab dia kena gerak awal ke sekolah, so dia akan ke sekolah dengan Mami (adik Ibu).
Inilah penyelamat bila dah ketandusan idea menyediakan bekalan ke sekolah. Terima kasih Adabi! Memang banyak sangat memudahkan rakyat Malaysia. Adabi.. jenama yang dipercayai. Chewahh... bukan iklan berbayar ye.
Senang je nak buat waffle, guna je premix yang dah terjual di pasaran. Walaupun ni adunan untuk pancake, bagi Kakmim sama je rasanya pancake dan waffle ni. Boleh jugak nak bancuh sendiri kan tapi benda dah ada siap yang memudahkan so kita beli dan bancuh je lah.
Cuma tambah sebiji telur, 320 g air dan 33 ml minyak masak.
Lepas tu gaul je sampai sebati.
Jadi macam ni.
Lepas tu marilah kita mewaffle dengan waffle maker comel yang dibeli dari Shopee ni.
Dah siap! Makin lama makin sekejap waffle masak sebab dah makin panas kan?
Kalau nak garing, kena tunggu lama sikit.
Pastu kita bubuh topping pulak. Macam biasa bebudak ni suka yang ada peanut butter dan chocolate spread kalau beli di luar tapi kat rumah Ibu tambah lagi coklat Hersheys syrup
Tadaaa!
Esok last sekolah sebelum cuti hari gawai, tak tau nak bekal apa. Hihihi. Nanti petang sikitlah fikir lagi. Kalau takde idea lain, goreng nasi je lah pagi besok.
Allah3. Syu suka waffle. Selalu kalau beli mesti letak perisa coklat + strawberi. Nak kena beli juga waffle maker nampak gayanya ni. Hu3.
ReplyDeleteni beli ms pkp ari tu.. sbb x boleh nk keluar sgt kan nk mkn kena buat sendiri... hehehe
Deletewaffle maker kita ada dalam stor..hahaha....sekali je guna
ReplyDeleteapa lagi kak... keluarkan dr stor utk lepak ramai² hi tea hujung mgu
Deletesedap tu waffle...kt opis cafe ni pn ada ..ptg2 order
ReplyDeletekan? sesuai sgt utk hi tea
DeleteLama pulak tak makan waffle ni.. Letak ice cream & chocolate syrup fuhh sedap jugak kan..
ReplyDeleteaiskrim vanilla pastu choc syrup.. yummy
Deletekalau beli, rasa x cukup...hehe..suka peanut butter & jem strawberi
ReplyDeletebuat sendiri terus muak rasa nk mkn.. hehe
Deletetengah racun ammi beli waffle maker tu ke mim?
ReplyDeletesila.. sila... x mahal pun ni... sbb kecik comey je.. haha
DeleteWah.. Bestnya.. Macam kena beli juga je waffle maker tu.. hehehe
ReplyDeletesila sila.. hehehe
Deletemenarik jugak tu buat waffle dengan adunan pancake. dapnya. teringin pulak
ReplyDeleteambik shortcut.. hehehe
DeleteFav ni. Dapat waffle peanut butter choc memang terus happy rasa..
ReplyDeleteNanti nak try juga la buat guna tepung pancake. Nak kena beli waffle maker dulu. Dari hari ke hari duk tangguh nak beli.. :)
Selamat hari raya Kak Mim. Tak lewat lagi nak wish ni. Baru dapat singgah sini :)
dapnya waffle.. suka mkn peanut butter bersama choc.. hehe
ReplyDeleteterus terngiang-ngiang lagu iklan Adabi..
ReplyDeleteAdabi..menyelerakan..
sedapnya
ReplyDelete