Sekarang memang target nak habiskan pembacaan novel yang telah dibeli. Syukur walaupun novel ni beli dah beberapa bulan yang lepas akhirnya telah siap dikhatam jugak. Bulan ni rasanya dah 3 novel dah khatam, cuma reviewnya malas.
Namaku Khadijah - begitulah tajuk diberi penulis yang menggunakan nama PENA KAYU. Watak utama dalam novel ni ialah seorang wanita mualaf, Shin yang akhirnya memilih nama Khadijah sebagai nama Islamnya. Pemilihan nama Khadijah adalah kerana dia terpaut dengan pembacaan tentang keperibadian isteri Rasulullah SAW ketika menumpang bilik musuhnya, Fahri yang juga anak sahabat ayahnya. Dari buku tersebutlah jiwanya terpaut dengan Islam.
Sesuatu telah terjadi menyebabkan Shin menghilangkan diri dari orang-orang yang mengenali dirinya. Apabila tiba masanya dia kembali untuk mencari pusara orang tua yang telah menjaga dan menyayanginya sejak kecil. Walaupun Shin cuma anak angkat tetapi dia disayangi oleh suami isteri Lee seperti menatang minyak yang penuh. Satu keistimewaan Khadijah yang membuatkan orang terpesona dengannya ialah sepasang mata berwarna hijau zamrud yang terlindung di sebalik niqabnya.
Suratan atau kebetulan Khadijah telah memohon jawatan kosong di syarikat milik Fahri dan sahabat baiknya, Hafez. Walaupun Khadijah telah berimej baharu, Fahri masih boleh mengecam sepasang mata hijau zamrud milik Shin yang kini Khadijah. Fahri menagih cinta lama kepada Khadijah walaupun sedar dirinya tunangan orang. Untuk mengelakkan dirinya dikecam sebagai orang ketiga dan menghancurkan harapan ibu Fahri yang telah menganggap Khadijah anak angkatnya, Khadijah telah melamar Hafez yang juga bossnya sebagai suami. Hafez yang dulunya benci dengan Khadijah akhirnya bersetuju menerima lamaran Khadijah kerana aura Khadijah telah mengubah persepsi Hafez yang dulunya anti-perkahwinan dan anti-komitmen.
Walaupun selamat bergelar suami isteri, banyak dugaan yang melanda Khadijah, Fahri, Hafez. Khadijah dilihat seorang wanita yang selalu tenang, kuat, rasional yang menjadi dahan tempat suaminya bergantung harap. Hafez pula seorang lelaki yang ego, moody, keras hati telah berjaya dijinakkan oleh seorang wanita berniqab bermata hijau zamrud yang bernama Khadijah. Begitulah serba sedikit jalan cerita "Namaku Khadijah."
Saya suka garapan Pena Kayu ni kerana dalam novel ni dia menggambarkan watak Khadijah seorang wanita yang tidak lemah malah Khadijah pula yang menjadi pelindung kepada suaminya. Cuma saya tak dapat membayangkan wajah Khadijah kerana dia berniqab. Hahaha! Boleh pulak macam tu kan?
Oh, ya.. saya bagi novel "Namaku Khadijah" ni 4 haa!
Haa 1 Haa 2 Haa 3 Haa 4
Hahaha!
rindunya nk baca novel.. skrg ni xcukup ms dh nk membaca.. huuu
ReplyDeletekite pon sama baca buku bersozen dah malsa nau nk buat review hahah
ReplyDeleteKalau dah jodoh tak kemana. Even dah bertukar imej, mata tu tetap dikenali. Begitulah rumah tangga, dugaan tu biasa. Jalan cerita yang menarik juga.
ReplyDelete