Kisah Bau Harum Abu Bakar Al-Miski

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Dia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.


Suatu hari dia jalan-jalan dan seorang wanita memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah. Apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah wanita tersebut, wanita itu terus mengunci pintu! Terkejut dengan perbuatan wanita itu, dia terus mengingatkan wanita itu tentang azab Allah yang maha pedih. Tapi sia-sia...


Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki itu. Kata wanita itu :


“Jika engkau tidak melakukan apa yang aku perintahkan, aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa aku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata- kataku ini.”


Melihat sikap wanita itu yang nekad, pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononnya dia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar, takut dan jatuh dalam lumpur dosa. Tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar. Pemuda itu pun buang air besar dan lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis dia berkata :


“Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah, adalah lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”


Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, dia dapati wanita itu sudah menunggunya. Dia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu melihat dirinya bergelumang najis dan wanita itu merasa sangat jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera. Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat.


Dalam perjalanan pulang, lelaki itu terdengar azan berkumandang. Dia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dengan perasaan malu dengan bauan busuk pada tubuhnya, dia terus melangkahkan kakinya ke masjid. Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan malu dia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya.


Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Beliau dikenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi.


Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah ZINA HATI.



6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Wow..terima kasih atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  2. Dengar cerita ni juga dalam ceramah Ustaz Syamsul Debat. Kisah yang menarik sebagai teladan.

    ReplyDelete
  3. kisah yang menarik. kalaulah ada pemuda macam ni di zaman moden ni...

    ReplyDelete
  4. serg pemuda yg kuat iman nya
    beruntungnya disisi Allah

    ReplyDelete
  5. kisah yang byk tauladannya..tq sharing kak mim!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form