2 malam stay up buat test di Gmetrix asik failed je memanjang.
Risau betul jadinya.
Dengan cabaran menjawab soalan yang panjang dalam BI, masa pulak hanya diberi 60 minit, nak faham soalan lagi.
Memang stress daripada menjawab exam Google Certified Educator (GCE).
Akhirnya semalam tawakal je lah buat exam.
Dah baca, dah cuba faham.
Dah conteng-conteng 'toyol' jugak.
Saya memang sejenis menconteng-conteng nota.
Kalau tak conteng, rasa macam takde input pulak masuk di kepala.
Nota-nota standby jugak sebelah tapi tak sempat nak belek pun.
Kalau belek, mau tak siap menjawab soalan.
Walaupun online tapi nervous tu lebih daripada offline sebab ada timer tu.
Timer tu yang buat kita tak keruan.
Kalau offline, takde terasa sangat tengok jam di tangan atau di dinding.
Timer tu memang depan mata kita wey!
Hahaha!
Masa tengah exam MCE ni tak perlu on webcam macam ambik exam GCE dulu.
Setahun yang lalu masa exam GCE webcam kena on selalu.
Requirement exam pun dah bagitau awal-awal kena on webcam sebab Google akan capture gambar kita randomly. Dah examnya kat rumah, kekadang ada jugaklah si Alan atau si Awan di sebelah tengok-tengok apalah yang Ibu buat. Hihihi.
Nak ambik MCE ni kena ada training, so kami memang ada bengkel selama 2 hari.
Bengkelnya hari Jumaat dan Sabtu yang lepas.
Ramai cikgu dan pensyarah dari seluruh Malaysia yang join.
Apa yang nak diuji dalam MCE ni?
Selama 2 hari ni kami memang didedahkan dengan 21CLD.
21st Century Learning Design.
Kalau golongan pendidik ni rasanya memang dah biasa dengan learning design ni.
Cumanya apa yang saya baru tau bila masuk bengkel ni ialah 21CLD ni.
Barulah dapat tau setiap level dan rubrik dalam 6 dimensi yang ada dalam 21CLD.
Walaupun boleh dikira lama jugak dah mengajar tapi benda-benda berkenaan bidang berkaitan mengajar dan pelajar ni memang kena up to date. Kena selalu refresh. Almaklumlah setiap gen ni tak sama pendekatannya semasa mengajar. Kalau gen-Y, lain, gen-Z lain. So kita terpaksalah follow setiap perubahan karekter gen-gen ni.
Hasil stay up dan stress 3 hari, dapatlah markah 823/1000.
Markah lulus 700. Cukup-cukup makan je.
Happy me, alhamdulillah.
2 hari kelas sebelum exam, Jumaat-Sabtu.. Rabu exam
Cikgu kami, Dr Azma.. sebelum kelas hari Sabtu
notakakmim: belajar untuk mengajar, berkongsi untuk belajar
Mencabar minda juga ya . Apa2 pun all the best kak mim
ReplyDeleteTq CCL 😊😊
Deletealhamdulillah... lulus hasil usaha kak mim
ReplyDeleteAlhamdulillah.. rugi kalau x lulus.. mahal kalau nk bayar sendiri exam ni
DeleteAlhamdulillah. Tahniah kakmim. Pengajar memang kena sentiasa belajar, baru boleh perform. Memang nervous lah kan kalau timer depan mata. Sib baik tak berbunyi
ReplyDeleteItulah asik jeling je timer tu.. kalau ada bunyi lg la stress
DeleteTengok nota KakMim pun Syu dah cukup serabut😅. Tahniah KakMim. Akak hebat!!
ReplyDeleteTq syu.. xde la hebat.. nk tambahbaik diri je
Deletetinggi dah markah tu kak mim hehe
ReplyDeleteAda yg dpt 900/1000 syaz.. lg hebat
DeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteSemoga mim dikurniakan kejayaan cemerlang..
Conteng2 akan membuatkan kit lagi ingat...
Kita tengok,kita nampak...
Kita baca,kita tahu...
Kita tulis, in sha Allah kita ingat!
Betul tu kak.. sy mmg kena conteng2 ni.. kena ckp sorg2 jugak.. hahaha
Deletealhamdulillah kakMim berjaya, tahniah kakMim. tinggi markah tu. suruh syasya exam balik tengok? suruh membaca pun malas apatah lagi ambil exam, haha.
ReplyDeleteTq cha.. kena cabar diri sendiri jugak itu yg ambik exam.. hehehe
DeleteAlhamdulillah..Tahniah Kakmim. Nota tu kalau diconteng conteng baru feel belajar :)
ReplyDeleteTq fiza.. betul tu.. depend dgn cara seseorg jugak belajar.. kalau kakmim mmg kena conteng2 gitu
DeleteAlhamdulillah, tahniah, KakMim
ReplyDeleteTerima kasih kak 😊
DeleteTerlihat nota-nita tulisan tangan tu, teringat saya kisah belajar dahulu.. Rajin juga buat nota macam tu.
ReplyDeleteKalau dulu2 mmg kena conteng guna pen warna warni 😂😂
DeleteAlhamdulillah.. Tahniah Kak Mim..
ReplyDeleteTerima kasih naniey ☺️☺️
Deletetahniahh
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah kak Mim. penat lelah terbayar dengan result yg kita peroleh.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah lepas dah exam. Yahooooo! Hehe. Tahniah tahniah ktk!
ReplyDeleteda conteng2 tu boleh buat punya la kak mim
ReplyDeleteCantik dah markahnya tu. Berbaloi dengan usaha. Tahniah Mim.
ReplyDelete