Covid Itu Benar

Tak tau nak mula dari mana
Tapi tengok gambar bawah ni pun korang dapat agak kot
1/6 daripada kami #imanfamilia positif Covid-19!


Alkisahnya bermula...
Kami 2 famili telah check in pada Christmas Eve yang lepas
Pada malam krismas tu lah
Eh, tipu 2 famili.. adik-adik yang single di 2 bilik
So kami check in 4 bilik di Waterfront Hotel 
Check out pada 25/12/2021
Tapi tak ke mana pun
Staycation dalam bilik je
Makan minum semua dalam bilik
Bilik saya dan #adikno2 tu di executive floor
Memang bilik besar dan connecting
So memang rugilah rasanya kalau keluar kan?
Morning walk tu adalah pastu breakfast pagi hari tu macam biasa
Tapi 2 orang je dari setiap bilik pegi breakfast di cafe
Lepas check out famili kami pergi lepak makan di shopping mall
Famili adik pergi gunting rambut
Semualah bawa haluan masing-masing

Pagi Isnin #adikno2 bangun pagi mengadu badan sakit-sakit
Rasa macam nak demam
Saya suh dia buat self test
Keluar double line! Ah sudah
Dia suh husband dia check, pun sama, double line
Anak-anaknya 3 orang.. sorang sangkut double line
Dia dan husband pun terus pegi buat swab test di private hospital
Memang sah positive Covid-19!

Maka bermulalah telefon busy sana-sini
KKM call mintak update itu ini
Dan mendapatlah kami 2 keluarga QO sampai tahun 2022
Adik-adik umah mak pulak tak diletak sebagai close contact
Tapi diorang self quarantine di rumah
Habislah kalau semua jadi close contact
Siapa yang nak jadi runner beli itu ini
Tapi diorang memang tak ke mana jugaklah
2 tahun dah kan Covid ni, dah tau SOP
Lagipun diorang dah berapa kali dapat QO masa PKP 1 hari tu

Merasa jugaklah pakai gelang emas putih SDMC ni


Pejabat YB Fadillah, hantar sumbangan kat famili adik
Sebab #adikno2 ni kerja di bawah agensi KKR
Memang selalu deal dengan pejabat YB
Alhamdulillah dapat jugak 1 set

Post PRN Sarawak
Dapat jugaklah sumbangan dari GPS

Kesimpulannya
Kami pun tak tau dapat Covid ni dari mana
Covid ni memang dah ada merata-rata kan?
Sekarang tengok luck je lah
Terjangkit atau tak


 

14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. moga terus tabah dan diberi kesihatan yang baik pada seluruh keluarganya.

    ReplyDelete
  2. Allah, semoga yang baik2 aje.... betul tu covid ni skrg mcm ikut luck je kan.. risau gak ekceli, tak kluar pun bole jangkit apatah lagi klu kluar kan...

    Pape pun semoga cepat sembuh !!

    ReplyDelete
  3. moga dipermudahkan urusan Kak Mim sekeluarga...take care!

    ReplyDelete
  4. Allahu..semoga diberi kesembuhan buat semua

    ReplyDelete
  5. Allahu. Semoga cepat sembuh buat kak mim sekeluarga.

    Sama lah saya ni balik kampung haritu pun jadi close contact juga. Abg ipar berjangkit dengan kawan tempat kerjanya. Sudah tak boleh buat apa bila balik cuti. Habiskan masa kat rumah je. Nasib baik tak ada simptom yang serious. Huhu.

    Covid itu benar.

    ReplyDelete
  6. Semoga diberikan kesembuhan buat semuanya....jaga diri ye...

    ReplyDelete
  7. Semoga kembali sembuh seperti biasa.

    ReplyDelete
  8. Moga semuanya baik-baik saja. Memang kita sekarang hidup bersama virus ini.

    ReplyDelete
  9. Salam, Mim. Betullah tu, covid is real. Ada ke lagi yg masih menganggap covid ni hanya propaganda, kalau drama, pandai pulak dia cari pelakonnya ya.

    Apapun jaga diri, kuatkan semangat, makan ubat utk elakkan gejala teruk kesan covid. Bagus ambil ubat utk kuatkan paru2 contohnya tiger mushroom.

    Semoga tempoh kuarantin berakhir dengan segalanya baik2 sahaja buat Mim dan adik2 $ekeluarga, Aminnn YRA

    ReplyDelete
  10. Allahu....semoga Allah kurniakan kesembuhan...
    Kuatkan semangat dan jangan putus doa...

    ReplyDelete
  11. Covid memang benar. Dah merata-rata perginya tanpa kita jangka boleh terkena. Semoga KakMim dan keluarga baik baik je dan segera sembuh. Aaaminn...

    ReplyDelete
  12. Yup.. Covid ini ada dimana-mana..
    Memang tak boleh nak jangka dapat dari mana..
    Kena bersedia je..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form