Buat Waffle Dengan Adunan Pancake Adabi

Perasaan tak best.
Nak makan yang manis-manis tapi malas.
Scroll GrabFood macam tak menarik jugak.
Bukak peti, bukak cabinet, kalau nak baking boleh je.
Cukup je stoknya.
Masalahnya malas.
Nak keluar rumah lagilah malas.

Dengan sedaya upaya melawan rasa malas.
Akhirnya terasmilah jugak waffle maker yang kiut-miut ni. 
Lama dah beli dari Shopee.
Cuma tak pernah cuba lagi.


Malas malas terjadilah jugak waffle.

Kita buh peanut butter dan choc spread, macam yang selalu order di luar.

Senang gila guna waffle maker ni.


Saya guna adunan pancake Adabi ni je. Sedap! 
Cuma tambah sebijik telur dan air je.
Walaupun waffle maker tu kecik tapi sekejap je nak habiskan sekotak ni.
Sesuai sangat kalau nak bawak bekal ke sekolah nanti.
Eh? Dah nak sekolah ye?
Hmmm...

Murah je waffle maker ni. 
Tak sampai pun RM50.
Nak usha ke? Try klik link ni:

Check out Electric Waffles Maker Bubble Egg Cake Oven Breakfast Waffle Machine Egg Cake Oven Pan Eggette Machine Mini Waffle Pot at 42% off! RM27.30 only. Get it on Shopee now! https://shopee.com.my/product/118059163/3943168970?smtt=0.24528191-1615991026.3



 

14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. comel nya
    waffle sedap mkn panas2 dan yg ranggup
    inti nuttella , memangg layan

    ReplyDelete
  2. comel aje cetaknya...kena beli dua cetaknya... tak kalah membakar nanti

    ReplyDelete
  3. Ni masa kat kampus laku keras student yang jual.

    ReplyDelete
  4. Aih.. kejawak ja rupa. Kamek ada Usha tapi lom gik terbeli-beli. Haha.

    ReplyDelete
  5. Pernah berhajat nak beli jugak waffle maker ni. Senang kalau teringin boleh buat sendiri je. Kadang macam tu lah. bahan ada, scroll foodpanda macam takde menarik. pastu dan dan terajin. Sedapnya waffle letak chocolate dan peanut butter.

    ReplyDelete
  6. dana ada beli waffle maker tapi sekali je pernah cuba... tak jumpa adunan yang ranggup... nanti nk cuba lah guna tepung nih

    ReplyDelete
  7. teringin jgk nk beli waffle maker ni.. nt usya2 dulu..
    senang je buat waffle gna adunan pancake!

    ReplyDelete
  8. tak pernah lagi buat waffle sendiri. nape perasaan tak best tu kakmim? Kan cuti sekolah ni. boleh rest sikit

    ReplyDelete
  9. kalau malas memang semua tak jadi. saya kalau sampai perangai malas tu, nak mandi pon malas..

    ReplyDelete
  10. waffle..lama xmkn kak mim..sedap tu gebu!

    ReplyDelete
  11. Tengok gambar, terasa nak beli je tempat masak waffle ni.. haha

    ReplyDelete
  12. senang ada brg sendiri. boleh buat kat rumah kalau ada sarang waffle.. nmpk waffle so lembut

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form