Benarlah.. dalam rezeki kita pasti ada rezeki insan lain.
Begitulah pokok kari ku ini.
Hari tu kena serang jugak, tapi dapat diselamatkan.
Merimbun balik.
Tapi bila dah hijau merimbun, diserang balik.
Meriah sangat insan-insan yang berkongsi rezeki pokok kari ni.
Dah lebat balik tapi terkejut tengok jadi macam ni.
Sayang bah.. apa boleh buat dah bukan rezeki
Yang rosak dah dibuang.. semoga bertahan dan membesar.
Bapak datang rumah hari tu dah letak baja dah.
Ada tips tak nak elakkan serangga perosak yang suka daun kari ni?
Serangga bulat-bulat comel warna hitam
Nanti share ye di komen yang tau nak elakkan serangga ni
Thank you in advance!
Happy Chinese New Year & happy holiday 😍
pokok kari rumah saya pun jadi macam ni juga. saya sembur air campur cuka kayu memang hilang serangga tu dan daun kari naik elok balik. tapi kena rajin juga sembur sebab dah lama tak jaga pokok kari kat rumah, dia mai serang balik pula.
ReplyDeleteoh.. cuka kayu ye? mmg khas utk kayu ke camne cuka tu TS? tq ye utk tipsnya
Deletesemoga bertambah baik pokok kari Kak Mim..
ReplyDeletesedih kalau tgk hari² semoga dia membesar pasni
DeleteAlahai...memang kena beli ubat dia la Kak Mim...Pak Zain nyer pokok kari subur...dh berapa kali cantas pun subur jugak lagi....gemuk2...siram ngan air basuhan ikan, ayam,or daging
ReplyDeleteni tips org lama ni.. tq kak SA
DeletePokok kari di rumah ccl pun tkena serangga perosak .. Cantas daun tua biar naik pucuk baru . Sembur dengan cuka kayu
ReplyDeletedekat rumah dana pun aritu kene serangan jugak kak, dana guna cara ini untuk elak serangan ini, sebab pernah kena juga dan cuba cara ni macam berkesan.
ReplyDelete1 sudu setengah soda bikarbonat
1 sudu teh minya masak
1 sudu teh cuka masak
5 cawan air masak
campurkan semua goncangkan dan semburkan pada daun pokok yg bermasalah.
boleh try ni dana.. semua bahan ada kt umh.. thanks ye tipsnya
DeleteAlah! Kesiannya... berlubang2!
ReplyDeletekan? sedih nk masak kari xleh nk campur daun kari
DeleteAduhaiii..jahanam daun daunnya dikerja perosak. Saya pun buntu kakmim, tanam pokok kari asyik mati je. Kalau hidup, daunnya bertompok tompok hitam macam ada kulat. Kena tukar tempat letak tanaman tu agaknya.
ReplyDeleteSedih tengok pokok kari diserang perosak macam ni. pokok kari saya dikerjakan kucing. Asal tanam mesti mati. Lepas tu tak tanam dah. huhu...
ReplyDeletePokok Sha jadi juga macam ni tapi Sha tak buat apa pun.. Hehehe.. Tak lama lepas tu, dia elok balik.. pastu jadi balik.. elok balik.. jadinya, Sha biar je..
ReplyDeleteSy pun guna semburan cuka kayu yg d campur dgn air..mmg menjadi..kena rajin sembur sbb lalai sikit mmg serangga perosak tu berteduh d pokok tu..kalau hujan sy sembur selepas hujan, kalau hari x hujan, 2 hari sekali
ReplyDelete