Tahun 2022 ni almanac keluar lambat lagi!
Nasib baiklah ada orang forward softcopy, terpaksa print dan guna almanac fake dulu
Tapi... softcopy pun lambat hari tu
Sebelum ada softcopy almanac, saya terpaksa print template calendar dari Google
Susah la bila nak buat perancangan or nak tanda event penting bila takde almanac ni
Dah terbiasa dengan almanac bertahun-tahun lamanya
Memang rasa tak complete bila guna kalendar biasa
Begitulah.. perempuan kan?
Ini haa.. cover depan tahun 2022
Dah nama kalendar untuk perkhidmatan awam kerajaan negeri kan, harus adalah ni kan?
Tapi no hal, federal sevice pun sama penting je
Pekerja state dapat bonus, syukurlah pekerja federal pun mendapat jugak
Ni jugak penting dan wajib ada dalam almanac
Untuk ibuk ibu dan bapak bapak serta cikgu cikgu
Senang nak buat perancangan untuk keluarga dan anak-anak
Nak buat kenduri kawen ke mesti orang cari date cuti sekolah
Macam sebelum ni macam tak pernah pulak ada page untuk penghargaan ni
Terbaiklah.. terima kasih semua yang terlibat dalam penghasilan almanac ni
Dan..
Special tahun ni ada ruangan info untuk kuih-kuih yang popular di Sarawak
Sebelum ni macam takde info detail macam ni
Sebab tu lah lambat keluar kot
Sebab nak kumpul info pasal ni
Apapun... I like!
Ni memang semua orang tau ni
Kek lapis Sarawak
Tapi yang orang tak tau ada yang premium
Selalunya orang pelik kenapa ada kek RM10 seloaf, ada yang sampai RM28 seloaf
Sebab bahan-bahan yang digunakanlah ye
Sekarang trend kek guna cheese lagilah mahal
Boleh cecah RM140-RM180 seacuan
Dan..
Kalau premium sudah tentu lagi sedap sebenarnya
Kek lapis RM10 tu guna marjerin je sebenarnya
Kalau saya memang tak guna marjerin, memang akan guna mentega
Yang guna pure mentega ni lah yang premium
Sebab mentega ni mahal berbanding marjerin
Setin dah dua puluh lebih
Sekarang ni telur pun dah naik harga, entah berapalah orang jual kek lapis raya nanti
Ya.. ini tumpik
Ala-ala lempeng tapi diperbuat daripada tepung sagu
Dan seperti info memang orang akan makan cicah dengan gula apong
Gula apong ni memang trademark Sarawak
Sagu gula apong pun ada
Tapi aiskrim gula apong ni pun rasanya dah banyak jual di Semenanjung sana kan?
Kuih kayangan ni
Mahal sebijik ni RM1-RM2 sebab sekarang carik daun pisang pun susah
Kat area bandarlah
Lepas tu gula apong yang sedap dan pure memang mahal
Kena borong dari orang yang kat kampung
Kalau dah ambik dari orang tengah memang dah mahal dah
Tapi kalau beli di kampung-kampung rasanya masih ok lagi harga kuih bongkol ni
Rasanya macam ala-ala tepung pelita
Tapi dibanjiri dengan gula apong ni
Lemak-lemak manis rasanya
Ini kalau yang biasa ke Sarawak memang selalu nampak kuih tebaloi ni jual di airport
Ni antara kuih tradisional orang Melanau yang telah dikomersilkan
Yang orang dari kampung-kampung buat memang sedap, lemak, rangup dengan rasa kelapa
Kompia ni pulak glamer di Sibu
Sibu ni ramai masyarakat Cina Foochow
Dulu kalau ke Sibu memang memboronglah kompia ni
Tapi sekarang orang Melayu pun dah mula jual kompia ni
Kalau yang original kompia, ada jenis kompia manis dan kompia masin
Tapi bila dah dikomersilkan sekarang ada macam-macam inti dah
Dah jadi macam bun pulak
Ini kuih paling rare
Nama pun rare.. celorot
Nak buatnya pun agak rumit.. nak buat bekasnya tu
Kuih ni, kalau ada meeting dengan orang-orang dari Semenanjung memang wajib order ni
Kekadang yang dah biasa meeting kat sini akan tanya kuih celorot ni kalau kita tak order untuk jamuan
Rasanya? Seperti dalam info tu
Lemak manis gula apong
Sebenarnya...
Ada 5 lagi yang saya tak ambik gambar.. semuanya ada 12 jenis kuih yang agak glamer di Sarawak
Sebab ada 12 bulan kan? So ada 12 gambar
Bulan puasa jangan tengoklah gambar kat almanac tahun ni
Nanti teringin pulak.. hihihi
In case kan..
Kalau ada yang nak softcopy almanac ni
Boleh je email saya ye.. nanti saya sharekan
Email saya di kakmimdotcom@gmail.com ye
Dah terbiasa guna yang sama setiap tahun mesti rasa janggal kalau tak ada. Perempuan, begitulah...
ReplyDeleteMostly nama kuih yang pertama kali dengar nama dan tengok rupa dia selain kek lapis. Sedapnya kek lapis. Tapi itulah harga boleh tahan. Yang premium guna bahan premium dah tentu sedap lagi.
ada jugak yg murah je tp rasanya biasa² je la fiza.. hehehe
Deleteinformative! dan bagus ada part penghargaan tu kan
ReplyDeletewalaupun xde disebutkan nama sorang², hilang jugak penat mereka yg berusaha menyiapkan naskhah tu kn?
Deletemenariknya kak siap ada gambar pasal kuih tradisional pelbagai kaum di sarawak... dapat ilmu dan tambah pengetahuan
ReplyDeleteaah.. kekadang kita ni makan je tp tak tau pun asal-usul sesuatu mknn tu
DeleteAlhamdulillah semua makanan yang dalam almanac tu pernah rasa kecuali kompia.
ReplyDeletePaling sedap pada saya,,,kek lapis premium & tebaloi yang lemak manis dan rangup tu.
Dulu saya pun tak tau ada kek lapis premium...Asal ke Sawak ja dok hangkut Kek Lapis D.... tu hinggalah bila dah makan kek lapis premium baru tau jauh beza rasa dan teksturnya...
wah.. peminat tebaloi rupanya mak cella.. bila nk dtg sini lg kak?
DeletePernah makan celorot masa ke Sarawak, sedap juga.
ReplyDeleteNi kalau tak puasa, tengok pun jadi teringin…hehe
Betol tu ujie.. kekadang nk jumpa yg betol² sedap di tekak kita ni bknnya senang.. apatah lg hari² biasa macam ni
Deletejika gi Sarawak pasti nak cuba kuih-muih tradisional tu. dulu abe kie pernah mengajar di sabah... nak la softcopy almanac tu. nanti abe kie emel ye..tq.
ReplyDeleteSy dh send softcopy kat emel Abam Kie.. semoga membantu & selamat mencuba ye
DeleteMenarik betul bila letak info macam ini.. Nice sangat..
ReplyDelete