Membuat Temujanji Jabatan Pendaftaran Negara di MyJanjiTemu

 Tak lama lagi kakak Iman dah nak sambut birthday yang ke-12.
Macam biasalah bila dah genap 12 tahun dah boleh dah nak buat IC atau mycard.
Pejam celik pejam celik.. dah nak ada IC dah anak sulung saya ni.
Terharu pulak, maknya dah makin tua ler tu.

Sekarang ni nak berurusan di jabatan kerajaan atau swasta semua kena temujanji.
Cousin yang kerja di UTC sarankan nak buat IC better buat temujanji awal.
Al-maklumlah nanti last minute date dah penuh.
So saya dah buat temujanji di UTC Kuching tadi secara online.
Hari tu try bukak guna handphone tak masuk-masuk pun web MyJanjiTemu tu.
Alhamdulillah pagi ni sekejap jer urusan guna pc.


Yang nak buat temujanji boleh layari laman web ni MyJanjiTemu ni:



Mudah sangat step nya.
Mula-mula tentukan temujanji untuk urusan masa.
Next, pilih tarikh dan masa.
Kemudian masukkan maklumat kita, nama, email, no telefon.
Siap!!
Tak sampai pun 5 minit.


Birthday si kakak 30 Oktober.
Saya pilih tarikh 1 November sebab 30hb tu kami ada program jabatan.
Semoga dipermudahkan urusan kami anak-beranak nanti.
Kita hanya mampu merancang, yang menentukan Dia yang Maha Berkuasa.






8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. wah dah nak ganti MyKid dengan MyKad!

    ReplyDelete
  2. lebih mudah buat temujanji awal ye kak, idokla nanti dah penuh kelibut jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara ingat tu buatlah appointment awal ni.. nnt dh tersibuk lupa pulak

      Delete
  3. sama la..mummy yg excited lebig, siap amik gambar semasa proses tu & sampai dpt ic la. dah besar sgt rasanya.
    ah ah..semua kena wat app sekarang ni

    ReplyDelete
  4. Dulu cukup je birtday 12 tahun tak sabar nak buat IC. Rasa macam dah besar je. Sekarang ni urusan JPN kena ada temujanji. Tapi untuk urusan kematian boleh walk in. Husband saya baru dapat uruskan sijil kematian arwah uwan harini sebab sebelum ni office tutup beberapa bulan PKP ni. Kalau ikut temujanji sebelum ni katanya bulan 11. Apapun semoga Allah permudahkan urusan nanti. Aaminn...

    ReplyDelete
  5. bagus kalau kaedah temujanji ni diteruskan, tak payah la duduk lama-lama menunggu nombor giliran

    ReplyDelete
  6. senang ada temujanji. tunggu tak lama.
    kami belum buat temujanji dgn JPN untuk sijil kematian FIL

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form