Salam Ramadhan 1443H

Salam Ramadhan ke-9
Dah 9 hari puasa baru dapat nak menaip kat sini
Al-maklumlah sekarang semua dah bersekolah, memang agak busy jugaklah
Busy hantar ambik anak-anak ke sekolah
Dengan bekerja kelas sendiri pulak tu
Udahlah bulan posa ni ikut waktu fleksi Ramadhan, memang masa rehat pendek
Lepas tu kena ambik kakak pulak, nasib abang dah mula KAFA dan ikut penggiliran
Sekolah menengah ni sekolah lambat habis, so masih lagi nak adjust timing masa keluar tengah hari
Adoi.. memang letihlah on the road ni
Bulan puasa ni banyak sangat kereta kat jalan
Pagi petang jalan jem

View masa first day ambik kakak di sekolah menengah Isnin yang lalu, sekolah kakak sekolah Ibu jua
My super-duper junior ni
Datang awal pun kereta dah bersusun wooo
Dulu-dulu tak ingat pulak jem macam ni jugak ke tak


Hari Khamis - hujan di tengah hari
Stuck depan main gate sekolah kakak
Nasib baik ada guard yang komited
Kesian dia berhujan sebab nak kontrol trafik


Nak balik ke rumah waktu petang pun jem
Keluar ofis kol 4 petang, sampai rumah 5 lebih jugak


Menyempatlah selfie di hari Rabu, pabila kena ambik abang dan kakak serentak tengah hari sebab aktiviti ko-kurikulum di bulan puasa semua ditangguhkan

Bila sibuk macam ni kan, jadi rindu pulak masa berpuasa masa PKP dulu
Macam-macam menu dicuba
Sekarang penat je lebih, nak masak pun malas

Mana Awan Alan?
Oh diorang dengan Ayah
Macam biasalah pembahagian tugas laki bini
Hehehe..

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Replies
    1. salam ramadhan cik nor.. masak apa ari ni?

      Delete
  2. wah bz gila dier ye... eh nak tanya org semenanjung nk msk sabah n sarawak skrg byk rules x eh??? mcm plan nak terbang ke sana Jun nanti...

    ReplyDelete
  3. kesian pak guard tu kakmim. belanjalah dia baju hujan satu. hehe. selamat berpuasa dan semoga dipermudahkan urusan. bulan puasa memang macam tu lah kan. jam memanjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. bz on the road je lah skrg sal... layan jem.. hehehe

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form