Bengkel Secara Fizikal

2 tahun ni kita dah semakin serasi dengan norma baharu.
Semuanya dalam talian.
Kursus pun dalam talian.
Bengkel dalam talian, siap buat break-out room lagi untuk perbincangan.
Webinar apatah lagi, setiap hari ada je webinar yang boleh kita attend.

Minggu lepas buat pertama kalinya saya menghadiri bengkel secara fizikal. Mula-mula memang teragak-agak jugak. Iya lah kat Kuching ni memang varians Delta di sana-sini. Tapi lepas hadir tu rasa teruja pulak. Mana taknya lama dah tak jumpa raka-rakan seperjuangan dari institusi yang lain. 

Macam biasalah bila bengkel wajib 3x makan sehari.
Sepatutnya bengkel ni buat kat hotel awal puasa hari tu tapi tiba-tiba masa tu Sarawak diPKPkan. Kes naik mendadak. Sekarang nak tak nak kena buat jugak walaupun in-house sahaja.

Sambil makan sambil prepare slaid sebab nak present awal boleh setel awal.

Apa-apapun sekarang kita terpaksa berdamai dengan virus Corona ni.
Kita terpaksa hidup dalam endemik.
SOP kena selalu patuh. 
Insya Allah kita semua sentiasa dalam peliharaan dan lindungan Allah SWT. Aamiinn.

 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. itulah rasa mcm best pulak meeting online, webinar..boleh santai2 kt rumah..hihi..

    ReplyDelete
  2. betul tu.. kita dah hidup dgn covid dah skrg kan semua dah berubah

    ReplyDelete
  3. "terpaksa berdamai" sebab tak nampak tanda nak hilang :'(
    salam kenal dpd follower baru

    ReplyDelete
  4. semoga berjalan dgn lancar bengkelnya kak mim..

    ReplyDelete
  5. semoga bengkel ni berjalan lancar..
    nak tak nak kena blaja idop ngn virus ni.. nt nk masuk fasa endemik..
    semoga kita sume dilindungi..
    rindu jgk nk kursus/bengkel bersemuka.. huhu

    ReplyDelete
  6. Bila dah lama di alam maya je, sesekali dapat face to face tu seronok juga kan Kakmim?
    Bagi PH-lah, lama sgt berkurung sesekali dapat keluar rumah tu alahai nikmat rasanya :)
    Apapun SOP tetap kita jaga, doa2 jgn lupa. Selamat, Insha Allah.

    ReplyDelete
  7. Selepas sekian lama, mesti rasa kekok dan paranoid sikit. Syukur semuanya berjalan dengan lancar dan jaga SOP tu.

    Nampak gayanya kena juga buka buku baru endemik. Semoga Allah lindungi kita semua. Aaaminn...

    ReplyDelete
  8. dah hampir lupa apa rasanya attend event fizikal. Dah jadi endemik, kenalah biasakan diri

    ReplyDelete
  9. dah boleh yer bengkel secara bersemuka. tmpt saya ni semuanya masih online. seronok gak pi kursus secara online ni

    ReplyDelete
  10. bengkel online pun ada limitnya kan kak, nampak jaraknya pun jauh... tp yelah kadang rindu nak borak dengan membe secara semuka...

    ReplyDelete
  11. Saya pun sebenarnya skrg rasa awkward nak start kelas fizikal, dah lama tak bersosial

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form