EO Young Living: Guna Dulu & Percaya

Fuh! Rupanya bulan 12/2021 lagi entri ni dah siap taip rupanya. 
Saya pun tak tau kenapa saya tak publish. 
Inilah bahananya taip sebelum tidur lepas tu lupa.
Hihihi.

Dulu saya agak skeptikal dan pesimis dengan essential oil ni. Macam.. ye ke minyak pati ni boleh melegakan macam-macam? Kalau tertengok orang sharing pasal EO memang saya baca seimbas lalu saja, takkan pernah nak faham dan hadam. Sebab itulah orang cakap tak kenal maka tak cinta, memang saya setuju. Quote "tak kenal maka tak cinta" ni bukan untuk manusia saja ye.

Alkisahnya bila saya tak sihat selepas booster. Mungkin antibodi masih low dan anak-anak pula tak sihat, maka saya pun mudah terjangkit. Dan saya bukanlah penghidap migrain tapi tiba-tiba jadi sakit kepala tak boleh bincang. Mungkin juga faktor hormon setiap bulan tu sebab lama dah saya tak kena serang sakit kepala ni. So member share experience dia guna Peppermint YL untuk pengganti minyak kapak. Saya pun tanyalah adik saya (adik saya memang dah lama guna EO YL ni). Dia tak ada ready stock tapi dia cuba tanya staff di ofisnya. Alhamdulillah ada dan terus delivery ke rumah. Di situ bermulanya kepercayaan saya mula bertapak terhadap EO ni. Saya try sapu di kepala sedikit dan hidu-hidu bau Pepppermint yang menyegarkan tu alhamdulillah dengan izinNya saya rasa saya beransur okay. Mungkin juga mentaliti kita juga yang main peranan kan? Kuasa pemikiran kita yang berfikir secara positif dan akhirnya kita melupakan kesakitan yang ada pada kita.

Lepas tu saya rasa eh tak boleh jadi ni, kena try EO lain pulak macam ni. So saya tanya adik saya nak beli diffuser pulak. Adik saya pulak malas nak layan, dia suruh tanya kazen saya. Ah, kebetulan member sekolah pun selalu share pasal EO YL di whatsapp grup sekolah so saya terus tanya dia. Dan saya pun terbeli dan terjadi member YL. Sekejap je dah sampai diffuser pertama saya. Hari ni kawan saya key in dan order, keesokkan harinya "positive box" saya pun sampai. 

Kenapa positive box? Saya rasa penggunaan EO ni sebenarnya lebih kepada mentaliti kita, cara kita berfikir. Memang tidak dinafikan, setiap ciptaan Allah memang ada hikmah dan penawar, tapi peranan akal kita pun tak dapat dinafikan.

Selalu kita dengar pesakit kanser yang survive, kerana semangatnya yang kuat untuk melawan kanser. Ya, mungkin juga kerana ajal belum sampai tapi pemikiran positif juga memainkan peranan dalam tempoh penyembuhan. Itu pendapat saya ya. Pernah berlaku di kalangan orang yang saya kenali, pakcik yang disahkan kanser stage 4. Once doktor sahkan arwah stage 4, arwah pun terus tak main handphone, tak main internet, menjauhkan diri dari segala macam aktiviti yang biasa dilakukannya sebelum disahkan kanser. Arwah semacam putus asa untuk hidup dan 4 bulan lepas tu memang betul dia pergi. Mungkin memang dah ajal jugaklah kan? 

So korang suka EO yang mana 1? Jom share EO favourite korang.


18 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Alhamdulillah ada keberkesanan EO terhadap sis, bagus bagi testimonial. Pernah guna brand melaleuca, teringin juga nak tahu brand apa yaang bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin juga nak try EO Young Living sebab selalu rasa macam ada anxiety. Hmm tapi bila tengok harganya bikin seram pulak. Haha. Harapnya in future boleh cuba YL punya EO ni

      Delete
    2. betul... tgk harga tu mmg menelan air liur... tp investment xpe la demi mendapatkan deep sleep yg betul² kualiti

      Delete
  2. Replies
    1. cer try pantun kt anak wak nak cuba YL.. hehehe

      Delete
  3. pernah beli lavender YL..renjis2 kt bantal...best je tidur...

    bagus jg ada diffuser...sentiasa harum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka feeling bilik tidur wangi dgn asap kepus² sebelum tido... hehehe

      Delete
  4. Tak pernah cuba, pemikiran sy macam Mim awal2 dulu la.. sampai sekarang, sy masih belum mencuba.

    ReplyDelete
  5. MAMA uyum yang byk tau pasal EO YL ni.. kita follow je hahaha..tp kita suka bau lemon.. mmg bila tido semeerbak bau..!!

    ReplyDelete
  6. Jujurnya yang paling berkesan masa pi Umrah, Sis bawa RC, hari-hari sapu pada hidung untuk elak selsema, Ya Allah alhamdulilah sepanjang di sana takde batuk dan selesema walau di kelilingi dengan jemaah semua batuk dan selsema.. Panaway bawa untuk sapu pada Bahu aja, pun takde rasa letih dan lesu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... dgn izinnya jugak kan sis.. kita usaha je.. alhamdulillah serasi

      Delete
  7. takpe, yg penting publish... hehe

    ReplyDelete
  8. Saya memang akan guna EO sebelum tidur. Lena dengan tenangnya hehehe

    ReplyDelete
  9. Dulu saya pun macam tu. Dah jadi member pun. Kalau pening kepala saya suka gunakan EO peppermint atau spearmint. Sakit gigi guna copaiba atau thieves. Nak tidur diffuse EO lavender. Masa nak buat kerja diffuse EO lemon ke grapefruit je, best jugak. Tengok harga dulu memang seram tapi pelaburan yang bagus lah.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form