Miri Trip 2022: Dinosaur Park di Coco Cabana

Last minute beli tiket ke Miri.. apuu!
Tujuannya nak ke kenduri kawen sepupu Encik Suami
Sebulan yang lepas dah makcik call dari Miri 
Saya memang nak sangat pegi
Bukan apa, lama sangat dah tak jumpa famili belah sana
Diorang ada jugak turun ke Kuching tapi kadang-kadang tak sempat nak jumpa
Last kami ke sana 13 tahun yang lalu masa saya pregnant kakak Iman
Encik Suami kata nak bincang dulu dengan adik beradiknya
Sekejap pegi, sekejap tak pegi
Alih-alih saya kata pergi je lah.. kita-kita je pun
Itulah beli tiket last minute
Lepas cuti CNY
Tapi kami berempat je pegi
Abang & kakak tak pegi

Bawak si kecik 2 orang ni je
Abang kakak tinggal umah nenek


Kebetulan di Coco Cabana ada dinosaur
So kami siap-siap sewa kereta, waze je terus ke Coco Cabana
Tiket masuk nak tengok dinosaur ni, dewasa RM10, kanak-kanak RM5


Maka..
Beramah-mesralah diorang bersama dinosaur ni


Pandai pulak diorang naik atas dinosaur ni mintak ambik gambar


Alan macam tu je lah posingnya


Awan ni tangan mesti ada PEACE.. wajib


Eh.. eh.. mak budak pun nak tumpang jugak


Tangan sapa entah yang terkorban tu


Seronok Awan Alan tengok ada telur dinosaur ni
Terus masuk dan mintak ambik gambar
Ibunya tumpang sekaki je lah

Eh.. eh.. cun jugak Awan ambik gambar Ayah Ibu

Nak jugak bergambar atas jeep ni


Semua dinosaur ni ada mengeluarkan bunyi tau
Actually saya banyak ambik video
Kalau boring nanti barulah rajin upload ke Tiktok.. hihi


Kalau siang mesti best lepak di Coco Cabana ni


Unicorn pun ada.. hehehe

Kami di Coco Cabana sejam macam tu je
Lepas tu makan aiskrim & panggang-panggang
Then pecut umah makcik lagi
Awan Alan dah tak sabar nak jumpa sepupu diorang
Banyak video dinosaur ni plan nak simpan di TT
Yang ada akaun TT search je @kakmimdotcom






 

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Hari tu gi Kuantan, ada jugak dinasour di Zoo Teruntum. Iman ajak pergi tapi bab pergi zoo ni memang tak sempatlah kan, hihi. Nasib baik tak patah pinggang dinasour tu, Mimmmm (jangan maraaaa.. gurau).

    ReplyDelete
  2. Banyak tempat dah ada taman dinasour ni. Bagus.. :) Budak budak suka sangat la.

    ReplyDelete
  3. Teringin nya nak g sabah swak cuti2 msia... Tapi tu ka skrg nk msk sana strict x eh utk org semenanjung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far skrg dh x perlu kuarantin kalau nk ke sini just declare dlm e-health je.. tp xtau pulak dlm mgu ni sbb kes dh makin naik

      Delete
  4. Wahh dimana mana dah ada Dinosaur. Macam best pulak waktu malam diterangi lampu warna warni. Meriah juga kat sini. eh eh terselit unicorn. Kenapa comel sangat kat situ. Seronok Awan Alan dapat datang sini.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form