Tapau Lauk Makan Malam

Hari ni mungkin sebab efek booster semalam, badan rasa tak sedap
Seram sejuk, tangan kebas daripada semalam
Suhu badan pun agak tinggi jugak 37.5
Encik Suami cakap tak payahlah masak, order saja Grab
Tapi nak order pun takde idea nak order apa
So saya singgah di stall tepi jalan kat taman umah mak 
Stall ni memang meriah setiap hari
Area taman mak memang syurga makanan
Dah macam bazaar ramadhan
Sepanjang jalan memang macam-macam orang jual

Sebelum sampai rumah mak, saya singgah di gerai Pak Jem
Gerai Pak Jem memang jual macam-macam menu
Dulu dia jual macam buffet
Kita bagitau nak tapau berapa dia akan cedokkan
Tapi sejak pandemik diorang siap letak-letak dalam tapau
Lagi bersih sebenarnya bila dah siap packing macam ni


So lauk malam ni sayur rebung dan ayam salted egg
Balik rumah tinggal masak nasi je


Lepas tu saya top up dengan sambal belacan udang bakar
Makan sayur rebung tak sah takde sambal belacan
Tumbuk cili, bakar belacan
Kemudian sambung tumbuk cili dan belacan 
Udang pula dibakar atas frying pan sekejap
Lepas tu bakar lagi atas api sampai keluar bau udang dibakar
Fuh bau ni lah sedap
Pastu kopek kulit udang dan tumbuk sekali dengan cili dan belacan tadi
Pergh.. terasa kemanisan udang dengan pedas-pedas belacan

Encik Suami tanya kenapa tak perah limau
Nanti hilang kemanisan isi udang tu
Okay done 
Setel dinner kami lepas maghrib tadi

 

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Mengiurkan betul sambal belacan udang bakar tu. Udang tu udang basah yer kakmim? Ke udang kering.

    ReplyDelete
  2. Wah pertama kali baca guna udang segar. Menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kalau buat utk menu masak lemak.. hehehe

      Delete
  3. Betul, siap siap letak dalam bekas lagi bersih dan mudah urusan jual beli tu. Wajib ada sambal baru syok makan, kan.

    Semoga cepat baik kakmim. Aaminn...

    ReplyDelete
  4. sedap-sedap menunya. dalam pada tak sihat masih sempat membakar udang ye

    ReplyDelete
  5. sedap nmpknya lauk ayam salted egg tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik sedap.. anak² ingatkan butter chicken kalau bgtau salted egg takut jugak diorang x mkn

      Delete
  6. oh? Ada kesan eh? Takut la pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far yg muda dan yg tua yg dikenal mmg ada respon dgn booster shot

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form