Setel Hutang Burger King dan Top Up Stok Bahan Bacaan

Mungkin terpengaruh dengan game, hero-hero Ibu asyik tanya soalan
"McD atau Burger King, mana yang lagi sedap?"
Adoi.. soalan paling susah nak jawab
"2-2 pun ok je.. main business burger"
Bila tak puas hati dengan jawapan Ibu
Abang terus bukak cerita sedih
"Kamek sik pernah makan Burger King, bu"
Terus tak pernah.. adoi
Dulu tu Ayah beli dari Grab Food kan ada
"Aoklah, kelak kita gi makan Burger King"
Yeay!! Semua suka

Semalam tanya lagi
Abang: Jadi sik kita pergi Burger King, bu?
Ibu: Tunggu Ayah balit kayuhlah baru kita pegi
Yeay!! Semua suka

Masuk je mall terus dapat balloon sorang satu
Bila dah di BK diorang ni bukan makan burger pun
Makan ayam goreng & mozzarella cheese stick je
Ibu je makan burger
Pastu si Alan komen, "sama je rasa ayam McD"
Adoi.. hahaha
"Tapi aiskrim BK lagi sedap dari McD"
Sambung lagi review Alan
Pandai ye


Ibu dan abang, masa tunggu Ayah masuk Parkson
Carik perfume katanya
Ibu malas nak jalan, perut meragam.. hihi


Ibu dan Alan, masa tunggu order BK
Tak perasan lupa nak ambik gambar dengan Awan


Lepas tu ni target kedua mereka pulak
Smart Book Shop
Top up stok komik!
Abang komplen komik yang dibeli awal bulan tu dia dah habis baca
1 malam je dia baca dah habis
Dah berapa kali dia ulang dah
Iyalah iyalah.. Awan Alan apalagi setuju aja
Kakak macam biasa bukan jenis komplen pun


Seorang pilih satu komik
Abang nak komik yang tebal
Kakak nak tambah koleksi komiknya
Awan nak komik bola
Alan nak komik Malaysia
Baiklah anak-anak, boleh.. ambik je

Tapi bagusnya diorang ni diorang memang akan pilih 1 je
Begitulah anak-anak bila kita dah latih dari awal
Tak boleh meminta-minta
Ada orang lain lagi susah tak boleh nak pilih sendiri
Terima je apa yang Ibu Ayah beli
Awak awak semua patut bersyukur Ibu bagi chance pilih sendiri
2x sebulan pulak tu

"Okay Ibu, terima kasih Ibu"
Itulah jawapan selalu dari Abang
Abang ni memang skema sikit
Sejuk hati bila dengar jawapan "okay Ibu" daripadanya
Semoga sampai bila-bila abang boleh jadi contoh adik-adiknya
Macam Awan memang dia suka tiru si Abang
Macam dia tak sabar nak masuk akademi futsal ikut abang
Tapi 2 tahun dah tak training sebab Covid ni
Sekolah pun tak masuk lagi diorang ni




 

21 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Saya pun dah lama tak pekena burger king hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. semuanya baik baik dan dapat penuhi permintaan mereka. Sejuk hati ibu mengandung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... part degil pun ada jugak bebudak ni

      Delete
  3. idaa alltime fav is mcd hahahahhah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcd ada di mana² senang nk dpt.. BK agak mahal jgk sebenarnya xleh nk mkn selalu

      Delete
  4. burger kinggg
    febzrzt untie kita geng laa he hzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dulu ms masih belajar ye kot.. skrg ni dh kureng sikit fastfood.. biasa² je

      Delete
  5. Seronok budak2 tu dapat komil yer ..heee...Teringat zaman anak-anak masih sekolah.Seronok membeli dan membaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlu sy ms sekolah jarang baca komik... bapak xmo belikan.. dia nk beli buku cerita je

      Delete
  6. suka burger king lagi tapi sbb mc'd leh drive thru je..selalu mc'd je la.. Burger king ada drive thru tapi slow sgt so serik plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BK burger dia besar.. itu yg puas hati.. part drive through mmg betul sgt... senang

      Delete
  7. seronok baca perbualan ibu-anak loghat sarawak...

    ReplyDelete
  8. Lama tak masuk kedai buku fizikal. Selalu beli online je sekarang.

    ReplyDelete
  9. comelnya masing-masing berkongsi hobi suka membaca. komik pun takpe kalau isinya berfaedah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgh umur skrg biarlah baca komik dlu masih nk pupuk minat membaca

      Delete
  10. sekali keluar ayat sedihkan..
    ammi prefer BK.. dan suka ambil tendergrill tu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form