2 Kantoi Semasa Exit Swab

Hari ini kami sekeluarga pergi exit swab test

On the way ke KKPJ

Kalau semua negatif
Boleh habiskan baki kuarantin dan potong gelang Jumaat nanti

Register dulu


Menunggu giliran diswab

Tapi
Dukacitanya 2 orang kantoi
Awan dan Alan positif pulak dah

Sebenarnya hari Jumaat yang lepas Alan memang dah ada simptom
So kami semua buat self test di rumah
Semua negatif kecuali Alan je double line

Self test hari Jumaat yang lepas

So Ayah diorang pun bawak Alan ke klinik kesihatan dekat rumah
Tapi masalahnya result swab negatif
Makanya dia balik rumah dengan gembiranya 
Dan bermain bersama macam biasa dengan Awan dan Aydin
Alih-alih bila exit swab test hari ni
Alan dah menjangkiti Awan pulak
Aydin pulak masih survive
Allahu!

So hari ni Awan dan Alan tranfer di umah mak ngahnya
Kuarantin dengan Abang dan Amirul
Mak ngah diorang cakap memang sembang tak habislah 
Geng pakcik bawang Awan dan Amirul
Iyalah dah seminggu tak jumpa
Semoga lepas ni putuslah rantaian
Tak tahan kuarantin bersambung-sambung ni
Huhuhu


 

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Allahu.. semoga tiada gejala yg membimbangkan, tapi budak2 ni nampak masih ceria, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Allah...udah kantoi positif. Dugaan tahun baru. Semoga Alan & Awan tak apa-apa.

    ReplyDelete
  3. Positif yang ni memang tak elok.

    Semoga dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.

    ReplyDelete
  4. Allahu...Semoga Alan & Awan dikurniakan kesembuhan...

    ReplyDelete
  5. Allahu... sian nyaaa... Semoga yang baik2 aje MIM... harap covid diorang cepat sembuh!!

    ReplyDelete
  6. paling berdebar kalau nak buat swab test sebab tak nak double line.. Semoga dipermudahkan urusan Kak Mim..

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar dah berjangkit jangkit pula tu. Semoga semuanya segera sembuh dari virus. Aaminn...

    ReplyDelete
  8. Allah.. Memang dugaan ini bila berantai..
    Semoga semuanya kembali sihat.. Aamiin..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form