Amalan Surah Pilihan

Saya dapat sharing ni dari 1 group usrah yang saya join so saya share di sini ya untuk rujukan saya sendiri di masa hadapan.



1 - Selepas solat Subuh baca surah Yassin.

(dijanjikan apa yang kita kehendaki pada hari itu akan ditunaikan. Wallahua'lam)


2 - Selepas solat Zohor baca Surah Ar-Rahman. (Untuk lahirkan sifat syukur, mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT & segala nikmat yang telah Dia berikan kepada kita)


3 - Selepas solat asar, baca surah An- Naba'. (Allah SWT akan mengampunkan segala dosa kita kecuali dosa syirik)


4 - Selepas solat Maghrib baca surah Al-Waqiah. (dijanjikan siapa yang amalkan baca, kemiskinan dan kebuluran tidak akan dihadapinya, Wallahua'lam)


5 - Selepas solat isyak baca surah Al-Mulk dan As-Sajdah.

(Untuk menghindari diri daripada seksa kubur. Rasulullah SAW tak akan tidur selagi 2 surah ini tidak di baca)


6 - Pada malam atau hari Jumaat, baca surah Al Kahfi. (Untuk elak dan selamat daripada fitnah Dajjal).


7 - Sebelum tidur baca ayat Kursi. Untuk lindungi dan memagar diri daripada gangguan kejahatan dan juga baca surah Al- ikhlas 3 kali. (Orang yang membacanya ibarat telah khatam 30 juzuk AlQuran, jika dibaca setiap hari, umpama setiap hari juga kita khatam Quran).


Amalan yang sedikit tapi konsisten/istiqomah diamalkan, lebih disukai dan disayangi Allah berbanding amalan-amalan hebat/besar tetapi tidak istiqomah.


Alhamdulillah ❤️ Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua okay? 😉


12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Ada beberapa surah di atas diamalkan.
    Betul kena konsisten walaupun sedikit.

    ReplyDelete
  2. In Shaa Allah, yang penting istiqomah. Nice sharing.

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak mim atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..terima kasih kakmim kongsikan.
    Sama samalah kita beramal.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian dan peringatan. salam Jumaat kakmim

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yg sgt bermanfaat. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

    ReplyDelete
  7. Dpt buat di 2 waktu je selalunya sbb kerjakan. Tp bila weekend pun sama jugak... Hmmmm kena baiki diri.

    Tq mim

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form