Transformasi Ruang Dapur Kecil

Oops!
Ini bukan rumah kami ya.


Proses 2nd home kami tertangguh akibat PKP 2.0 dan 3.0 hari tu.
2x dah developer hantar surat makluman perkara ini.
Kita redha je lah.
Janji belum start potong installment lagi.

Rumah sekarang jarang dapat ruang dapur yang luas kan?
Rumah double storey pun macam tu jugak.
Kecik jer dapurnya.
Tak taulah kenapa.

Macam ni lah kan selalunya ruang dapur rumah zaman sekarang.

Saya sebenarnya suka dapur yang luas.
Ye lah adik-beradik ramai.
Kami suka masak ramai-ramai macam kat umah mak.
Sambil masak sambil menyembang.
Ada je lah topiknya.
Pempuan bertemu.. biasalah.

Saya jumpa gambar-gambar dapur yang telah direnovate ni di FB.
Lupa pulak dah page apa.
Nasib baik saya terus save gambarnya.
Baik simpan kat blog kan nanti boleh rujuk balik.

Walaupun ruang agak terhad tapi siap ada island lagi.
Suka sangat.


Tengok tu ada pintu kaca yang boleh dibuka seluas-luasnya.
Ini memang impian saya ni.
Nak buat open concept kitchen.

Berapalah bajetnya kalau macam ni.
Hmm...

Kalau dapur umah baharu nanti memanjang bolehlah buat macam ni.
Tapi dapur rumah baru nanti macam segiempat je.
Memang beranganlah nak jadi macam ni.
Kecuali major renovation bolehlah kot.
Tapi takpe, berangan itu kan percuma.
Huhuhu!

 

17 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Bestnya kalau dapur macam ni. Tak kecil sangat dan ada kitchen island. pintu kaca tu nice sangat kan. Marilah kita berangan bersama. Kot masuk dalam mimpi juga :)

    ReplyDelete
  2. Cantiknya dapur macam ni....SA ntah bila la nak renovate dapur...rasa macam rimas plak dapur yang sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ada seru lg tu kak SA.. skrg ni ssh jugak nk renovate rumah sbb kita xtau tukang tu clean dr covid ke x.. bahaya utk pak zain nnt

      Delete
  3. orang perempuan memang suka berangan dapat dapur kabinet macam ni. suka la dengan pintu kaca tu kalau ada laman yang cantik lagi bertambah semangat masuk dapur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg memahami... perempuan sama je kan.. hahaha

      Delete
  4. Suka sangat dapur yang ada kitchen island. Style ala2 mat salleh gittew. 😁.Memang ada angan2 jugak nak dapur macam ni. Tapi rumah belum ada lagi. Jadi angan2 jelah dulu 😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe syu.. x salah pasang impian.. collect je gambar buat pencetus semangat

      Delete
  5. dapur sekarang lebih moden..dah jarang pakai kayu api kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dh x jmpa dapur kayu.. kt umh nenek pn dh xde

      Delete
  6. wow
    cantiknya, perempuan kan biasa mesti nk dapur cantik
    selalu je berangan he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah dr dlu sy mmg suka tgk deco dapur kak.. haha.. bkn sy seorg je mcm tu kot

      Delete
  7. Perempuan dan dapur memang tak dpt dipisahkan

    ReplyDelete
  8. dapur rumah saya kecik, tak dapat lah nak buat dapur macam tuh. tpi pintu lipat tu macam menarik jer.

    ReplyDelete
  9. bila dapat dapur cantik , semangat nak masuk dapur nak memasak berkobar-kobar

    ReplyDelete
  10. dapur kami agak luas pada mulanya bila tgk. tp lps masuk kabinet, masuk itu ini. eh sempit la pulak. xdpt nk masukkan meja makan.hhuhu.

    kalau dpt dapur luas mmg best,,,

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form